While I'm away...
Friday, 30 October 2015 | 7:10 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum w,b,t,
Alhamdulillah pt3's over. Bebudak pt3 semua dah pakat enjoy main fb balik, install balik whatsapp, bblablabla apa lagi? Nah ambik ruang conteng kat laptop --) _______________________
-Sekarang ni rasa sedih sebab family aku dah pindah rumah. Walaupun still dalam paka tapi jauh dari bandar paka sebab kg nyior memang agak jauh. Tapi apa yang aku suka pasal rumah baru ni, bilik aku memang 80% pink hehe. Sedihnya sebab dah tak jiran dengan Izzah, pastu dah tak boleh jalan2 dengan basikal pi rumah Tina, Izzah, Hana..... Rumah aku dah jauh daripada diorang. Susahnya nak hangout lepas ni...
-Adat sekolah aku, akhir tahun, f3 akan pindah ke 'bangunan' menengah atas and f5 akan ke bangunan menengah bawah. Ya Allah daifnya suasana menengah atas. Tinggal dalam dar yang agak buruk. Huhu kadang2 aku terfikir jugak kenapa walaupun dar buruk, tapi senior2 aku hebat2 je belaka? Nampak tak betapa pengalaman mendewasakan kita? Cehhh..
-Homesick sangat sebab sebelum pt3, 5 minggu tak balik rumah. Erghhh how upsetting! Dahlah khamis hari last tu, orang lain semua balik tapi ada certain yang tak balik sebab lawatan ke penang. Akulah salah seorangnya~
Hehe tapi best sangat lawatan tu. Kitorang pi penang je. Makan char kuey teow (kuetiau kalau ikut BM), pasembur (betul tak eja ni?), pi padang kota lama, upside down museum, 3D trick art museum, queensbay mall, tesco (tak perlu pun takpe mention tesco kan haha), bukit bendera, pasar malam batu ferringhi (yang ni best. Nanti aku cite naaa), paling best dekat escape theme park and tak lupa juga petronas (yang ni takleh bla)
Asalnya tempah homestay best. Kawan aku kata homestay tu 5stars la kononnya. Sampai kat homestay, cehhhh. Homestay kitorang dekat rumah flat. Agak buruk dari luar. Tapi masuk dalam alhamdulillah best je walaupun kecil. Huhu sebbaikkk 3G kat situ ok. Tapi persekitaran flat tu takut ah sebab kadang2 bunyi anjing, lepastu agak kotor permandangan kat situ.
Yang boleh aku simpulkan pasal penang, as you entered there, you'd forget a while that you're in Malaysia hahaha. Kalau grammar salah ampunn. Bukan sebab penang ni cantik tahap oversea. Cantik tu memang cantik sebab banyak tempat best. Tapi bandar penang ni memang susah nak jumpa orang melayu. Pandang kanan, cina. Pandang kiri, india. Pandang depan, matsaleh dan orang arab. Pandang belakang, jumpalah sikit orang Melayu. Nabilah kata orang melayu ramai kat Seberang Perai. Ye kot sebab aku pun bukan orang sana.
So sebab susah sangat nak jumpa orang melayu, rasa macam duk kat negara lain hehehe. Tapi best je sebab diorang baik-baik je.
Homestay kitorang dekat batu ferringhi. Subhanallah kalau tengok pantai batu ferringhi memang cun gila ahh. Susah nak jumpa pantai yang selamat untuk mandi. Dahlah clear sangat air dia. Tapi malangnya bas tak boleh parking belah2 sana so kitorang tak pi sana. Lagipun, pantai ni dekat dengan tebing tinggi.
So, kitorang pi pasar malam je. Aku ni kuat makan. Punyalah excited nak cari makanan. Rupa2nya hampehhh takde makanan pun. Banyak baju and barang2 (sesuai untuk pelancong). Jadi aku ada beli baju untuk diri sendiri pastu ada beli hadiah dekat kak Intan. Kelakar pulak bila kak Intan tanya "beli kat mana?" pastu jawapan "kat pasar malam" hahaha. Nak wat camna, comel apa barang2 kat sana.
Masa tengah jalan2 dekat pasar minggu tu, aku ternampak cahaya macam ramai orang gitu. Aku ingatkan tu tepi sungai macam kat monsoon cup kat terengganu gitu. So aku yang jalan2 dengan Syahirah pun ajak dia ikut aku. Terkejut sangat! Rupa2nya orang tengah 'berfoya-foya' macam kelab malam gitu. Takut kot! Terus kitorang lari dari situ. Pastu dekat situ jugak kitorang pi minum air dekat Boost. Ok tu first time aku minum air tu. Best hahah.
Kalau dekat 3D trick art dengan upside down museum semua tu ambil gambar je. Untuk orang yang suka selfie macam aku ni memang manfaatkanlah peluang ni kan hehehe. Masa pi dekat upside down, masa tu kebetulan RTM nak filemkan upside down konon2 nak promote la. Patutnya diorang filemkan haritu. Lepastu aku dengar pekerja (manager kot) diorang kata "harini customer ramai la. Hari lain boleh tak?" Whoaaa tengok betapa hebat jugak eah kedai diorang walaupun kecik je and kedudukan kedai tak berapa nak strategik hehehe.
Nampak tak betapa kitorang 30++ ni mengacau diorang nak masuk tv? Haha.
Tapi patutnya rakam jelah haritu. Untung2, kitorang masuk tv walaupun rtm je.
Dekat escape park lagi best! Gambar search la sendiri kat internet kalau nak tahu escape park tu camna. Yang pasti, aktiviti lasak ah kat situ. Ada flying fox, ada yang kena terjun 13m, kite flyer and banyak lagi. Yang ni ada moral story. Masa kat sekolah, kawan2 aku semua suruh bawa kasut sukan sebab escape park tu lasak. Aku dengan bangganya "hmm dakpe ah sandal saya ni macam kasut doh". Kebetulan aku kan pakai kasut crocs so kalau diperhatikan, lebih kurang je dengan kasut sukan (wekkk tak sama pun)
Nak dijadikan cerita, kitorang semua pakat beratur nak main first game untuk haritu. Aku antara yang awal jugak ah main. Pastu ada flying fox.
Tu first time aku flying fox. Best! Masa tengah flying fox tu, berdebar sangat sebab aku terpusing kebelakang pastu aku takut and tak tahu macam mana nak tangkap tali. Nak kata camna eah? Yang pasti kat hujung tu ada tali yang kena tangkap sebab tak nak bagi flying fox tu undur kebelakang balik.
Aku pun dengan semangatnya tangkap dan malangnya kasut kiri aku tercabut! Ahhhhhhh nasib baik tak tinggi mana. Tapi aku hampir nangis ah. Aku pun jerit dekat orang yang ada kat bawah. "akak! akak! tolong! kasut saya tercabut!" (macam darjah 1 pun ada)
Takde jawapan.
Aku pun jeritlah sekali lagi. Lepastu ada sorang pekerja perempuan ni datang. "kejap eah dik biar akak tolong"
Lepastu bila lama sangat, aku jerit lagi (malu wehh)
"adik, akak letak kasut adik dekat situ eah sebab situ rendah sikit and senang akak nak capai. So adik buat dulu sampai situ" Akak tu pun letak pastu pi lain.
Aku pun dengan 'tabah' buat aktiviti seterusnya. Dahlah aktiviti tu kena jalan atas buluh and bayangkan aku jalan atas tu dengan sebelah kasut and sebelah lagi stokin and licin gila wehhh!!! Rasa nak balik terus haritu.
Ok tu baru situasi pertama.
Situasi kedua, ada aktiviti yang kena daki 'gunung' (tak pun) dengan seret pelampung berat gila sampai rasa nak pengsan. Lepastu sampai dekat atas tu, duduk atas pelampung tu and turun gelongsor tu. (macam dekat taman tema air tapi ni bukan pelampung isi gas tapi pelampung pepejal berat gila and gelongsor yang tak berapa nak gelongsor). Turun tu memang best pastu kasut cabut pulak!!
Terpaksa pulak minta tolong abang yang jaga aktiviti tu. Dia suruh aku ambik sendiri pastu alasan aku, "tapi saya dah tak larat..." Hehe akhirnya dia tolong. Tapi memang aku betul2 tak larat ok.
Hehe tapi kesimpulannya, escape park memang best. Semua game yang aku main, semua tu aku jerit ketakutan hehe bukan jerit enjoy. Pelik dokkkk?
Lawatan kitorang khamis malam sampai ahad malam. Yang sedihnya, isnin pagi tu kena jugak pi sekolah. Haihhhh. Masatu rasa macam taknak balik dungun pun. Nak stay kat penang even homestay tak berapa best. Yang best pasal lawatan ni sebab F3 je yang pergi. Takde pun batch lain. Tengok tu baju kelabumerah xanthrons kitorang hehe.
Tu baru bab lawatan......
Ni nak cerita pulak pasal kitorang batch xans pi lawat kilang Za Batek dekat pulau serai.
Best sebab belajar buat batik. Dia bagi kitorang kain sikit and pensel suruh lukis pape je.
Aku bukannya kreatif sangat pun kan so masa pekerja tu suruh lukis, aku lukis cincai2 and jadi the first yang siap. See? Hudoh je.
Lepas lukis, kena pi canting batik. canting ni sebenarnya macam letak lilin la sebab masa nak warna nanti biar tak comot.
Seriously kalau tengok garisan yang hudoh macam dekat pelangi tu garisan bergetar and ada dua titik besar tu, yang tu sebab aku buat sendiri. Herghhh bilalah aku nak kreatif eah? And fyi, tu bukan batik hahaha.
On the way nak siap dah tu....
Tadaaaa! Memang bukan batik absolutely >.< Tapi puas hatilah jugak sebab dapat siapkan. Macam yang aku bagitahu tadi, aku first yang siap.
Masatu, aku rasa yang akulah paling comel. Lepastu, bila dah ramai yang siap, aku jadi down sebab yang lain semua lagi gempak daripada aku huhu. Buat muka down je lepastu. Izzah dengan Nisyu pun takhenti2 kata "semua orang ada comel tersendiri blablabla" hehe yelah yelahhhhhhh
Ok tu je masa mencemburui sangat. Byebye! Assalamualaikum!