Thir
Saya Yakin Boleh!
Sunday, 3 May 2015 | 2:01 pm | 0 comment(s)

findme

Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama tak typing~ kind of... rindu.

Semenjak jadi f3, jadi rajin dah SIKIT JE. Sebab selalu siap hw sebelum prep malam, and hajat nak study waktu prep, but still hampeh. Kalau yang rajin pun, baca sehelai buku rujukan sains, and yang paling rajin, buat latihan math (tak aci ah sebab minat haih)

Sekarang ni prep for exam pun tak start lagi!! Yang f1, f2 tak cover lagi. Tetiba rasa nyesal pulak tak fokus masa f1, f2. 

Huaa dahlah 18/5 ni dah start midyear exam. Hehe dahlah study tak, tapi makin kuat makan!

Kesnya begini...
Aku rasa malu ah. Aku selalu beli aiskrim batang coklat and oreo kat koop waktu rehat. Aiskrim tu aku akan habiskan waktu rehat, and oreo aku akan makan setiap kali nak habis rehat (means; aku buat habis satu paket kecil tapi agak banyak tu) and kalau tak habis lagi oreo tu, sambung waktu cikgu tengah ngajar! Erkkk mesti cikgu ingat aku ni kuat makan. Dahlah deskmate aku, aisyah pun kekadang selalu bagi biskut lexus and aku akan jadi kanak2 riang sebab dapat makanan.

Hehe dah ah tu, nak cite pasal kem! Yeay!

Tengok tak gambar di atas? Tu organisasi (ceh) Majlis Perwakilan Asrama SMID 2015. Aku ada dalam tu, cari ah! Sape dapat cari, aku bagi ferrero roche, nak? hahaha.

Hujung minggu lepas, sekolah aku adakan kem. Untuk MPP, MPA, PRS. Mula2 bila dapat tahu, excited gak ah wpun sedih sebab minggu tu minggu balik. 

Masa tu baru balik dari sekolah. Hari Selasa rasanya kalau tak silap. Pastu Ustazah Maya panggil aku dengan aniesyu. So kitorang pi lah dekat ustazah. Lepas ustazah bagitau pasal kem, kitorang pun macam "yedokk? Yeayy!" And terkeluar soalan... "dekat mana, ustazah?" yang paling sadisnya, jawapannya "dekat sekolah je. Sian awak op. Dakpelah dekat sekolah pun kan"

Automatik muka :) jadi :/ alhamdulillah tak jadi :( cenni or :'( lagi. Hekhuk.

Kitorang pun terpaksalah mengorbankan minggu balik kitorang dengan separa rela hati. Hehe.

Masa hari kem, kitorang berdebar ah. Dah nama pun kem kepimpinan, mesti garang, takut blabla

Pastu rupa2nya masa taklimat tu rasa heaven sangat! Rasa bersemangat and tak logik ah ngantuk sebab 93% perisian dalam kem ni banyak kena jerit, nyanyi lagu tema and sebagainya

Masa taklimat tu, diorang (JMG; JAZIM MOTIVATION GROUP) bagitahu kata2 keramat. Macam kalau diorang sebut "boleh tak boleh?" and kena jawab SAYA YAKIN BOLEH! Hehe. Nak tau banyak lagi kata2 keramat ni? Jemputlah diorang buat kem dekat sekolah korang. 0173003884. FB diorang page JMG la. Taip je.

JMG ni banyak modul. Ada motivasi, and blabla. Sekolah kitorang amik kem kepimpinan pengawas.

Ok mula2 kem ni nak pilih penghulu and penghuluwati. Coach Fadly suruh banat calonkan 2 orang and banin calonkan 2 orang.

Then tercalonlah empat orang banin. Lepas tu, antara empat ni kitorang kena undi and ada yang akan jadi penghulu and timb penghulu.

Masa pilih banat ni sweet hahaks. Dua orang banin terpilih tu kena pilih. Penghulu kena calonkan 2 orang and timb dia kena calonkan 2 orang. So banat2 ni pun berbaris la dekat depan semua banat. 

(kalau ayat asdfghjkl maaf)
Pastu penghulu, cara pilih penghuluwati is: diberi mafla, diiringi lagu, dia kena turun pentas and bagi mafla tu dekat pilihan dia and kata "sudikah anda terima saya jadi imam anda?" hahahahhaha gelak besauu.

ok malas nak cerita panjang.Untuk timb penghulu pun cara dia sama je cuma timb penghulu tak ikut mana pun cara tu. hewhew

Then sepanjang kem tu memang banyak ah program. LDK pun ada. Mula2, ada kena buat dinamik apa ntah. Kena buat bentuk bulat la, love la.

Pastu group LDK, kena bincang nama group berdasarkan nama seorang tokoh, pastu kena ada logo, trademark, and bentang semua tu.

Pastu ada satu program tu, kena buat dua barisan banin and banat pun centu. Pastu ada partner kan? Then kena jarakkan diri dengan partner, and dapatkan lima maklumat pasal dia; nama ibu, nama ayah, alamat rumah lengkap, no KP, Universiti pilihan serta kos yang akan diambil.

Nampak senang kan? Tapi bayangkan, dengan jarak yang kira2 hampir semeter, and ramai peserta, and kena jerit2 untuk tahu pasal dia! Sampai kena guna isyarat tangan haaa. 

Lepastu tu sesi pertama and ramai yang tak berjaya. So coach tu buat cara kedua. 2 barisan yang duk tengah (banin and banat la maknanya) kena pusing menghadap. And dua barisan luar pun kena rapatkan diri dengan kita and kena habiskan sesi ambik maklumat tu dalam keadaan barisan yang dalam tu takleh pusing belakang.

Ok dah ah cite pasal tu, memang berbelit. Ok sesi terakhir senang sikit nak cite. Barisan dalam tu pusing balik hadap partner, and kena habiskan sesi maklumat tu tapi tanpa guna suara. Alhamdulillah yang tu senang sikit sebab jarak pun dekat. Aku dengan partner aku, Qeela dapat ah cari maklumat pasal kitorang lengkap kelima2. Ada je partner yang tak lengkap.

Yang ni memang wajib cite. Masa tu aku tengah badmood sebab aku geram dengan something. So masa tu diorang buat ayat keramat tu then aku pun tak semangat. Lepas habis semua tu, nyanyi lagu tema. Mula2 aku cadang taknak semangat sebab memang tengah badmood tapi both songs really make my day! Haha terus happy. Kenapa? Lagu hambamu aku biasa2 je tapi time lagu gemuruh, ya ampun malu rasanya. Pemimpin mana boleh terkesan dengan emosi!!! So lepas ni taknak badmood dah hahaha. Lagu gemuruh memang boleh naik semangat eah??

Dekat asrama, ada program multimedia. Ada program yang ala-ala DJ, ada yang program ala2 program realiti TV, ada drama queen, ada short film. Best!!!

Hehe sorry sebab entri kali ni tak best. Ni pun agak rushing. Post ni pun draft yang semalam. Harini dah nak balik asrama. Baju semua tu pun tak habis pack lagi. Till then, goodbye and assalamualaikum.

p/s: ce bagi idea untuk program badan akademik. Haihhhhhhhh nak yang unik sikit~ Hehe boleh agak dah blog ni tak femes, so maybe takde komen ditinggalkan kat post ni tapi sekurang2nya sape yang baca tu tolong fikirkan boleh tak? Ahaks~ TQ


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me