Thir
Pink health, pink heart, pink life
Monday, 8 June 2015 | 11:53 am | 0 comment(s)

Assalamualaikum w.b.t.
Hehe tajuk takde kena mengena, act baru je tengok barbie in the pink shoes hehehe.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... Sian dekat mangsa gempa bumi dekat sabah. Malaysia ni kan kedudukan dia luar dari lingkaran api pasifik, sepatutnya takde jadi camni. Tapi nilah maksudnya dunia dah nak kiamat. Kadang2 ilmu sains pun takleh menerangkan benda2 ni. Allah kan Maha Hebat. Sebab tulah motivasi terhebat kita ialah mati. Bila kita sentiasa ingat mati, kita akan ingat Allah. Hehe, ni cakap berdasarkan novel diagnosis. Best! Beli ah.

Yeay cuti nak habis dah T^T sekolah lain mostly f3 balik lewat and pi sekolah semula macam biasa tapi sekolah aku, f3 kena pergi awal huaaaa. Rabu petang ni dah kena pi balik asrama sebab khamis pagi ada kelas.

Haritu, 6/6, hari terakhir festival kenyir and kitorang family besar tok ni pi la sana. Kitorang semua cadang nak pi Kenyir Waterpark, yang baru buka tu. Tapi baru ada satufasa, yang kanak2 punya so waterpark dia kecik je, sebab dalam pembinaan lagi. So, memang aku akui, tengok pun tak rasa nak main. Nak gi waterpark tu kena naik bot dari jeti.

I thought family aku nak pi pusing2 kenyir sebab aku julung2 kali (ceh) gi situ. Rupa2nya pi waterpark je. Dahla tak bawak baju spare semua tu so huaa aku sorang je dalam kalangan sepupupapat yang tak main air. Sedih ah jugakkk. Bosan gila menunggu diorang bersuka ria gelak ketawa. heh. Sementara menunggu tu, yeah eating of course. I'll gain weight for sure huaaaaa.

Lepastu, untuk pegi balik ke carpark, kena naik bas free dari jeti ke waterpark tu. Sebab ramai sangat orang, aku tak tunggu dah family aku. Aku naik sendiri bas tu dengan nenek, tok, ayah ji and ada lagi. Diorang naik awal so dapat tempat duduk. Except aku dengan nenek. So kitorang duduk dekat tangga bas haihhhhhh.

Sampai dekat satu stesen tu, aku tak nampak pun ada daripada kitorang yang turun so aku dengan nenek tak turun. Tetiba bila bas nak pi stesen seterusnya, aku ternampak tok aku dah turun. Aku rasa pelik ah sebab aku fikir "tok salah turun tuu." So bas tu pun bergerak.

Stesen seterusnya pulak, aku rasa pelik, takut. Waduhhhh kenapa dah sampai kat luar dari kenyir ni? Sebab kereta papa aku parking dekat pusat penerangan kenyir. So nenek pun berdebar and tanya2 orang sekeliling. Then aku pinjam fon sorang makcik and call mama.

"athirah gi mana dok sampai2 lagi niiii?? Tok sampai lama doh! Tok kan nak bas sama dengan athirah?"

Mama macam cemas je. Hehe ibu~~~ Jadi aku dengan nenek buat cool, and tunggu bas tu round lagi sampai la dekat stesen kitorang semula. Waduhhhh rupa2nya tadi aku tak sedar tu tempat family aku parking sebab bas tu ramai sangat orang sampai aku tak nampak dunia luar huhu.

Sampai je kat sana, orang lain semua balik dah kecuali family aku, so picnic tak meriah hewhew. Masa ontheway balik, singgah surau sebab nenek tak solat zuhur lagi. Kitorang semua boleh jamak so berhenti ni sebab takut nenek tak sempat solat je. Papa pun suruh aku teman. Alasannya, "athirah kan rapat dengan nenek." (menyindir kes sesat tadi) heh.
Tapi bersyukur jugak ah dapat teman sebab aku jamak dalam zuhur terus, senang.

Haa ok haa ok byebye pray for my pt3 11A :))

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me