2013
Thursday, 3 January 2013 | 12:56 pm | 1 comment(s)
Assalamualaikum .
Ke hadapan saudara dan saudari yang membaca entri ini , diharapkan anda semua sudi membaca entri kali ini yang agak merepek .. LOL !
2013 ..
Please be good to me
May this year will full of barakah
May my wish will become true insyaAllah
Azam 2013
Tahun ni , alhamdulillah selepas buat rayuan , dapatlah Imtiaz Dungun . Hana dan Izzah pun dapat lepas buat rayuan . Hm maknanya tak jadi ah aku and Hana untuk ke SMAASZA ^^ . Alhamdulillah . Tina memang ah tak dapat sebab 3A 2B . Hmm :') Takpe la takde rezeki la tu .
Semoga sepanjang pergi Imtiaz tu , dapatlah aku berubah ke arah yang lebih baik . Semoga kami TNN menjadi perempuan yang solehah dan diberkati Allah insyaAllah .
PMR . Batch aku takde PMR . Tapi ada peperiksaan lain yang dinamakan apa entah . Tak diberitahu lagi tapi memang ada peperiksaan la cuma bukan PMR . Doakan aku belajar bersungguh-sungguh biar dapat straight A's .
Aku tahu hafazan aku taklah lancar sangat tapi bolehlah sedang-sedang . So doakan aku biar aku dapat menghafaz quran sepanjang berada di sana dan dapat mengamalkannya sampai bile-bila .
Lastly , doakan kesihatan kami . Kesihatan orang-orang yang aku sayang :) Mama , papa , Izzah , Nabihah , Hana , Qistina , Izzah , Ayn , dan ramai lagi ....
Hm barang-barang asrama dah dibeli . Cuma uniform Imtiaz je tak lagi sebab dulu beli yang SMAASZA je sebab mana lah tahu dapat Imtiaz sekarang ni kan . Ok aku nak minta diri dulu . Semoga semua azam aku tercapai insyaAllah .
Ya Allah ,
Kau jadikanlah tahun ini dan tahun-tahun seterusnya mengubah aku ke arah yang lebih baik .
Semoga Kau lindungi orang-orang yang aku sayang .
Jadikanlah aku dan sahabat-sahabatku bersahabat keranaMu Ya Allah .
Ampunilah dosa-dosa kami yang lepas dan lindungilah kami daripada membuat kemungkaran di atas bumiMu ini Ya Allah .
Amin Ya Rabbal Alamin ...