Thir
Homesickness
Friday, 26 February 2016 | 6:08 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt.
Harini Jumaat, penghulu segala hari. Bukan minggu balik tapi aku balik.

Baru je balik harini, bukan semalam.

Hehe tetiba cara penulisan aku jadi lain pula.
Gini, minggu lepas hari sabtu tu aku ada bengkel olimpiad. Masa cuti panjang tu aku dah bagitahu parents pasal ni, tarikh bila and dekat mana. So dekat sekolah tak call la nak kata pasal tu.

Yang sedihnya, aku bertolak pukul 7 pagi and satu family aku datang nak ajak aku outing pukul 11 pagi. Huaaa jadi bila balik tu memang sedih ah bila dapat tau berita tu sampai seminggu sekolah aku jalani dalam keadaan tak rela ceh.

Then aku call mama hari isnin tu, mama kata sabtu ni (esok) nak datang. So excited la ni.

Hari khamis tu aku rasa homesick sasasangat so aku call and nak minta balik dengan whatever alasan pun sebab takleh tahan dah duk sekolah tiga minggu tak balik (kalau masuk u bila besar nanti camna la nak hadapi homesick).

Tapi bad news, mama kata hari khamis jam 4 pagi tu baru je pi kl sebab adik baru aku (haa lupa nak cite. Aku dapat adik baru and the first lelaki in family hehe) yang nama syahmi tu asyik lelah and bila pi klinik tu dia disuspek jantung berlubang so diorang pi KPJ dekat selangor rasanya kalau tak silap.

And dalam telefon tu mama kata alhamdulillah sebab bila pi kpj tu doktor kata dia tak jantung berlubang pun. Tapi kena warded 3 hari.

So that means sabtu (esok) tak outing la. Dahlah tak dapat duit belanja.

Jadi aku jalani hari dengan sedihhhhhh.

Harini pula aku dengan kawan2 tengah lepak depan rumah warden, tengah decide nak pi menengah bawah nak pi bazar (diorang ada buat jual2). And tetiba ada kawan aku jerit daripada kafe, and at first aku tak dengar apa diorang cakap lepastu bila dengar yang kereta family ada kat depan dar, terus aku lompat suka (alhamdulillah xD). And aku pun dah niat dalam hati nak ajak outing.

Bila sampai kat kete, papa suruh aku bersiap sebab nak pi KTS. Sebab nak suruh Syahmi pi sana pula, dekat sikit. Hehe so alasan ya, nak ikut adik masuk hospital hehe. Alhamdulillah adik aku lelah biasa je.

Tadi, masa dalam kereta, Syahmi ada buat bunyi and papa pun kata "cute je suara baby. Bila besar nanti suara Syahmi macam papa ah."

Aku pun tanya ah, "bakpe suara baby laki ke puan ke sama?" (F4 tanya soalan tak logik langsung)
Then papa kata, "doh kalau baby lahir2 nangis suara macam laki (then papa buat suara baby hok nangis suara kasar) kekgi semua orang takut" hehehe. Papa selalu akan jawab dengan jawapan yang kelakor.

And, kejadian dalam kereta juga. Izzah adik aku tu tanya papa, "papa nabi mende eah yang Allah angkat ke langit tu?"

Papa pun jawablah nabi Isa AS. Dia pun kata "haritu izzah cite kat kawan izzah pastu kawan izzah tanya nabi mende, pastu izzah jawab 'doktahulah. Nabi Muhammad rasanya."

Haha adik aku ni pelik sokmo.

So sekarang ni ada dalam wad KTS. Nanti nak makan char kuetiau dengan epal susu. Hm insyaAllah boleh sebab craving sangat dah ni! Ok that's all for today. Aku ada banyak cite sebenarnya tapi tak ingat nak cite apa. Biasalah asrama girl kan. Banyak peristiwa yang terjadi kat asrama and aku rancang dah nak cite kat blog tapi sebab lama sangat tak balik so tak ingat la hehe (salahkan sekolah la pula) And next week balik pula yeay!

Malam ni ada incoming birthday party buat kawan aku yang lahir pada 29/2/2000 so untuk raikan birthday dia yang keempat, xD kitorang ada buat prank sikit tapi unexpectedly aku takleh join party tu. So happy incoming birthday Sala! Doakan yang terbaik eah untuk kitorang satu batch sebab exam dua minggu lagi.

Sekian assalamualaikum wbt. :)

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me