Wi-fi
Sunday, 29 November 2015 | 6:37 pm | 1 comment(s)
Assalamualaikum w.b.t.
Now currently connected to my mama's personal hotspot. Urghh, semenjak berpindah ke rumah baru ni, sampai sekarang tak pasang lagi wifi. Macam post aku yang sebelum ni, kan aku ada kata aku ni addicted sangat dengan internet ni. Entah kenapa aku pun tak tahu. Boleh jadi plot untuk cerita baru kak Ain Maisarah siri OMG ni hahaha.
So, ketiadaan wifi ni bagi impak yang besar jugak ah dekat aku cehhh hahaha. Sekarang ni aku dah terbiasa dah takde internet. Kadang2 guna hotspot daripada fon mama je untuk main. Tapi yang tak terbiasanya ialah nak tengok drama! Huaa sedih ni...
Hehe, sekarang ni aku dalam proses nak sambung balik novel aku yang tergendala. Novel yang aku cadang nak buat untuk masuk pertandingan novelis apa entah masa 2013. Sebab tulah ayat2 harini agak skema hehe so kalau menyampah sorry :p
Ni nak cerita pasal minggu2 terakhir kat sekolah. Memandangkan aku ada banyak kem sepanjang pindah menengah atas (bangunan sekolah aku, menengah atas dan menengah bawah ni terpisah ok), so memang tak sempat hayati manalah pengalaman kat situ. Sebab aku ni macam chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Aku pun taktau kenapa orang bagi istilah chipsmore kalau macam tu so aku ikut jelah.
Ok cuti jumaat sabtu yang terakhir kat sekolah, aku pi kem trenglish. Best gila! Haha first time pi kem yang enjoy gini.
Yang nak cite sangatnya kem sahsiah ah. Tragedi demi tragedi menimpaku.. cewahhhhh!
Kem ni leceh sikit sebab kena bawa baju sekolah. Yang aku tahunya, kena bawa je. Tak tau pula kena pakai masa first day.
And aku ingatkan bertolak pukul 7. So aku rehat-rehat dalam bilik and keluar pukul 7. Memang gabra habis ah time tengok ada sorang banin tu pakai baju sekolah. Terus kecoh. Aku pun apa lagi. Pi dar (macam rumah ah) orang lain lepastu tukar baju sekolah yang aku dah letak kat hanger. Lepastu rupa2nya kena bawa blazer juga!! EEII, yang geramnya, kat sana tak pakai pun blazer sebab blazer tu tak wajib pun cuma kitorang berpakat nak pakai. Hampehhh, pakainya sekali je.
Lagi teruk, aku tak ingat nak tukar kasut so aku pakai sandal je. Nasib baik tak kena marah.
Lepas tu, lepas sampai kat sana... Tempat pulak susah nak cari. Bangunan tu dah lama tak guna so kotor yang amat!!! Terutamanya tingkat 3. Kalau tingkat 1 and 2, peserta kem memang selalu guna so tak kotor sangat. Kalini, peserta agak ramai so aku tengok ah tingkat 3. Ya Allah, tahi cicak merata-rata. Akhirnya kitorang 5 orang ni terjumpa satu bilik terpencil ni dekat tingkat 2. Nasib baik boleh guna alhamdulillah. So sepanjang kem tu kitorang (4 orang daripada kitorang 5 orang ni join kem trenglish) asyik bandingkan je kem ni dengan kem tu.
So tu peristiwa yang berlaku sebelum pi kem so memang ruin my mood la. Memang tak semangat langsung pi kem tu. Semua buat ala kadar je. Kem komander kata jangan solat jamak qasar. Tapi seriously aku memang tak dengar pun kem komander ada cakap pasal tu. So setiap kali zuhur asar aku akan jamak qasar (dua hari je pun). Lepas siap buat jamak zuhur asar hari sebelum last tu, kem komander pun kata sekali lagi yang takleh buat. Aku pun kata kat kawan aku, "nasib baik dah buat sebelum dapat arahan"
Rupa2nya kawan aku kata kem komander dah awal2 lagi kata cuma aku je yang tak dengar sebab mood takde. Kem tu 85% ceramah. Hehe berguna ah sebab kem ni kena catat apa yang didengar. Tapi mengantuk tu memang ada.
So masa dapat kertas yang ada borang maklum balas tu, memang 'kutuk professional' habis ah.. Aku komen pasal kebersihan, kawan aku komen pasal menvariasikan taktik bagi ceramah macam buat dalam bentuk game ke apa ke. Sebab explorace kitorang kan semua checkpoint jawab soalan atas kad manila. Huhu.
Masa nak serah borang tu, aku ternampak yang group aku punya, yang sekolah lain lah. Ya Allah, baiknya dia! Aku rasa kerdil sangat sebab sepanjang kem ni aku pasif padahal tu bukan jenis aku.
Antara kitorang 4 orang yang pi kem trenglish, ada sorang je yang jarang sangat mengeluh. Pastu dia je yang aktif dalam kem ni. Haha memang patut pun. Sebab dia dapat peserta kem terbaik. Tahniahlah...... Kitorang pun asyik sindir2 manja gitu kat dia hahaha sian kat dia....
Tadi kan aku buka fb aku setelah sekian lama tak buka (berkat semangat keazaman yang tinggi nak elak addicted). Lepas tu tengok dekat synced photos. Ya ampunn, malu kot! Synced photos tu yang lama2 dulu. Masa 2013. Malunya sebab banyak aku printscreen benda2 childish. Benda2 yang aku buat masa darjah 6. Aduh, mana nak letak muka. Nasib baik synced photos tu takde orang boleh tengok hehehe.
So, cuti kalini korang pi mana? Kongsi ahhh. Haha... OKBYE ASSALAMUALAIKUM oops tercapslock hihi