Counting Days..
Sunday, 15 October 2017 | 9:02 pm | 0 comment(s)
jaman2 dabelyu
Assalamualaikum w.b.t.
SPM 06112017-28112017
Alhamdulillah. Dah 5 tahun rupanya aku belajar kat sini. Dah nak habis sekolah. Ahh nanti mesti rindu. Habis SPM nanti aku nak buat appreciation post untuk batch aku. Haa. Lahaii..
Masa mama and papa baru balik Mekah haritu, kitorang balik rumah tok dulu. Tok pun buat la makan2 sikit. Ajak jiran2 terdekat mari makan. Ada satu family tu, dia jiran tok la. Diorang dah tua and nampak macam orang2 baik la.
Sekali tengok, nampak macam orang tua biasa je. Rupa2nya makcik yang cakap dengan aku tu educated weh. Awal2 tu dia tanya, umur aku berapa. Bila aku kata form 5, muka dia terkejut gila. Haha. Lepas tu dia pun banyak sangat motivate aku. Dia tak banyak cakap pasal SPM pun. Dia motivate untuk universiti haa.
Dia tanya, aku aktif ke tidak masa sekolah menengah ni. Aku pun dengan kerdilnya katala tidakk. Of course la not. Ini Athirah, bukan Hana, bukan Nabilah. Ehehehe.
Lepastu dia suruh aku aktif time Uni. Dia kata keje nanti orang pentingkan kokurikulum and aktiviti2 macam tu la. Zaman sekolah ni dia tak tengok sangat. Dia nak tengok kepimpinan kita. Hmhm and I was like "Makcik, dah kalau saya ni memang tak pandai sukan ganeeeeeee"
So dekat sekolah I pun nak terapkan la apa yang dikatakan itu. Masa tu ada kem kat mayangsari. Kem dengan sekolah je. Waktu Addmaths, Eja datang kat aku pastu suruh aku jadi MC. Haa sebab nak apply kepimpinan dalam diri aku, aku pun terus setuju hahahhaha. Jadi sementara cikgu jemputan tak sampai lagi, orang lain semua buat latihan Addmaths tapi aku buat satu soalan then "omg gane ni gane ni"
And it turns out that aku dan MC hancur hahahhaha. Masa nak introduce nama cikgu, aku lupa suruh orang duduk dulu la hehe. Izzah kata kat aku suruh buat elok2 sebab nanti rugi selamanya menyesal ha gitu. Nasib baik masa tu Izzah gi tandas and tak sempat tengok aku. Kalau tidak, seumur hidup digelakkan hahaha. Dah nak buat camna kan. I am I am I am I am I am meeee.
Masa duduk semula kat tempat aku, ada orang tu kata "haha Athirah. Awak memang straight-forward" Hehe that's why aku takleh jadi sasterawan negara
Lepas habis trial ni kan, banyak betul kem. Kem JPN, kem daerah, blabla. Masa first day aku nak gi kem daerah, Cg. Rodzi yang hantar. Muka cikgu marah sangat masa kata "Athirah, awak tu lemah Sejarah. Awak tahu dok result jadi dok comel kalau sejaroh gitu3 *akutakingat* Awak kem dohla lama. 2 minggu dok masuk kelas."
Masa tu aku berdebar sangat. Takut weh, biasanya cikgu tak ah marah gitu. Kem aku tu semua subjek sains and addmaths. So bila masa la nak hadap subjek teras. Dahla aku lemah subjek teras.
Kem JPN pula, dekat Hotel Permai. Bestttt sebab hotel hehe. Masa tu rasa beban sekolah semua hilang. Walaupun dapat banyak keje sekolah, duk hotel tu macam refreshing (walaupun sejuk gila sebab almost everytime dalam dewan). Banyak sangat leisure time dekat kem tu so kitorang banyak tengok tv hehehe SPM dah dekat tapi masih tak sedar diri.
Kem daerah, buat dekat Sains Dungun. Dulu pernah dah buat program outreach kat situ so adalah kenal beberapa orang kat situ. Dari segi pembelajaran, kem ni lagi best daripada kem JPN. Sebab kitorang 20 orang je lepas tu ada 4 orang cikgu. So biasanya akan bahagi 4 kumpulan so 1 kumpulan 5 orang 1 cikgu. Jadi rasalah berfokus belajar tu compared to kem JPN yang ada 4 or 5 cikgu untuk 144 orang,
Masa kat Sains Dungun tu ada yang tanya "eh haritu mari doh kan?" aku pun "haah masa outreach"
Aku nak cerita pasal kem dekat Mayangsari. Bestttttttttttt hehe
Masa otw pergi tu, aku dah siap semua barang and dah naik bas dah pun. Sebab mayangsari dekat je dengan sekolah aku, so driver bas tu guna satu bas je and mula2 hantar perempuan dulu baru la lelaki. Pastu masa dalam bas, Fatin pun kata kat aku, "Athirah bawak dok blazer dengan tudung putih? Tahu dok kena ambik gambor?"
Aku pun kata la dokkkkkkkk. Bakpe niiii tiba2 je ambik gambor.
Tetiba nampak Izzah masuk bas sambil bawak blazer dengan tudung putih. Pastu aku tanya Izzah. Dia pun kata la ye.
Aku pun terus memecut nak ambil dua2 tu. Dahla blazer aku dekat kelas and tudung putih dekat bilik. Dua tempat berbeza. Laju gila aku ambik. Lepas ambil tudung dekat dar, aku pun jalan nak gi ke bas. Otw nak gi tu, tetiba aku nampak bas lalu tepi sekolah and I was like... seriouslyyyy?!
Masa tu kan daripada tengah jalan laju, aku berhenti jalan. Macam terkedu terkesima ha gitu. Huaaaa sedih tau tak, sebab nanti kena naik dengan lelaki sorang2.
Dahla masa tu aku bawak tudung putih tu tanpa lipat. Nampak rushing and selekeh. Pegang kat tangan pula tu.
Aku pun jalan pi depan musolla duduk atas bangku. Masa tu rasa nak nangis haha over kan?
Disebabkan ada lelaki lalu lalang tepi tu, aku pun buatla hilang awkward, buka oreo and makan. Padahal oreo tu untuk preparation if ngantuk dalam sesi belajar hehehe.
Masa bas sampai, aku pun gi la sorang2 ke bas. Tiba2 ada sorang tu jerit "doh wane sorang sesat tu?" Aku pun sengih je.
Thankfully, Naqiyah dengan Ayu datang balik dengan bas sebab nak teman aku. Diorang kata ni Nanad punya pasal la niiii. Diorang kata yang Nanad kata aku dah naik bas. Ish ish ish.
Haha yang lawaknya time tu, diorang minta maaf dengan aku pastu offer nak pegang beg dengan blazer. Aku pun terus nahh. Hehe.
Thankyouuu maiprend
Masuk je dalam dewan, semua kawan aku jerit ATHIRAHHHHHH
Hihi lawak betul. Zati kata "Kitorang baru sedar awak takde masa dekat pintu pagar sekolah tapi Abang Sa kata 'bialah ke dia'. Awak tak nampak ke kitorang semua letak tangan kat cermin bas masa awak jalan tu?" Aku pun cite la pasal aku yang terhenti berjalan tu hehe. Sebenarnya masa tu aku tak nampak diorang letak tangan kat cermin tu. Aku just nampak orang lambai2.
Habis kelas pertama, kitorang kena ambik kunci bilik. Dekat sekolah tu dah rancang dah nak duk dengan sape. Disebabkan ada yang dah pernah rasa duk mayangsari (termasuk aku), so kitorang tau la satu bilik 6 orang. Last skali, rezeki, Nanad ambik kunci bilik untuk dua orang. Kitorang pun duk sama. AND BILIK TU ADA TV! (macam tak pernah tengok tv la pula)
Best la sebab dua orang je. Takyah berebut tandas. Tapi masa tu ada orang tak cukup tempat so Karimah datang and duk dalam bilik aku. Nasib baik semua satu geng. Kalau orang yang bilik 6 orang tu, yang lambat cop tu mesti datang bilik aku nak tumpang mandi haha.
Tengah hari tu cikgu suruh kami yang kena ambik gambar ni siap2. Kalini aku puas hati dengan gambar aku tapi yang lawaknya masa tengok akak tu edit. Jadi cerah semacam muka aku haha.
Khamis malam tu ada Titian Cinta. So bolehla kami ni tengok sementara sebelum ke kelas hehehe.
Kat situ ada kolam. So awal2nya, kitorang plan nak mandi time lelaki pi sembahyang jumaat. Tapi macam tak best la kan sebab hari tengah cerah and what if diorang datang awal semua tu kan. Kitorang pun rancang nak pi kul 11 malam.
Petang tu aci ah sek alki main kolam best gila bising2. Kitorang cuma main kat kolam ikan bagi makan roti je. Lepas tu kitorang siap celup tangan dalam kolam ikan then ikan2 tu pun gigit2 kitorang (tak sakit pun tapi geli gila haha)
Kul 11 tu, kitorang pun pi la kat kolam. Dan ketua aku pesan, main tu senyap2, taknak ganggu orang tido, Pastu berenang tu jangan bagi air bunyi sangat. And dia bagi masa sejam je daripada 11 sampai 12.
Bestt sebab first time mandi kolam dengan kawan2. Aku kan tak pandai berenang so suruh la kawan aku ajar. Haa ada satu lagi hikmah yang bawak tudung putih tadi tu sebab bukan je guna untuk ambik gambar tapi boleh buat mandi haha.
Yang tak bestnya, kul 12 tu banin pi mandi. Kitorang habis baik cuba senyap. Diorang ni sukahati je buat bising. Kalau tahu kitorang buat bising gok. Tapi nasib baik bising diorang tak sebising petang tu.
Masa kelas last hari Sabtu tu, aku tak jumpa kunci bilik. Berdebar wehh takut kena bayar. Tapi gi dekat reception counter tu, kunci dah ada. Aku rasala kan, aku tertinggal kunci kat bilik and pekerja dia ambik kat situ kot. Hmhm.
So this is probably the last post before SPM. I do hope uolls would pray for my very best. Doakan aku 11A+ ok!!
Lepas SPM tu ada lawatan. Ahh tak sabarnya lawatan tapi taknak SPM! Hehe.
I'll miss u guys! :')