Thir
No title heh
Sunday, 13 March 2016 | 9:27 am | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt

Gladly kawan2 yang lain tengah kelas tambahan and cuti lambat 3 hari but i'm already home!

Kelmarin pak sedara aku kahwin sebab tulah balik ni. Semalam kenduri sebelah perempuan, nanti sebelah tok aku pula.

Sebab rumah tok aku ramai sangat orang, aku stay dekat rumah nenek aku. Alhamdulillah dua2 kampung dekat2 belaka, senang ulang alik, takyah cari homestay or hotel hehe.

Dekat rumah nenek, ada mak sedara aku, aku panggil mok ang. Ada satu peristiwa tu, anak2 dia gaduh ke apa entah lepastu kata 'bodoh' camtu and then mok ang pun marah, "apa ni cakap bodoh ha?"

Lebih kurang la~

Lepas tu aku pun terfikir... Kalau adik aku nabihah kata camtu, papa and mama pun akan marah. Semua parents nak yng terbaik buat anak dia. Anak dia mencarut, parents akan didik biar stop mencarut..

Tapi kita yang dah besar ni, memang la tak carut depan parents tapi carut belakang diorang. Dekat sekolah kat mana2... Yalah kita dah besar memang la. Tapi Allah nampak apa yang kita buat. Kita kat sekolah dengan lancarnya sebut 'b**ch' la and banyak lagi tu kalau mak ayah kita dengar, hancur luluh hati sebab tak sangka mulut anak kita macam ni.

Kalau orang lain tengok lagilah, mesti terdetik dalam hati, "apa ni mak ayah tak ajar ke" sedangkan mak ayah dah ajar dari kecil, larang kita bila kata camtu tapi kita masih kecewakan diorang.

Kalau rasa tak boleh buat (henti mencarut or deeds yang lain) kerana Allah, fikirlah untuk mak ayah, insyaAllah lama2 timbul sendiri ikhlas kerana Allah.

Hehe semoga kisah ni dapat menusuk ke dalam hati lepas tu reseptor dapat kesan lepas tu otak suruh kita beramal (efektor)

Sekian assalamualaikum wbt

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me