Thir
Ramadhan Kareem
Monday, 29 May 2017 | 4:40 pm | 0 comment(s)
Let your dream be the star because even if it's daylight, everyone knows it's still up there in the sky.

Assalamualaikum w.b.t.
Lately, post2 aku selalu je pendek2. So today aku nak buat panjang sikit. aku dah rangka dah sikit2 (cehhh) biar panjang so bila ada storyline, taklah tepu otak nak fikir nak tulis apa kan.

Firstly, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan kareem everybody (jawab: "Allahu akram" ok?)

Sebenarnya Ramadhan ni bulan a.k.a. pesta ibadah maka pembaziran masa yang dilakukan olehku untuk buat post ni amatlah dikesali tapi takpelah kita curi masa kejap ehehe.

Kalau korang nak ibadah korang lebih teratur and  nak pastikan buat sebanyak mungkin ibadah, better buat macam kawan aku ha. Mutaba'ah amal. Ni macam checklist la sepanjang Ramadhan ni. Maknanya kita kena tengok checklist ibadah tu and kalau mana2 yang tak buat lagi tu bolehla buat then tick. (BUKANNYA LEPAS BUAT TU DUK TENGOK YANG DAH TICK AND "WAH BANYAK DAH AKU BUAT HARINI BAIKNYA AKU WAH WAH WAH" ITU RIAK NAMANYA HAAA)

Kepada yang masih mampu baca post ni maknanya masih hidup dan sepatutnya bersyukur (alhamdulillah) sebab masih mampu menikmati peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ni. Jadi manfaatkanlah Ramadhan anda dengan sebaiknya sebab manalah tahu ni Ramadhan terakhir kita kan?

Dan beruntungla sape yang mati masa bulan Ramadhan ni (jangan pi bunuh diri pula adoi) tapi kena tengok amalan jugak.

Baru2 ni aku ada tengok tanah kubur. Tajuk dia Taasub Syurga. Ada sorang mamat tu dia memang alim amil gila ah. Dia selalu puasa (tapi tak jaga kesihatan)

Lepastu dia tertanya2 kenapa la dia tak mati lagi. Sedangkan dia buat amal bebanyak tu sebab nak masuk syurga. Dia naaak sangat masuk syurga menyebabkan niat dia buat ibadah sebab nak masuk syurga dan bukan sebab nak redha Allah so jadi tak ikhlas kat situ.

Bila tak ikhlas, itulah yang jadi dia rasa nak bunuh diri. Sebab dia rasa dia dah baik so bunuh diri pun takkan bawa dia ke neraka. So dia pun makan racun tikus. Tamatlah riwayat dia. Sia2lah segala amal kebaikan yang dia buat selama ni. The end.

Kalau belajar Pendidikan Syariah Islamiyah, ada satu tajuk tu Membunuh Diri. Ada hadis Rasulullah ni yang kata, lebih kurang macamnila, kalau bunuh diri dengan terjun daripada tempat yang tinggi, jadi kat neraka pun kita akan terjun macam tu. Kalau makan racun, kat neraka pun macamtu. Jadi kalau apa cara yang kita guna untuk bunuh diri, macam tula kita kat neraka nanti. Jadi janganlah bunuh diri sebab tu dosa besar. Ok??

Maka jangan sia2kan Ramadhan ok?


hai

Ok haritu ada perkongsian pintar. Untuk subjek MM, MT, BI, BM. Kalau nak ajar subjek kira2 tu aku ok la sikit. Tapi untuk BM and BI adoiii aku ni otak kanan agak ~~~ sket. Tapi aku akan cuba untuk seimbangkan la. Untuk subjek2 tu aku kena jadi mentor. Baru dapat selami perasaan cikgu2 aku yang bila ajar, anak murid buat krik2.

Hahaha, selama ni aku sebagai pelajar, kalau faham, aku just angguk2 pale tanda faham. Rupa2nya angguk2 pale tu tak berapa memuaskan hati cikgu hahahahah sebab aku sendiri pun nakkan respons. Bila orang kata faham macamtu barula rasa yakin sikit bila ajar tu.

Pengajaran yang aku dapat;

Masa ngajar, bila ngajar orang yang agak pandai tu macam tak best mana. Sebab? Sebab biasala, diorang macam dengar tak dengar (acuh tak acuh) je bila aku ajar sebab diorang dah pandai. Tak silap aku la kan, kata2 sape entah, dia kata, bila menuntut ilmu, kita kena tunjuk yang kita tak pandai masa cikgu tu ajar walaupun kita dah belajar benda tu banyak kali (tapi tak bermakna lepas cikgu ajar tu kita kena buat tak faham jugak. Ok pandai2lah tafsir sendiri ayat aku ni ok. Dah besar belaka kan so mesti faham kan hehe)


inilah dar kami yang terchenta. Buruk takpe asal selesa dan bersih (gotongroyong kenala selalu haha)

ini budak debat yang tak join aktiviti masa ni sebab latihan

saya nak letak banyak gambar budak kiri tu sebab dia mintak. And budak tengah tu anak warden terchenta.

o nanad nad o nanad nanad. o nanad yang comel. aduhai nanad o sayang. makin dipandang bertambah comel.

ini dia invisible woman yang susah sangat nak ambik gambar dia tapi satu gambar yang ada dia tu ibarat emas HAHAHA

Ehehe atas tu gambar2 masa aktiviti Sukan Interclass. Ni program asrama. Jadi kitorang akan berlawan antara kelas. Kelas form 4 akan gabung dengan kelas form 5. Tahun ni dah tahun last kitorang sama2 so i will miss you guys auchh



Kalau gambar ni pulak sebab haritu varsity kitorang dah siap and dah sampai kat sekolah yeayyy! Varsity ni ada pada orang yang nak je sebab agak mahal so kalau wajibkan semua beli macam tak baik kan. Dan ni perempuan batch kitorang je yang beli. Kalau nak tengok apa tulisan kat belakang, tengok kat gallery kat sidebar blog ok. XANTHRONS tu nama batch kitorang ok.


flying to arab with love~ 💖

Haaa atas tu gambar our Teachers' Day!!! Tahun ni batch kitorang yang handle majlis. Agak mencabarlah handle. Sebab apa? Sebab baaanyak sangat obstacles ha gitu.

Hari Isnin, 15 May 2017 (harijadi sape ntah)

Haritu exam. Hehe aku tak pastilah subjek fizik atau kimia sorry2. Habis je exam, kitorang dah start sibuk. Memang la sibuk sebab esoknya tu hari guru. Dahlah tema dapat tau lewat so semua preparation pun lewat. Memang last minute betul (sama macam study untuk exam. Last min jugak HAHAHA)

Awal2 dulu memang dah ada pembahagian group untuk kerja hari guru ni. And certain group takleh buat keje kalau takde tema. Yang boleh buat keje tu ringanlah sikit kot beban diorang (erm tidak pun sebenarnya)

Jadi malam tu kitorang satu batch pergi ke bangunan menengah bawah untuk hias dewan. Hias2 tu bab perempuan la kan. Jadi, lelaki handle bahagian video gimik semua tu. Diorang pun berlatih jugak untuk persembahan. Diorang buat pentomen inspired from miracle in cell no 7 ihik (idea nix and thor)

Untuk hiasan dewan, Nabilah ketua. Of course lah dia ketua, dia paling layak hahaha.

Walaupun dah ada grouping, mesti akan ada orang yang takde keje. Jadi, Nabilah pun panggil kitorang yang keje tak berapa nak ada ni and bahagikan kepada 5 pulak group deko. Ada yang hias atas pentas, pintu gerbang dalam, pintu gerbang luar kat dinding kanan, and dinding kiri.

Aku dapat group pintu gerbang luar. Nabilah suruh kitorang buat ala-ala floor directory dalam airport tu ha. Kan 'flying to arab with love' kann. Kitorang pun kena buat jugak yang tempat yang macam ada information pasal flight mana yang akan berlepas and mendarat and pukul berapa semua tu.

Dekat tempat tu la cikgu2 akan serahkan flight ticket untuk dicop. Sebab hariguru kalini, laki batch kitorang ada design flight ticket untuk bagi kat cikgu2. Memang agak wow la. Masa cikgu2 berucap, almost every cikgu cakap pasal flight ticket tu. Cikgu2 pun duk berpurdah berjubah semua haa.


Maaf, kualiti gambar agak.... mengecewakan

And bila keje aku dalam hiasan dah siap, aku pun pergilah dekat tempat lain, dekat luar dewan, dekat dataran merah sebab nak tengok apa group lain buat. Aku pun tolong la group yang buat multimedia (sedangkan tu part aku HAHAHA)

Masa tengah tolong tu, duk dengar sek2 laki tu berlatih untuk pentomen HAHA kelakar gila. Kalau tengok real lagi kelakar. Kitorang bagi cadangan pentomen tu nak suruh cikgu nangis, biar genre sedih tapi takpelah, kelakar lagi bagus. Takkan la nak rosakkan mood happy tetiba kan hahaha

Pukul 3 pagi, masih tak siap dekorasi. HEBAT TAK MATA KAMI? Jadi, sesiapa yang mengantuk tu pi la tidur kat musolla atau dewan. Lelaki semua tido kat musolla. Perempuan ada certain dekat musolla and certain kat dewan. Tinggal la yang mata gagah buat keje haha (yang pasti aku tak tergolong dalam mata gagah tu ok)

Pukul 4.30 tu barula diorang kejut kitorang semua untuk brief pasal majlis haritu. And guess what, masa tu dekorasi tak siap sepenuhnya pun. Ada minor things yang tak buat lagi.

Tapi nak tunggu semua bangun tu memang betul2 ambik masa sebab semua letih. Jadi aku yang skema yang bangun jugak 4.30 tu kena la tunggu sampai pukul 5. Sian kat aku kan sobsob.

Pukul 5 lebih baru la kitorang balik ke menengah atas. Aku ingatkan awal lagi. RUPA2NYA..

Kitorang yang dar zainab ni pakat berebut nak masuk dar dulu sebab nak cop mandi. And aku berjaya cop awal. Aku baru ingat nak tido tapi DAH AZAN mak aii. Azan subuh!! Seriously aku ingatkan masih awal rupanya dah dekat dah majlis. Majlis pukul 7.30.

HARI GURU 16 MEI 2017

Tadi tu dah pagi sebenarnya tapi takpela kita start cerita kat sini. 

Aku sebagai pengawas asrama dengan yakinnya kata dekat ahli dar aku, "solatlah kat dar. Takpe, akak anies tak marah punyee sebab kita pun memang dah sampai lewat" HAHA (tapi rupa2nya akak anies dah pergi musolla hahahahah and dar lain semua pergi musolla kehkehkehh)

Jadi lepas mandi, aku terus solat dalam dar and lepastu tido HAHAHA. Pukul 7 tu bangun and siap2. Memang agak rushing la...

Masa persembahan sek2 laki batch aku, memang lawak gila ah. Gelak puas2.

Masa persembahan guru perempuan pun kelakar. Sebab cikgu2 aku persembahkan sajak, tapi dalam pelbagai bahasa. Mula2 ustazah Maya cakap arab, lepastu cikgu lain pulak cakap dalam bahasa yang berbeza. Ada arab, indon, loghat kuala berang, korea, urdu, tamil, jepun, and macam2 lagi. Tapi last skali Bahasa Melayu ha gitu. Masa cikgu Edawati yang memang ajar BM tu bersajak, rasa macam menusuk sangat dalam hati. Sebab apa? Sebab cikgu feeling gila. Memang masatu aku rasa sebak sangat. Sebab masa tu terdetik dalam hati, 'ni sambutan hari guru terakhir aku. Tahun depan kat U ada tak eh benda2 macam ni?' 'ni tahun last aku belajar kat sini. Rindunya semua'

Masa tayangan video gimik, memang tabik ah banin batch aku. Kreatif gila. Walaupun suara tak berapa kedengaran sebab dewan agak bising dan suara slow, tapi aku yang duk depan tu bolehla dengar and hayati hahaha.

Habis gimik, ketua batch aku panggil satu batch naik atas pentas hehe.

dewan kecil takpe asal bahagia

Masatu rasa bangga sangat dengan batch snediri HAHAHA.

Tapi, biasalah adat suatu benda tu. Bila ada kelebihan, mesti ada kekurangan. Kitorang guna banyak sangat masa hahaha sampai cikgu2 semua komplen lama sangat. Dekat2 nak habis majlis tu, agak berterabur atau ganunya, BOLOK. Masa tu geram jugak ah dekat insan yang menyebabkan bolok tu haha tapi takpelah kena bersyukur haa gitu.

Habis majlis, semua balik tido. Adoi memang letih. Letih sangat!! Dahlah keesokan harinya tu exam BIOLOGI! OMG memang semua manfaatkan waktu tido tengah hari tu biar waktu prep tu tak ngantuk la walaupun still ngantuk sikit2. 

Hari exam bio, aku tengok ramai yang tersengguk2 ngantuk. Aku? Ntah la aku lupa hahaha.

Memang agak mencabar la jawab bio sebab letih kan.

MINGGU LEPAS, BERAKHIRLAH EXAM KAMI PADA HARI ISNIN.

Isnin tu PSI. Ahad tu cikgu2 ada sambutan hari guru peringkat negeri atau daerah (ntahla lupa). Jadi kitorang ada khamis petang, jumaat, sabtu, and ahad untuk study PSI. Tapi adatlah, bagila sebulan ke seminggu ke, hari Ahad tu major baru nak start study hahaha. 

Malam isnin habis exam tu, kitorang pun bebassss macam dah habis SPM hahahahha.

Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis ni hahaha walaupun faedahnya tak banyak tapi pandai2 la interpret sendiri apa faedah yang akan dapat. Ok dah2 zikir tak lagi harini? 
Jom sama2 ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar subhanallah wabihamdih subhanallah al-azim astaghfirullahalazim astaghfirullahalzim astaghfirullahalzim
Dulu, ustazah aku ada kata, dekat negara2 timur tengah, diorang sangat meraikan Ramadhan lebih daripada Syawal. Ramadhan diorang sangat meriah. 1 Syawal diorang biasa2 je. Diorang raya sehari je. Kita macam mana? Tapi takpelah enjoy jelah 1 Syawal kita. Cuma, jangan terlebih enjoy sampai habis pahala puasa kita.

Dalam pendidikan quran sunnah (pqs), ada kata yang ada beberapa benda yang jadi gejala mempersendakan agama.

Salah satunya; makan di siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan

Jadi, kepada yang tidak berpuasa, moga2 tidak buat la benda tu melainkan depan family korang je tu pun kalau diorang tak kisah. 

And salah satu lagi; hidang minuman keras masa first syawal

Hehe benda ni insyaAllah kita tak buat kan? Ehehehehehhhhh

Jadi janganla kita jadi orang yang mempersendakan agama, ok?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!!! RAMADHAN KAREEM!!!

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me