Xanthrons bersatu hati
Saturday, 31 October 2015 | 6:15 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum w.b.t.
Terettettettttttt teretteretterettt~
Baru habis gelak. Tengok tajuk tu! Apa yang satu hati sangat eah?
Lepas pt3, so aku join balik group whatsapp xans.
Ok ni cite lain pulak tapi berkait. Kalau boleh kaitkan, kita salute, ok?
Haritu aku mintak dengan mama nak pi sekolah lewat sikit. Almaklumlah budak habis pt3. Ingatkan nak suruh hantar hari isnin malam sebab ahad isnin tu rasanya takde program. Selasa and Rabu tu ada lawatan.
So, dengan susah payah memujuknya, akhirnya dapatlah jugak kebenaran nak pi sekolah lewat. Alhamdulillah (ceh hampehss)
Dalam kepala ni duk rangka idea nak bagi alasan apa. Hal family? Demam? (sebab kebetulan memang rasa badan panas sikit plus pening sikit) Kucing beranak? Haihhhhh akhirnya duk fikir punya fikir, kata jelah hal family. Aku termasuk family jugak. Hal yang tak dapat dielakkan sangat tu malas. Herghhh
Lepastu bukak la whatsapp. Type awal2.. "sy pi sekolah esok atau lusa. hal family"
Lepastu scroll atas sikit, berderet orang hantar chat kata nak datang esok ada, lusa pun ada. Hehe so tumpang sekaki ah. Ramai gila yang mari lewat! Rasa kelakar pulak. Pastu tadi ada yang pi awal sekolah and otw pi sekolah, dia snap la gambar dia pakai baju rasmi sekolah dengan caption 'orang ikut peraturan lain'. Hahahahhaha masa tu rasa nak gelak sampai nangis (tak ah)
Then ramai ah pakat hantar chat, 'kemenjadian murid' la and macam2 lagi.
Ok nak tahu tak tadi pi mesramall pastu jumpa la kawan baik aku masa darjah 1. Hehe sekarang ni tak rapat mana dah. Pastu rasa kerdil sangat sebab dia dah macam budak U, adik dia darjah 6 tu dah macam form 5. Lepastu pandang diri sendiri, macam baru darjah berapa. Dahlah selekeh, pendek..... Tapi mama puji gak "athirah biar ah gini sampai besar. Biar dok nampak tua ngat."
Huhu tapi masalahnya kawan aku bukan nampak tua. Tapi remaja. Aku ni tak beralih lagi zaman. Hewhew~~
Ok sekian post pendek. Ada hal jap. Bye assalamualaikum wbt