Thir
MIRACLE ON TWELVE!
Friday, 23 January 2015 | 5:16 pm | 0 comment(s)

Assalamualaikum wbt! Today's still not too late to wish myself in this blog hewhew. *tengokjamjap* eh dah pukul 3.56pm 23/1/2015. Dah sebelas hari berlalu lepas bday kita hahaha. Happy belated bday jugak D.O and Zayn Malek (haha padahal tak minat pun diorg). Sekarang ni stres ah jugak sebab tak jumpa cari spek. Aik bila masa pulak pakai spek? I pakai sometimes sebab silau i teruk (tapi kan tak rasa pun teruk tapi power kuat hewhew) Ok pasaiii spek tak penting. No need to tell.

Ok aku ni macam budak2 sebab umur dah 15 tahun tapi harap macam2. Dahla tema bday tahun ni *kononnya* miracle on twelve, sebab kononnya banyak dreamlists for this year. Nak teddybear la, pizza la, gitar la, piano la, pizza la, hadiah special la watever betullllll ah. Haha tapi nama pun 'dream' memang susah ah nak dapat. Kalau wishlist boleh ah dapat kot hahaha.

Bday tahun ni kat sekolah bebbbbb hari senin. Sweet tak bday aku? Dahla 12 jan tepat 12 tengah malam pulak tu. (dalam islam hari start lepas maghrib) tapi tak valid ah bday aku kalau centu sebab bday aku dalam tahun hijrah masa 5 syawal so kalau lepas maghrib sekalipun tetap bukan bday aku. Ok nak cite ni.

Masa tu kan dalam dorm. Tengah baring2 dekat katil bawah (maklumla tahun ni double decker tak best langsung hewhew bersyukur jela kan). Pastu masa tu already past midnight. Sedih gila kot sebab takde orang wish (macam budak2. Bday takde orang wish pun badmood ngajuk hekleh gedik kannnn)

And then pukul 12.11 am (haa aku siap ingat jam pukul berapa), aku dengar ada orang sebut satu, dua, tiga. (masa tu boleh agak dah diorang nak buat apa) Pastu tetiba "Allah selamatkan kamuuuuu" haha diorang nyanyi lagu happy birthday that version. Aku pun buat ah malu2 cehh haha tapi awkward ah masa tu taktau nak respond apa. Mula2 tarik selimut tutup muka buat2 malu pastu rasa awkward and bukak selimut tunjuk muka terharulasangat tapi tetap awkward haha last skali duduk je atas katil tu and tunggu diorang habis nyanyi. Respond lepas tu? Kata thankyou jela hehhheee

Keesokan harinya (haha esokan la sangat padahal hari yang sama tapi lepas bangun pagi ok ayat macam pebenda) ada perhimpunan pagi. Aku punyala koya dengan kawan aku "kekgi mesti mudir bagi speech and kata 'saya ucap selamat hari jadi dekat wan nur athirah wan ahmad fairuz' hahaha" ok koya gila kann? Ntah la taktau gak kenapa bday tahun ni aku excited gila tapi bday tahun ni bukan la best sangat pun. Macam hari2 biasa jela kan.

Lepas habis perhimpunan tu luckily jumpa kak Intan hehehe sekarang ni susah nak umpa sebab dia kat menengah atas. Dia pun ajak keluar dewan pastu tangan dia masuk poket baju pastu dia nak bagi aku hadiah tapi malu cehhh. Kononnya taknak orang lain nampak. Last skali dia buat keluar and hide dalam tudung dia. Aku pun ambik la and terus letak dalam poket haha.

Pastu masa kelas tasmi' kan ustaz tak mari. So hehe aku pun ambik hadiah tu and buka. Hadiah tu secret ok. Tapi yang kelakarnya ada 10 gulung kertas kecik dalam tu. Wishes banyakkkkkkk sangat. Haha sampai aku pun letih nak baca pastu kena gulung balik. So kadang2 aku mintak Sala tolong gulung balik sama2.

Pastu jalani hari macam biasa and masa rehat tidur kan lepas bangun tidur tu aku nak pakai la selipar bulu2 cute aku tu hehe. Pastu rasa something weird. Tengok2 ada surat special. Hehe bukan daripada secret admirer ok. That special letter is from a very special friend ever! Hewhew sape lagi kalau bukan Hana yang 'dulu dipanggil Hana sekarang ni Hana Y'! *tu some of ayat dia dalam surat*

Sedih je baca surat tu. Touching! Yelah sebab sekarang ni dahla tak sama kelas dengan dia, dorm pun tak sama. Takde benda yang sama dengan dia sekarang. Unit uniform dengan kelab sukan je. Harap2 nanti usrah sama dengan dia.

Haha miracle finally happened bila dapat surat tu cehhh. Haha gedik.

Ok panjangg sangat post harini. Aku tak puas lagi nak menaip. Banyak lagi idea mencurah2 ni hehe.

Buat border sikit hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LARIAN IMTIAZ 2015!

Larian imtiaz ni merentas desa la. Cross country. Banyak konflik jugak ni hahaha. Macam biasa, bila ada merentas desa, aku berdebar ah sebab aku ni bukannya asma tapi entahla kalau naik tangga sikit je aku dah letih tahap gaban. Stamina tak kuat. Sebab tahun lepas pun masa larian imtiaz, bila sampai je dekat perkarangan sekolah, aku rasa pening2 kepala pastu semua orang tegur muka aku pucat sangat (dah kalau tak berlari pun dah pucat, lepas berlari lagi ah teruk pucat)

Alhamdulillah tapi setakat ni tak pernah pengsan lagi hewhew. Sebab tu aku sekarang ni benciiii sangat kedudukan kelas aku sebab dekat tingkat tiga. Ya Allah susahnya nak daki bukit setiap hari. Baru sampai dekat tangga tingkat dua je aku dah rasa penat gila plus beg berat lagi. Selalu je aku berhenti sekejap dekat tangga tingkat dua sebab letih. Masa form1 aku tingkat tiga jugak sebab tu la masa form2 aku bersyukur sangat sebab tingkat dua je. Sekarang ni a little bit harder for me la. Endure it je laaaaa (cehh vocab endure pun tau dari kdrama hehhee)

Berbalik kepada larian imtiaz. Mula2 aku tulis nama aku dekat orang yang taknak berlari. Tapi entahla aku potong balik nama tu sebab aku rasa nak berlari. Banyak faktor yang buat aku nak berlari. First, aku nak diet hehe. Second, nak lalu tepi pantai! Third ni pelik sikit sebab childish yang amat! Sebab aku nak orang kesiankan aku sebab muka mesti pucat hahahahaahahahhaha 

Tapi happy la sebab masa larian imtiaz tu aku berjaya balik ke sekolah tanpa sebarang pening2 kepala and pucat pun tak teruk hihi.

Sebelum merentas desa tu kan aku ada tanya Izzah "Awak nak berlari ke berjalan?" (tu mesti ayat famous sebelum merentas desa)

And then Izzah kata dia nak berlari. Aku pun upset ah sikit sebab dia tak masuk geng aku hehe. Aku kata la yang aku rasa aku memang tak menang sebab aku cepat letih pastu dia kata "mana boleh camtu. Kita kena terus berlari and believe" Hehe tu bukan ayat dia tapi lebihkurang macam tu la. Aku pun gaspppppp.

Lepas tu aku rasa geram gak ah sikit dekat dia. Tapi macam biasala bila fikir balik, dia cakap tu memang betul tapi i'm just too ego to admit. Hehe so masa berkumpul and tunggu masa nak berlari tu, aku kumpulkan semangat. Aku nak dapat nombor!!! Hehe Akhirnya suntikan semangat Izzah tu meresap jugak dalam badan ni. Tapi tak menang pun huhu. By the way aku tetap puas hati sebab aku dah usaha.

Masa berlari tukan, aku jumpa Izzah kat tepi jalan. Kesian dia. Jatuh dekat batu bata sebab ada orang tertolak. Habis seluar koyak and lutut dia luka. Haihh masa tu dia try nak ambik balik semangat yang dia suntik dekat aku tadi tu. "Athirah awak taknak berlari kan? Jomlah awak teman saya naik kereta balik sekolah" Mana boleh! Suntikan tu dah meresap sepenuhnya ok! So takleh ambik hehehe. Aku katala aku taknak and aku minta diri sebab nak berlari cehhh.. Tapi aku bukan berlari sepenuhnya pun. Aku kan cepat letih so kejap aku berjalan kejap berlari.

Then masa dekat tepi pantai aku jumpa Farahana. Masa tu aku dah jalan kaki sebab kononnya nak ambik udara pantai hahaha. Fresh gila ahhh best! Sepanjang kat tepi pantai tu aku memang niat nak jalan je hehe sampaila jumpa mat dengan minah saleh ni hehehe. "You must run!" Hehe aku pun excited ah pastu "Okay! Byeeeee" Sambil tu aku start berlari balik hehe

Tapi tak lama lepas tu berjalan pulak hahaha. Dahla angin kuat. Great moment la. Masuk sekolah, tengok2 dah ramai orang kat sekolah (itu perkara biasa yang aku tengok sebab aku tak pernah menang)

Jumpa Kak Intan. Wahhh dia dapat no 2 banat menengah atas. Tahniah tahniah. Pastu Hana kesian sangat sebab masa dia masuk perkarangan sekolah, dia ingatkan banyak lagi nombor yang dia boleh dapat. Pastu dia jalan kaki jela. Dia kata dia menyesal sangat sebab tak berlari masa tu sebab Qeela yang berlari depan dia masa tu dapat no 15! So that means Hana nombor 16 tapi nombor 1-15 je dapat hadiah. Haha kesiannn.

Ok dah habis bab tu yeayyyyyyhh banyak lagi aku nak potpet ni!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMASUKAN FORM 1 2015

Yang ni best jugak. Masa 15/1 baru2 ni hari khamis, form1 daftar dekat smid. Patutnya BPS dengan PRS je handle kemasukan diorang hehe tapi halaqah aku bertuahhh. Halaqah Ust Mukhlis. Sebab Ust Mukhlis ada ditugaskan something pasal pendaftaran hari tu so kitorang pun tolong sekali la hikhik. Padahal ust tak suruh pun tapi biasa la kitorang pegi cari kerja haha.

Junior skseripaka aku ada jugak masuk smid. 3 banin 1 banat. Yang banat tu nama dia Aimuni. Baik! Hewheww

Bila dah masuk f1 ni, barula aku rasa 'senior' sikit hehe sebab dekat menengah bawah, form3 paling senior. 

Ada jugak sorang form1 ni dia macam Anisha sebab peramah. Nama dia Syakilla. Baik jugak! Haha kalini aku banyak sebut nama2 macam la readers kenal kan hahaha.

And then, tahun ni kan aku rasa kan aku makin rapat dengan form2. Padahal masa aku form2 dulu dah pernah sedorm dengan form1 tapi tak rapat mana pun. Alhamdulillah tahun ni perubahan sedikit ketara cehhhh. Ukhuwwah fillah insyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FORM 3 >^<

lah sangat haha

So far, belajar tahun ni semua rasa best! Kalau selama ni kan malas belajar. Sekarang ni rasa excited nak belajar! Seriously! Jinjja! Pastu azam baru, nak siap semua homework sebelum prep malam sebab prep hanya untuk belajar! Yang tu setakat ni terlaksana. Taktau la akan datang. InsyaAllah istiqamah la kan. PT3 punya pasal haha.

Dahla tahun ni batch aku macam semua baik2 je. Dah jarang 'lawatan' demi 'lawatan' dari kelas ke kelas haha. Semua orang banyak duduk dalam kelas sendiri je and study. How greattt haha.

Readers doakan la yee aku exam besar tahun ni. Ni pun curi2 masa sikit sebab nak buat post dalam blog. Bila naik form3, so kelas dekat dengan tangga pejabat. Major form3 guna tangga tu. Rasa debe sikit huhh tapi setakat ni alhamdulillah sedar lagi status kitorang as a student. 

Pastu kan dekat tangga tu, bila dekat tingkat bawah sekali, ada satu komputer ni dia lekat kat dinding. Mula2 ingatkan tu apa sebab dia cerita pasal sekolah cenggitu la lebihkurang. Lepastu geng2 aku explore la benda tu. Rupa2nya komputer windows 8 yang touchscreen! Haaa rasa bangga la jugak sebab kitorang student terawal yang explore benda tu. Baru tau benda tu komputer sebab yang cerita pasal sekolah tu powerpoint rupanya. Ingatkan apekebenda. Pastu kitorang pun bukak app camera. Macam webcam la. Pastu ada sorang kawan aku lalu and tengok ada gambar dia so dia punyala excited "eh ada cctv ke?!" Haha padahal bukan cctv.

Kitorang pun selfie la haha. Masa tu kan hari khamis masa form1 daftar kan so kitorang siap record video and kata "selamat datang form one!!!!" *ni la senior hewhew*

Lepas tu ada banin tu nak lalu. Kitorang habis kecoh ah ni pi delete gambar2 selfie except for that video sebab punyala berangan, ingatkan sekolah akan save video tu and tayang masa orientasi form 1 tapi tak pun hehh

Pastu ngintai ah dari atas tangga tu. Bila banin lari, tengok2 diorang pun ada yang selfie hahaha. Lawak ah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berakhirla sudah cerita pada post kalini. Hha tapi sebelum tu nak tambah cerita sikit. Semalam kan masa aku nak simpan barang aku dalam kereta (sebab minggu ni balik pilihan), Izzah adik aku pun keluar and jerit "kakak!" sambil tunjuk teddy bear pink kecik. Haha comel! Dia kata tu hadiah bday aku, So sweet of her. Dia kata dia nak guna duit dia masa beli tapi bila aku tanya, rupa2nya guna duit mama aku jugak. Haihh haha.

Pastu masa program dekat sekolah semalam, sebelum program tu Izzahngah ada ajar aku camna nak main sudoku. Lorh senang je rupanya. Aku baru je tau hahaha selama ni aku jeles dengan dia kenapa la dia pandai sangat boleh buat sudoku. Haih padahal sudoku senang je so malam semalam aku mintak dengan mama aku nak beli sudoku hehe so dapatla jugakkkk. Daebak!

Ok tu jelah cerita2 aku sepanjang hampir sebulan berlalunya 2014. Dah 2015 okkk. Doakan aku yang terbaik. All the best for readers too! Sekarang ni dah pukul 5:13. Dah berapa jam dah aku menghadap komputer ni nak cari idea hahaha. Till then, goodbye!

p/s: nisyu mesti baca post ni kan? Hahaha

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me