Assalamualaikum and hi guys!
Fourth post of the year is craaazzyyyy
Aku baru perasan yang i yap a lot hahahah. Sebab bila aku tak yap dekat blog, aku biasa yap dekat whatsapp status dan twitter. I juts couldn't stop yapping man... Rasa geram dekat diri sendiri sebab kadang2 tu TMI sangat do. Wow banyaknya bahasa gen z kalini.
Harini aku ada satu kisah yang nak diceritakan. It's a part of my personal information la. Tapi disebabkan aku tak rasa ada orang baca pun blog aku, so aku nak meluah kat sini.
You guys might not know this tapi I was in a long term relationship with this one friend of mine. It's been 6 years. Tapi yup, I specifically use 'was', sebab bendanya dah berakhir. Too personal kan? Hahaha. Tapi rasa nak cerita jugak sebab sekarang ni I am full of worries and securities, as the title suggests.
Orang selalu cakap break up ni susah sebab attachment and such kan. But what if I already get past that? Dan sekarang timbul masalah baru. Benda ni yang tak ramai orang cakap pun. One of the effects of a long term relationship break up... iaitu rasa a part of you is lost.
Bila aku dalam satu hubungan yang lama kan, i feel a sense of security tau. Aku rasa macam my future is already set. Aku akan kahwin dengan dia, berkeluarga dengan dia, menua dengan dia. Kitorang LDR tau. Jadi dekat uni ni memang aku couldn't care less about anyone, sebab aku kan setia hahaha. Tapi basically, aku tak kisah dah macam mana aku behave, how clumsy i was, how selekeh i am pergi hospital and such sebab aku rasa dah secured tau.
Lepas break up ni, after getting past that moving on phase, pastu at the age of 24 yang mana ramai orang sekeliling yang dah kahwin ni, the desperation is there tau. Tahu je semua orang ada jalan masing2, ada pace masing2. Dia macam, aku tahu benda tu, tapi my heart is not accepting that.
Macam2 persoalan yang datang kat aku. Aku ni akan kahwin ke? Ada ke orang nak kat aku? Aku rasa aku ni cute je tapi orang nak ke aku dengan perangai tak ayu ni? So lepas daripada tu, aku jadi wary of my actions. Aku ni seorang yang random tau. Kadang tu aku post je pape yang lawak2 dekat whatsapp status. Tapi bila single ni, rasa macam "eh takpe ke post macam ni?" Aku rasa macam the need untuk jadi more mysterious (but tak buat punnnn) sebab biasanya yang mysterious ni yang kahwin dulu hahahaha.
Aku tak suka weh jadi macam tu. Rasa macam tak jadi diri sendiri. Tapi kawan aku cakap sama je aku hahahah takde apa yang berubah pun katanya. Cuma aku sendiri yang rasa macam tu. Tu yang tak best tuu!
Tapi kan, salah satu perkara yang aku bersyukur adalah, aku break up waktu posting yang takde exam awal, waktu posting yang sedikit rileks. Sebab actually I lose a lil bit of focus tau. Bukan sebab sedih break up dengan dia, tapi sebab asyik fikir pasal future, dan kurang pay attention kepada 'sekarang'. Tapi takdelah affected sangat pun. Study group masih jalan, kerja jalan, assignments jalan. Personal study je yang kurang sikit hehehe.
Aku betul2 nak jadi better than before. Nak jadi the best version of me. Tapi aku asyik distracted dengan "hmm aku ni teruk sangat ke? Nape takde orang nak kat aku?" Aku jadi seorang yang desperate weh... Rasa malu sangat jadi macam ni. Dahla dah final year, tapi duk fikir benda2 macam ni. Aku sepatutnya just fokus belajar je sekarang dan jodoh tu kalau ada, ada la.
Actually, aku kurang kebergantungan dekat Allah. Sebab tu jadi macam ni. Duk sebut2 jodoh tu ketentuan Allah, rahsia Allah, tapi action aku tak macam percaya pun benda tu. Huhu. Inilah salah satu kesan daripada long term relationship break up. Taktau la orang lain rasa benda yang sama ke tak, tapi aku sendiri, ada rasa macam ni. Takpe, aku still nak acknowledge aku punya perasaan negatif ni, dan nak jadi lebih baik daripada sebelum ni.
Sekarang ni aku dah tak ada attachment dah dekat my ex, tapi sekarang masih lagi transitioning untuk enjoy single life. Sebab dah terbiasa tak single kan, so jadi rasa macam teringin untuk in relationship lagi, tapi takde suka siapa2 pun sekarang. So masih lagi adjusting la kiranya ni.
Too much of my personal information kan kalini hehehe. Tapi aku nak berkongsi jugak sebab mana la tahu ada lagi orang lain macam aku, yang break up lepas long term relationship, pastu rasa kerisauan dan kebimbangan yang macam aku alami ni. Aku punya overthinking kan, sampai aku rasa macam aku perempuan yang takde maruah sebab post benda lawak2 dan kadang2 post gambar aku (padahal selalu je post camtu sebelum ni) hahahah adoiiiii. Aku just nak bagitau, you're not alone, and it's normal. Jangan rasa malu dan hina sebab rasa macam tu. We're still adjusting, and it's fine. The feeling of desperation is totally understandable. Later kita akan enjoy jadi single sampai tak fikir dah pasal ni, dan our glow will naturally ada balik, pastu someone out there yang solehot akan approach. Hahahahahah okay byeee nak study!!