Thir
Suddenly I'm 24
Wednesday 16 October 2024 | 11:06 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum and hi guys!

Hehehe second post of the year :)

Before anything, I just want to pat myself on the back and say

I'm so proud of you Athirah

    Tahun ni, tahun yang akan aku simpan elok2 dalam memori. Literally I've been doing a lot of things outside of my comfort zone this year, and i'm soooo proud of myself!

    Awal2 degree dulu aku memang the classic mahasiswi 3K; Kelas, Katil, Kafe. 

    Aku suka sangat pegang mic. Ya sebab aku suka nyanyi, tapi aku berminat sangat untuk jadi emcee. And I volunteered!! Kali pertama aku jadi emcee, ada sedikit la tak ok tapi overall ok sangat sampai ada kawan aku cakap macam bukan first time! Hehehe. Lagipun tu majlis formal, jadi senang sikit. Feedback diri sendiri untuk emcee kali pertama? Aku kena biasakan diri dengan perubahan. Kadang2 ada perubahan yang akan berlaku dekat skrip last minute, even waktu berucap pun ada yang last minute kena ubah, atas sebab hal2 yang tak boleh dielakkan la. Aku dah terbiasa praktis dan tak prepare myself akan kemungkinan untuk ada perubahan. So bila ada perubahan tu, aku jadi gelabah huhu. So bila bercakap waktu gelabah tu, ada banyak la tersasul macam tu. Tapi ok jeee overall.

    Tapi... pengalaman emcee kali kedua sangat meng-humble-kan aku. Sebab event tu macam semi-formal. Aku tak reti masa bila nak selit lawak dan masa bila untuk taknak selit lawak. Emcee partner aku pulak, orang yang jauh lebih tua daripada aku, pastu kami tak praktis sama2 langsung. Towards the end tu memang astaghfirullahalzim.. gagap teruk, pastu dahla ada benda penting yang lupa included dalam skrip, menyebabkan ada awkward silence huaaaa. IT WAS SO EMBARASSING. Dahla waktu event tu, aku cakap lancar dan elok je awal2 tu. Lepas je YB dengan dean kuliyyah datang, masa tu i went downhill. Like... teruk la first impression aku dekat diorang. Adoiii. Memalukan universiti! Event tu memang kecil-kecilan je sebab tu event yang posting kitorang buat. Event health screening dekat sebuah perkampungan macam tu. Audience aku penduduk kampung situla. Tapi tetap malu. So itu last aku volunteer untuk jadi emcee hahaha. Aku dah serik XD 

    Walaupun second time emceeing was awful, i enjoy it either way. At least ada pengalaman kan. Macam mana nak berjaya kalau takut akan failure? Hehe walaupun ada quote yang cakap kita takleh menyerah, tapi aku taknak emcee dah sebab cukuplah dua kali. Nakkan pengalaman je, bukan nak jadi emcee yang hebat pun.

    Pastu kann, aku join baanyak sangat program! Awal year 4, aku jadi commitee untuk Oath Taking Ceremony (majlis angkat sumpah untuk medic graduates) yang senior aku. Aku jadi a part of sponsorship and booth unit. At first, memang takut. Sebab aku tak familiar dengan unit ni. Dan aku takut aku akan messed up sebab aku taktau pape pasal ni. Sebab program2 sebelum ni, aku join jadi refreshment, transport macam tu. Jadi yang ni memang first time la. Bagi aku, the words sponsorship itself is scary. Sebab kena deal with surat2 rasmi. Tapi alhamdulillah erm tak banyak sangat pun kerja berkaitan sponsorship~ sebab aku ditugaskan untuk fokus dekat booth. Tapi booth tu pun benda baru jugak. Aku kena contact orang yang ada khemah, kena pastikan ada wiring kipas dan lampu apa semua.

    Lastly, program paling besar aku pernah join. Program Nusantara Ibadah Camp. Program ni program ibadah untuk golongan LGBT. Aku masuk dalam unit preparation and technical (preptech). Unit ni walaupun senang, it is actually quite worrying untuk aku. Sebab, before program, kerja kami tak banyak sangat. So aku jadi risau adakah aku free rider? Adakah aku mampu buat kerja2 ni waktu program sedang berjalan? Tapi bila program start kan, fuh aku rasa function gila weh. Tak rasa dahla macam free rider hehehe. Cuma downside kerja ni untuk perempuan, kadang2 tu kena angkat benda berat kan, so kena jugak minta tolong colleague lain. Rasa bersalah la sebab jadinya kerja kita just isi borang untuk pinjam barang, tapi barang2 orang lain yang handlekan.

    Semua program yang aku join tu, aku jadi anak buah. Ada sekali je aku jadi ketua. Masa ni aku join OTC jugak tapi waktu aku year 3. Best sangatt! Aku sangat takut dan nak sangat elak jadi ketua, tapi masa tu terpaksa sebab dia highlight nama aku sebagai ketua unit refreshment. Aku rasa best sangat pengalaman jadi ketua sebab aku yang kena rancang, agihkan tugas, dan kena pastikan dapat update daripada anak buah. Aku kena juga buat kerja, cumanya tambahan tugas, aku kena make sure kerja jalan, sebab aku ketua. It was a good experience!

    Aku mengaku yang aku jenis tak boleh buat kerja kalau join program yang ada tenure sepanjang tahun. Contohnya, jadi AJK kelab, jadi MRC mahallah. Sebab susah nak stay committed. Dah pernah dah jadi AJK satu kelab ni sekali, pastu aku rasa aku tak mampu buat kerja sepanjang tahun. So bila join program one off macam ni, lagi kena dengan jiwa aku.

    Next, pasal program batch pulak. Kitorang ada annual grand dinner dan family day. Yang ni tak banyak sangat kot nak cerita. Best gila la sebab dapat dress up, dapat main game, dapat makan sedap2.

---------------------------------------------------------

    Yang paling aku nak cerita, pasal elective program aku. Setiap student tahun 4 dekat kuliyyah of medicine IIUM wajib buat elective program. Dia macam kalau course lain, dipanggil intern. Tapi intern kami lain sikit. Kalau intern kan buat waktu semester. Tapi kami ni kena buat waktu cuti (sem break). Kami kena pilih nak buat elective atau research. Aku of course la pilih elective. Kami boleh pilih nak buat elective dekat mana2 hospital, dan ikut suka nak pilih posting apa, dalam amasa 2 hingga 4 minggu. Kalau buat dalam negara, kena at least 3 minggu. Kalau buat dekat luar negara, kena at least 2 minggu. Hehe guess what did i choose? YES, aku pilih untuk buat dekat luar negara!!! Soo exciting right?!

    Sooo, aku pilih untuk buat dermatology posting dekat Surabaya. BEST GILA. Kitorang 13 orang. Best sebab dapat belajar sejarah negara dia dan kaitannya dengan perbezaan language kitorang, dan dapat belajar sedikit perkataan jawa hehehe.

    And then, dermatology-wise, aku dapat tengok penyakit yang dah kurang dekat malaysia, macam leprosy. Dapat kenal2 jugak dengan student medic kat sana. Dapat jalan2 kat sana hampir setiap hari. Situ kan harga barang2 dia kalau convert ke MYR kan murah, jadi aku pun sakanla shopping hehehe. Makanan pun sedap2 dan murah2. Even order grab pun dapat murah!

    Yang paling best, aku dengan kawan2 siap pergi konsert kat sana wehh! Konsert Expectanica. Kitorang pergi yang day 2. Ada nidji, d'masiv, juicy lucy, dan ramai lagi. Tu yang day 2. Kalau day 1, ada dewa19, bernadya etc. Aku gi yang day 2 sebab yang day 2 ada promo jd rm20+ jeee! Lebih kurang rp 60k+. 

    Best gila weh konsert tu. Dekat depan2 tu sempit la. Tapi aku duk kat bahagian belakang, so tak bersempit dengan orang, sejuk je, pastu ada space banyak antara kita dan orang lain. Aku pulak orang tua hahahha so tak suka pergi konsert berdiri. So aku bersila HAHAHA

    Dekat situ dia ada sedia satu khemah ni tau untuk solat. Masa tu kami solat maghrib la. Sumpah tak selesa weh. Nasib baik aku memang dah simpan wudhu awal2. Sebab kalau tak... kena beratur panjang gila, dan dia tak mesra aurat perempuan.

    Dekat sana jugak, ada satu dobi ni yang offer untuk basuh dan keringkan baju for rm8 jee!! Kita just hantar je. Macam laundry service, bukan yang self service tuu.

    Makanan yang paling sedap yang aku paling ingat kat situ, Mie Gacoan. Korang seriusss kena try!!! Sedap sangat dahla murahhhh!!!! Dia pedas weh. Ada 8 level. Aku baru try level 1, just nice pedas dia bagi aku. Tak tahulah cane kalau beli level yang lagi pedas... Pastu kan, even level 1 tu aku takde la rasa kepedasan tahap over, tapi still sakit perut weh setiap kali lepas makan.. tapi lantakla asalkan sedap hihihi.

    Aku pun ada try naik gojek jugak hehehe. Tak rapat pun weh dengan penunggang. Ada gap. Cuma kalau ramai2, lagi berbaloi amik grabcar sebab harga kongsi2 jadi murah la.

    Last sekali, mestilaa kami pergi mount bromo! Hehehe. Sumpah tak tipu, sana sejuk gila. Surabaya tu sepanas2 alam, tapi dekat bromo, sejukkkk. Aku dah pakai heat tech, pastu sewa lagi baju sejuk kat situ. Yang kelakarnya, before pergi Surabaya, dalam weeks before la, aku tak study pun bromo ni macam mana. So aku fikir nak pack beju jersi je naik atas tu sebab ingatkan literally hiking HAHAHAH. Ok i know i'm exposing my stupidity sebab tak study dulu, tapi alhamdulillah luckily I asked my friend yang pernah gi sana, dan dia cakap kena pakai baju cantik2 hahahah. 

    Anyway, gambar2 aku kat bromo cantik sangat... Lighting lawa, scenery lawa, light makeup aku cantik, outfit aku cantik, pastu aku cantik, hehehehe. 

    Baiklahh itu sahaja perkongsian percutian aku. Aku dah masuk final year dahhh. Doakan tahun depan around this time (september) aku dapat jadi peserta OTC seterusnya, sebagai doktor! Aamiinnnnn.


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me