Thir
2 months of life
Thursday, 16 July 2026 | 10:23 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum dan haiii!

    Saje nak bagi update sikit daripada saya HO yang baru berumur 2 bulan. Kalau aku ni macam umur baby, 2 bulan tu ibu dia masih berpantang lagi sebab baby 2 bulan masih fragile. I'm farrrr from an excellent HO, let alone an average one. Aku rasa aku ni taraf2 rendah. Skill blood taking improving tapi tak pro, apatah lagi branula~ AM review paling nervous. Sbb my critical thinking skill is no where to be found. Takleh nak come out with my own management of course. Time oncall paling nerve-wrecking eventhough selama ni selalu sejuk. Sebab yelah takut pape jadi dan I mess up someone's life.

    Sebelum masuk kerja haritu aku ada buat preHO haul tau. Ok jom aku listkan dan aku akan bagitahu yang mana worth it yang mana tak. Aku tak include laa semua tau sebab banyak, tapi aku bagitau yang mana yang aku boleh komen. 

1. Lanyard essentials:

- cop yang terus tekan dan cop, tak payah jari kena buka penutup ke apa ke - quite memberatkan leher tapi i swear i dont mind it sebab menyenangkan kerja

- mini stapler - pun sangat menyenangkan kerja sebab banyak investigation form yang perlu dicop. Ubat stapler pun kalau habis, ambil yang wad punya je, staff nurse tak kisah pun

- a bit controversial. I dont carry a micropore (yang macam saletip tu) with me sebab micropore banyakk dekat wad aku so aku ambil je yang wad

2. Kertas joblist - penuhh dalam wad so tak perlu beli A4 sendiri. Pagi2 tu ambil je sehelai kertas dan jadikan sebagai joblist korang

3.PENSSSSS - I'm quite lucky sebab my hospital guna computerised system jadi pen takde la kerap sangat hilang, tapi tetap hilang la. My first two weeks of tagging tu, aku bertahan dengan dua pen je weh, siap habis dakwat lagi. I was quite impressed with myself la masa tu, tapii lepas2 tu dah asyik hilang dah. Tapi alhamdulillah aku memang beli awal2 pen sekotak 60 batang. Memang bergunaaa sangat2!

4. Tudung sarung ameara.my. Ni pun depends on preference korang la. Aku pentingkan dapat tidur beberapa minit lambat. Sebab ada je yang rajin bersiap pakai tudung shawl, bawal pergi kerja. Tapi aku malasss. Tudung2 tu untuk waktu aku offday sahaja hahaha. So tudung instant ameara.my tu saaaangat berguna untuk aku. Aku dah ada 6, tu pun tak cukup sebab aku memang guna setiap hari. Jadi next gaji aku nak beli banyaakkkk lagi hehehe. Jangan lupa beli skaf banyak2 jugak! (serkup/inner you call it)

5. Seluar - jangan fikir laa nak pakai baju kurung pergi kerja. Kerja kita banyak berdiri, berjalan sana sini wak. Memang seluar je. Tapii seluar aku sikitlah. Dan nak cari seluar yang best tu susahh. Jadi tu pun aim aku next gaji atau aku akan buat beli dua seluar tu macam rutin setiap gaji ke kan hahaha kita tengok la macam mana nanti.

6. Baju ironless - ni pun sama, perlu banyak! Aku ada sikit je yang ironless. Macam yang aku cakap tadi, aku lebih pentingkan tidur waktu pagi tu. Jadi untuk dapatkan extra time tidur, aku kena pakai baju yang terus boleh pakai. Aku ada banyak je blouse tapi aku banyak ulang 4, 5 baju sama je sebab yang tu je yang ironless. Kalau nak baju ironless, jangan la beli baju plain sebab bila masuk dryer, kedut tu akan still ada. Kalau baju corak penuh, tak nampak sangat kalau kedut. Ni pun aim next gaji hahahahah

7. Scrubsuit - hospital aku bagi pakai time bukan office hour je so aku biasanya akan pakai time oncall dan weekends atau cuti am je. Cumaaa scrub yang aku beli setakat ni semua berkedut teruk lepa smasuk dryer (obviously la akan kedut kan..) taapi kalau boleh aku nak scrub yang betul2 ironless sebab aku malas nak gosok. Aku nak balik rumah untuk bedrotting dan rehat je. So aku akan teruskan mencari scrub ironless. Actually yang aku beli ni ironless je tapi sebab scrub kan plain dan bila baju plain masuk dryer, even yang ironless pun jadi iron-able

8. Snacks - beli la energy bar ke apa ke untuk quick bite. Actually sempat je nak curi masa untuk solat dan makan, sebab kerja takkan habis. Unless kalau ada benda urgent life or death situation ke kan, yang tu takleh nak tolong la. Tapi sebenarnya ramai yang memilih untuk tak makan ni sebab 1. dahla memang akan balik lewat dah. Kalau gi makan, lagi la balik lewat sebab kerja lain tertangguh. Biarla makan tu 15 minit je pun sebab 15 minit tu berharga (tapi please la save and love yourself and go eat and drink at least snack bar) 2. kafe jauh. Kalau makanan boleh ambil dekat pantri je, senang. Kitanya bukan bawa bekal. 

9. Kasut - invest in good shoes guys. Pakai kasut yang selesa sebab korang akan berjaaaaaalan banyak gila. Berdiri pun lama. Jangan pakai yang depan agak runcing sebab sakit tau. Aku ni dah beli skechers, selama ni pakai ok je. Tapi bila start kerja, baru rasa kasut tu best tapi runcing depan, sakit tau jari manis kaki aku sebab terhimpit sebab lama sangat berjalan

    Ok tu antara benda penting yang aku rasa korang patut ada dan anticipate, based on my experience la. Tapi aku belum masuk surgical based posting lagi so i cannot comment la on the scrub shoe, tudung hijau untuk masuk OT (tapi aku dah beli satu yang aminie yang awning lembut. Best gila bila pakai tu)

    Ok bye guys aku kerja esok ni. Hari2 rasa nak mc tapi rasa macam tak berkat kerja kalau ambil mc saje2. Kalau ambil mc sebab burnout takpelah. Tapi aku tak rasa la sampai tahap burnout. Aku cuma tak suka dan masih belum enjoy feeling pergi kerja tu. 

Seeing the world from the eyes of the eldest daughter
Saturday, 20 June 2026 | 5:06 pm | 0 comment(s)

 Hai dan assalamualaikum.

    Dah hampir dua bulan aku start kerja. I'm gonna admit there's a quiet kind of grief ever since my 'new' life begins.

    Sebagai anak sulung, aku ada di saat parents aku muda. Bila membesar dengan diorang, aku tak nampak sangat perbezaan tu. Tapi bila tengok gambar2 lama, lain sangat. Disebabkan adik2 aku jarak jauh dengan aku, jadi diorang tak pernah nampak parents aku muda. I know it's not a big deal pun, tapi as someone yang very sentimental, my heart aches for them because they'll never witness my parents waktu muda.

    Disebabkan jarak umur yang jauh jugak, aku nampak adik2 aku membesar daripada baby sampai la sekarang, dah sekolah, dah sambung belajar. Dan bila kehidupan tetap berjalan, manusia pun akan berubah kan. Mana sama perangai budak kecil dengan perangai remaja dan dewasa. Diorang tak akan clingy macam dulu dah, diorang akan makin matang. Bukan nak cakap aku tak menua, aku pun makin tua je. Cuma rasa sedih tu lain macam sebab aku lambat beradaptasi.

    Mungkin orang lain dah rasa lama dah, tapi sejak aku masuk umur 26 ni, aku rasa lain. Macam kehidupan aku makin serius. Walaupun aku dah sekolah berasrama daripada umur 13 tahun, tapi keluar daripada rumah untuk bekerja ni feel dia lain. Rasa macam.. 'ok this is now real. That home is no longer mine. Rumah tu hanya akan jadi rumah singgah bila waktu free. Life saya sekarang dekat sini. My work will fill up 80% of my life'. And that is sad. Sebab nobody told me working life is going to be this lonely.

    Pernah bagitau mama benda ni pastu mama cakap sebab tu la kena kawin hahaha. Tapi aku rasa kahwin tu tak sama. Of course you will be happy, tapi you will start a new life. You will never get your old life back. Siblings' relationships akan jadi makin matang. Parents makin tua, makin banyak kedut. Sedihla...

    Do I like my life now? I'm still adapting. Masa awal2 kerja dulu setiap hari nangis. Wajib weh. Pergi kerja nangis, waktu kerja nangis, balik kerja nangis. Dua minggu weh macam tu. Tapi now bearable dah. Actually bila pergi kerja, awal2 tu akan rasa overwhelmed. Tapi lama2 tu ok je. 

   Jadi anak sulung yang sentimental tak best. Tak suka dengan life changes. Tapi life waits for no one kan. Kita yang kena cepat2 ikut pace kehidupan kita. Nak tak nak, kita akan makin tua jugak.

    I remember about one of my patients. Dia awal2 datang sebab sesak nafas, tapi masa tu dia ok je overall. Lepas sebulan lebih, boleh nampak sangat perubahan daripada awal dia datang dan sekarang dah intubated. Her condition deteriorates so much. My heart aches for her. Imagine being her daughter, lagi sedih. Tu first patient yang aku follow update daripada awal sampai sekarang. Saje cerita pasal ni sebab rasa sayu dengan perubahan2 sekarang.

    Cuma, aku perasan yang aku ni kurang bersyukur. Sebab tu banyak sedih. Alhamdulillah sebab banyak rezeki dan nikmat yang Allah bagi dekat aku. Tapi aku yang asyik pandang daripada sudut sedih. Classic athirah haha.

    Adakah my pov will be different kalau aku bukan anak sulung? Kalau orang yang umur lebih kurang je dengan adik beradik, mungkin orang tu tak rasa sangat the pain of watching the siblings grow up?Aku literally mandikan diorang, tukarkan pampers, buatkan susu. Tapi sekarang, dah besar dah diorang. Ni daripada pov anak sulung yang jarak umur jauh dengan adik2nya. Kalau pov daripada parents mesti lagi sayu kan. Satu2 anak membesar...

Ok lah tu je!! Hahaha tiba2 nak sedih2 pulak hari2 cuti ni. 

Anyway happy 2026 guys. Macam biasalah, sekarang ni blog ni satu post setahun je. Hehehe

Title Upgrade
Wednesday, 31 December 2025 | 12:18 am | 0 comment(s)

Assalamualaikum dan hai!

Quoting my previous post...

Semoga my next post is me already being a doctor. Professional Exam akhir bulan 9 ni. May Allah ease <3

and.... guess what..

I am finally a DOCTOR???? Can you guys believe it?!

Alhamdulillah alhamdulillah lega sangat! *nangis terharu

"Miss or Mrs?" Forget about that, I am a freaking doctor!!! XD

    Koranggg aku still lagi rasa macam semua ni mimpi tau. Sebab waktu exam haritu aku rasa performance aku kurang satisfactory. Tapi Allah still bagi aku pass. Ya Allah baik sangat Engkau dekat aku..

    Post kalini mungkin akan jadi post yang saaangat panjang so kalau rajin, baca. Kalau tak rajin, takyah baca hehe.

----------------------------------------------------------------------------------------

Part 1: EOP Exam, study month and Professional MBBS Exam

    Macam yang aku pernah mention sebelum ni (ada rasanya?), UIA tak guna sistem sem untuk pelajar medic. Katanya akan tukar jadi sistem sem, tapi batch kami dan beberapa junior bawah kami masih guna sistem block. So tahun ni aku ada 6 block. So kat bawah ni aku punya rotation:

Block 1: Specialised posting year 5 (Fammed, derm, ortho)

Block 2: Psychiatry

Block 3: Surgery

Block 4: O&G

Block 5: Paeds

Block 6: IM

    Exam setiap 2 block. Jadi lepas habis end of posting exam yang terakhir (block 5 & 6), maka bermulalah study week ataupun lagi tepat, study month. Kena pass semua end of block exam, barulah dapat ambil final pro exam (i’ll call it pro for short).

Study month ni is the most stressful period la untuk kitorang. Sebab banyak gila kena study! Kena study yang belajar since year 3 sampai year 5. Pastu lepas dah study, stress sebab tak ingat pun apa yang study. 

Tapi waktu tu la waktu yang paaaling memorable dan banyak sweet moments. Lecturers sangat baik buat extra class untuk kitorang, kawan2 pun tak lokek ilmu dan selalu share ilmu dekat masing2. Selain study, kitorang pun banyak create memories jugak; makan kat luar sama2, crash out sama2, pergi makan kat shabuyaki in the midst of stressful week, minta pendapat masing2 pasal online shopping sebab nak shopping untuk baju convo, baju waktu oath takkng ceremony dan baju grad dinner.

Yang paling best, briskwalk around uia kuantan. Sunset kat kuantan cantik sangatt! Kitorang ada jugak pergi abandoned building dekat uia kuantan pastu pergi dekat rooftop. View dia.. lawa!!

ni laa view dekat rooftop abandoned building tu!

ni waktu program crash course pro exam untuk enhance PE skill. Jemput lecturer. Saaangat membantu!

makan shabuyaki sama2!


kitorang selalu join iftar masjid untuk makan free tau. So ni aku ‘paksa’ diorang join untuk iftar kali terakhir sebagai student 🥹

my bestie kawin in the midst of study month, literally 4 days before pro weh! She looks so pretty! Dan tak menyesal langsung balik rumah semata2 untuk gi dia kawin, sebab ni first bestie yang kawin! Tapi takleh jadi bridesmaid dia la sebab nak touch n go je. Lepas gi kenduri terus balik uia 

our comfort food!

pro day!

alhamdulillah settle theory paper

my family ajak staycation lepas habis theory tu, waktu weekend sebelum clinical exam untuk bagi tenang biar boleh menjawab dengan elok

ni masa dah habis manned osce. Ada observed long case the next two days for me. Tapi untuk diorang, turn OLC diorang esoknya tu. So aku ni habis lewat sehari la. Susah wooo kes OLC aku

habis je OLC, diorang berempat yang dah habis exam sehari awal ni ajak aku gi tasik cantik dekat temple kuantan tu pastu makan dekat notis cafe sama2. Cafe ni sedap! Kitorang kalau tengah kaya, makan sini la. Kalau tengah tak kaya, beli satu pizza dan satu spaghetti pastu kongsi hahahaha

ni tasik temple tu

Pastu kann berdebar sangat! Sebab habis je exam OLC (25/9/25), esoknya tu (26/9) result! Sumpah takut gila weh. Memang rasa tak yakin je boleh pass sebab OLC aku teruk sangat. Banyak yang lecturer tolong prompt, so rasa macam tak jawab elok la. 

Tapi pagi result tu, aku kena gi awal sebab ada terima kerja daripada lecturer untuk key in data. So kena ambil data fizikal tu dengan dr la. Pastu dr tu dah bagitau yang aku dan kawan aku pass HAHA. Alhamdulillahh masa tu lega gila. So basically masa aku melangkah dalam lecture hall untuk terima result tu, aku dah tahu dah result aku hehehe

alhamdulillahh happy sangat time ni sebab dapat grad tahun ni <3


alhamdulillah sekali lagi.. Setelah banyak kali happy dan nangis kat sini, dengan ilmu yang sentiasa rasa tak mencukup, tapi tak sangka Allah still bagi dekat aku rezeki ni 🥹

Hectic days
25/9 - last day exam
26/9 - pagi: result, petang: preconvo photoshoot, malam: grad dinner
27/9 - oath taking ceremony (uni lain pakai whitecoat tapi uia buat pakai jubah convo)
28/9 - last day kena kosongkan dan check out mahallah

fuhh memang penat gila weh so masa tu tak sempat pun nak terharu dah jadi doktor sebab penat sangat hahaha

cantik kann gambar preconvo kitorang. Ain sepatutnya adaa tapi dia stuck in a traffic 😭 so preconvo bertiga je

aku dah lama weh berangan nak preconvo dekat masjid uia. Sebab cantik sangat! Dan tasik sebelah dia sangat lawa. Alhamdulillah ada peluang dan ada kawan untuk preconvo sekali

my solo shots pun cantik photographer ambil hehe

malam tu dinner! Imagine ya, pakai makeup untuk preconvo waktu petang. Pastu bersihkan balik dan bersiap semula untuk grad dinner. Hectic sangat

my backbones during medschool

ni waktu OTC

suka gambar nii

hehe dapat banyak bouquet

ok ni pulak waktu convo sebenar masa bulan 12. Convo uia wajib pakai tudung cream atau putih. I lovee my outfit that day!

dapat munge lagii
my postconvo photoshoot is fireeee. Dah post kat macam2 platform dah hahahah






terima kasih si pemberi <3

sebenarnya tak minat share gambar family tapi comel sangat untuk tak post hehe

I would never trade my family for anything. I don’t choose my family but I guess Allah is too kind with me to give me the best family I could ever had. Terima kasih sebab ada dengan Athirah waktu susah dan senang, terima kasih sebab percayakan Athirah. Terima kasih sebab tahan dengan perangai Athirah yang still lagi macam budak2 ni. I will be a better person and make you guys even more proud, happy and content. Semoga kita semua masuk syurga sama2

Kat bawah ni kompilasi graduation aku. Waktu sekolah rendah je takde sebab masa tu takde lagi majlis grad sekolah rendah. 




Terima kasih UIA Kuantan untuk 7 tahun yang indah ni. Tak sangka ya dah berakhir fasa saya dekat tempat jatuh bangun ni. Experiencing my first failure here, is something I’ll always cherish forever. Kalau aku tak fail, mungkin aku takkan jumpa kawan2 baik aku yang sekarang dan happy macam sekarang. Kalau aku tak fail, mungkin UIA masih jadi tempat yang aku tak suka sebab aku dulu takde kawan rapat. 

Terima kasih jugak dekat kawan2 aku dekat batch lama; Yang, Rai, Milah, Wina dan banyak lagi sebab jadi kawan aku. 

2025 adalah penutup bagi episod medschool seorang Athirah. Kita stay tuned to 2026 untuk tengok update pasal housemanship pulak (kalau sempat 😔)

Semoga fasa housemanship aku pun baik2 sahaja. Doakan aku dapat kawin jugak tau hahahaha

Dah tua dah aku ni!!
Byebyee
Progress
Monday, 9 June 2025 | 10:51 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum dan salam post pertama tahun 2025!

Disebabkan ni dah tahun akhir aku, aku macam terfikir satu benda yang agak bittersweet la bagi aku.

    Tadi lepas balik oncall, aku bagitau kat kawan-kawan aku, "ingat lagi masa year 3, kita perlu datang awal sehari kalau nak clerk patient sebab kita ambil masa sejam lebih untuk ambil history satu patient. Tapi sekarang, kalau nak join round, datang sejam atau dua jam sebelum dr datang round pun boleh present elok dengan dr, tak payah skrip pun"

*clerk = macam interview la

*history = patient punya complain pasal sakit dia

*round = dr pergi kat setiap patient untuk tau progress, Kadang-kadang dr suruh student present waktu tu

*skrip = lepas amik history patient, kitorang buat skrip biar smooth untuk present. Tapi sekarang dah better, kadang tu takyah skrip pun

    Lately ni aku rasa macam tak pandai sangatlah. Sebab bila present kes dekat dr, mesti ada je tertinggal itu ini, pastu rigid sebab fikir satu diagnosis je, instead of banyak-banyak diagnosis. Masalah bila dah fixed dan rigid kepada satu dignosis ni, kita akan jadi mudah terlepas. Macam mana kalau sebenarnya patient ada penyakit lain? Ha macam tulah. 

    Tapi hari demi hari, improve je. But me as usual la being sentimental, sebenarnya banyak je progress. Kalau compare dengan waktu year 3 dulu, sekarang lagi tahu la apa soalan yang penting, apa yang tak perlu. Takde la nak cakap dah pro, tapi dah better dan ada peningkatan. 

    Setakat ni, aku paling minat posting psikiatri. Walaupun aku still kena work on my terlebih simpati dan empati sampai menangis bila dengar cerita patient, tapi aku enjoy every bits of that posting soo sooo much. Sekarang ni, aku tengah dalam posting paediatrik (kanak-kanak). Banyak lagi nii tak belajar, tapi exam end of posting dah nak dekat, lagi seminggu. Malam ni nak meluahkan perasaan kat sini jap sebelum sambung balik study. 

    Sayu je rasa sebab dah nak habis zaman belajar. Semoga Allah permudahkan urusan kitorang, biar kitorang semua satu batch dapat grad tahun ni. Aku nakk sangat grad dengan batch ni. Tak sanggup dah kenal dengan orang baru. Pastu taknak menyusahkan mama papa. Korang doakan aku grad tahun ni tauuu!

    Saje nak rant sikit. Penat tau dengan ketidakpastian ni. Kalau orang lain, macam mana sekali pun, confirm grad. Kalau course aku, kena pastikan pass professional exam. Kalau tak pass, kena repeat lagi 6 bulan atau lagi setahun. So even dah tahun akhir, still lagi dengan ketidakpastian akan grad ke tak. Penat tauu rasa macam ni. Dahla still rasa macam tak kompeten dan macam "aku boleh ke pass ni? aku layak ke jadi doktor?" Pastu setiap kali exam taktau la boleh pass ke tak. Sebab asyik rasa macam jawab teruk atau biasa-biasa je. Tak pernah rasa jawab dengan konfiden boleh pass. Ni macam ala-ala SPM tapi lagi teruk sebab kalau fail je akan repeat. Penattttt.

    Korang doakan kitorang 100% all pass satu batch tau :') I really need people around me to pray for me, desperately. 

    Okay tu jee. Byebye! Semoga my next post is me already being a doctor. Professional Exam akhir bulan 9 ni. May Allah ease <3

Mind control skill for the uncontrollable
Wednesday, 16 October 2024 | 11:46 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum and hai semua!

    It's gonna be a short post, sebab lepas ni aku nak buat kerja lain, dan aku nak kena tidur awal sebab esok kelas kul 7 pagi!

    Kalau korang taktau, sekarang ni uni aku dilanda krisis. Takdela krisis mana, cumanya biasanya waktu masuk degree dulu, memang tau la the fact that bila dah masuk tahun akhir, kitorang akan ada privilege untuk parking kat dalam mahallah. Kiranya takyah parking atau jalan jauh2 la. Tapi tahun ni, management berubah, peraturan berubah. Tak semua final year yang bawa kereta, akan guaranteed dapat parking dalam. Akan ada yang parking kat luar jugak sebab management bagi permit tu dekat ramai orang, menyebabkan final year privilege yang sekian lama didambakan, tak ada.

    And ada mahallah swapping between lelaki perempuan and stuffs, these few weeks is kinda messy. Super messy actually. I was stressing about this for two weeks now. Macam2 emosi ada. I am angry, rasa tak adil, sedih macam tula.

    Then waktu call dengan mama, mama macam biasala, dah macam pakar motivasi dah. Aku just olah balik la apa mama cakap, in my own words. First of all, benda ni mengganggu emosi aku. Aku kena akui yang aku marah. Kena banyak luahkan dekat Allah, sebab dia pemilik segala emosi yang kita rasai. Kita takleh la rasa marah tapi mask dan tipu diri sendiri dengan cakap kita okey. Kesilapan yang aku buat, aku mencarut banyak waktu marah haritu. Aku bukan jenis orang yang mencarut on a daily basis tau. Aku mencarut bila geram sangat je. Even waktu driving pun aku tak carut kat orang even orang tu bawak macam apa. Solusi untuk ni, aku kena praktikkan mindfulness, kena selalu tarik nafas dalam2, biar aku dapat selalu jadi rasional dan kawal emosi.

    Yang kedua, adakah benda ni boleh selesai with my intervention? So aku cuba. Aku isi aduan dekat student union, aku buat direct aduan dekat principal (lol aku memang jenis berani mati sikit). So itu setakat usaha yang aku buat, sebagai pelajar biasa. 

    Tapi kalau tak jalan jugak? So now it falls under the uncontrollable. Benda di luar kawalan kita. Jadi apa yang kita perlu buat? Kena redha jelah hahahah. On a bright side, mungkin ini caranya untuk aku banyakkan steps sehari-hari. Untuk amalkan gaya hidup sihat. Satu lagi, tahun lepas aku dah dapat parking atas sebab ada kuota lebih dibuka untuk year 4. Tahun lepas, parking kat dalam mahallah diberi ikut kuota parking kat dalam. Tapi tahun ni, dia bagi je ramai2 even melebihi kuota. So kalau parking kat dalam dah habis, even yang dapat permit tu pun, kena jugak park kat bawah... Mama cakap, aku kena banyakkan bersyukur sebab aku dah dapat merasai benda tu tahun lepas. Hidup ni takkanlah nak hidup senang selalu kan. Dah benda ni luar kawalan kita, anggaplah ni suatu challenge yang baru.

    Ada satu lagi problem. Bila susah dapat parking atas ni kan, once dah dapat park kat atas, jadi takut untuk keluar jalan2 ke luar. Sebab takut bila masuk nanti takde dah parking. Benda ni, patutnya jangan takut. So what kan kalau takde parking? Sampai jadi takut keluar, tak best la kan. Just keluar jeee. Dahla keluar jalan2 tu la sumber kebahagiaan aku hahaha. 

    Ok tu jee rant harini. Byebyeee!

Suddenly I'm 24
| 11:06 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum and hi guys!

Hehehe second post of the year :)

Before anything, I just want to pat myself on the back and say

I'm so proud of you Athirah

    Tahun ni, tahun yang akan aku simpan elok2 dalam memori. Literally I've been doing a lot of things outside of my comfort zone this year, and i'm soooo proud of myself!

    Awal2 degree dulu aku memang the classic mahasiswi 3K; Kelas, Katil, Kafe. 

    Aku suka sangat pegang mic. Ya sebab aku suka nyanyi, tapi aku berminat sangat untuk jadi emcee. And I volunteered!! Kali pertama aku jadi emcee, ada sedikit la tak ok tapi overall ok sangat sampai ada kawan aku cakap macam bukan first time! Hehehe. Lagipun tu majlis formal, jadi senang sikit. Feedback diri sendiri untuk emcee kali pertama? Aku kena biasakan diri dengan perubahan. Kadang2 ada perubahan yang akan berlaku dekat skrip last minute, even waktu berucap pun ada yang last minute kena ubah, atas sebab hal2 yang tak boleh dielakkan la. Aku dah terbiasa praktis dan tak prepare myself akan kemungkinan untuk ada perubahan. So bila ada perubahan tu, aku jadi gelabah huhu. So bila bercakap waktu gelabah tu, ada banyak la tersasul macam tu. Tapi ok jeee overall.

    Tapi... pengalaman emcee kali kedua sangat meng-humble-kan aku. Sebab event tu macam semi-formal. Aku tak reti masa bila nak selit lawak dan masa bila untuk taknak selit lawak. Emcee partner aku pulak, orang yang jauh lebih tua daripada aku, pastu kami tak praktis sama2 langsung. Towards the end tu memang astaghfirullahalzim.. gagap teruk, pastu dahla ada benda penting yang lupa included dalam skrip, menyebabkan ada awkward silence huaaaa. IT WAS SO EMBARASSING. Dahla waktu event tu, aku cakap lancar dan elok je awal2 tu. Lepas je YB dengan dean kuliyyah datang, masa tu i went downhill. Like... teruk la first impression aku dekat diorang. Adoiii. Memalukan universiti! Event tu memang kecil-kecilan je sebab tu event yang posting kitorang buat. Event health screening dekat sebuah perkampungan macam tu. Audience aku penduduk kampung situla. Tapi tetap malu. So itu last aku volunteer untuk jadi emcee hahaha. Aku dah serik XD 

    Walaupun second time emceeing was awful, i enjoy it either way. At least ada pengalaman kan. Macam mana nak berjaya kalau takut akan failure? Hehe walaupun ada quote yang cakap kita takleh menyerah, tapi aku taknak emcee dah sebab cukuplah dua kali. Nakkan pengalaman je, bukan nak jadi emcee yang hebat pun.

    Pastu kann, aku join baanyak sangat program! Awal year 4, aku jadi commitee untuk Oath Taking Ceremony (majlis angkat sumpah untuk medic graduates) yang senior aku. Aku jadi a part of sponsorship and booth unit. At first, memang takut. Sebab aku tak familiar dengan unit ni. Dan aku takut aku akan messed up sebab aku taktau pape pasal ni. Sebab program2 sebelum ni, aku join jadi refreshment, transport macam tu. Jadi yang ni memang first time la. Bagi aku, the words sponsorship itself is scary. Sebab kena deal with surat2 rasmi. Tapi alhamdulillah erm tak banyak sangat pun kerja berkaitan sponsorship~ sebab aku ditugaskan untuk fokus dekat booth. Tapi booth tu pun benda baru jugak. Aku kena contact orang yang ada khemah, kena pastikan ada wiring kipas dan lampu apa semua.

    Lastly, program paling besar aku pernah join. Program Nusantara Ibadah Camp. Program ni program ibadah untuk golongan LGBT. Aku masuk dalam unit preparation and technical (preptech). Unit ni walaupun senang, it is actually quite worrying untuk aku. Sebab, before program, kerja kami tak banyak sangat. So aku jadi risau adakah aku free rider? Adakah aku mampu buat kerja2 ni waktu program sedang berjalan? Tapi bila program start kan, fuh aku rasa function gila weh. Tak rasa dahla macam free rider hehehe. Cuma downside kerja ni untuk perempuan, kadang2 tu kena angkat benda berat kan, so kena jugak minta tolong colleague lain. Rasa bersalah la sebab jadinya kerja kita just isi borang untuk pinjam barang, tapi barang2 orang lain yang handlekan.

    Semua program yang aku join tu, aku jadi anak buah. Ada sekali je aku jadi ketua. Masa ni aku join OTC jugak tapi waktu aku year 3. Best sangatt! Aku sangat takut dan nak sangat elak jadi ketua, tapi masa tu terpaksa sebab dia highlight nama aku sebagai ketua unit refreshment. Aku rasa best sangat pengalaman jadi ketua sebab aku yang kena rancang, agihkan tugas, dan kena pastikan dapat update daripada anak buah. Aku kena juga buat kerja, cumanya tambahan tugas, aku kena make sure kerja jalan, sebab aku ketua. It was a good experience!

    Aku mengaku yang aku jenis tak boleh buat kerja kalau join program yang ada tenure sepanjang tahun. Contohnya, jadi AJK kelab, jadi MRC mahallah. Sebab susah nak stay committed. Dah pernah dah jadi AJK satu kelab ni sekali, pastu aku rasa aku tak mampu buat kerja sepanjang tahun. So bila join program one off macam ni, lagi kena dengan jiwa aku.

    Next, pasal program batch pulak. Kitorang ada annual grand dinner dan family day. Yang ni tak banyak sangat kot nak cerita. Best gila la sebab dapat dress up, dapat main game, dapat makan sedap2.

---------------------------------------------------------

    Yang paling aku nak cerita, pasal elective program aku. Setiap student tahun 4 dekat kuliyyah of medicine IIUM wajib buat elective program. Dia macam kalau course lain, dipanggil intern. Tapi intern kami lain sikit. Kalau intern kan buat waktu semester. Tapi kami ni kena buat waktu cuti (sem break). Kami kena pilih nak buat elective atau research. Aku of course la pilih elective. Kami boleh pilih nak buat elective dekat mana2 hospital, dan ikut suka nak pilih posting apa, dalam amasa 2 hingga 4 minggu. Kalau buat dalam negara, kena at least 3 minggu. Kalau buat dekat luar negara, kena at least 2 minggu. Hehe guess what did i choose? YES, aku pilih untuk buat dekat luar negara!!! Soo exciting right?!

    Sooo, aku pilih untuk buat dermatology posting dekat Surabaya. BEST GILA. Kitorang 13 orang. Best sebab dapat belajar sejarah negara dia dan kaitannya dengan perbezaan language kitorang, dan dapat belajar sedikit perkataan jawa hehehe.

    And then, dermatology-wise, aku dapat tengok penyakit yang dah kurang dekat malaysia, macam leprosy. Dapat kenal2 jugak dengan student medic kat sana. Dapat jalan2 kat sana hampir setiap hari. Situ kan harga barang2 dia kalau convert ke MYR kan murah, jadi aku pun sakanla shopping hehehe. Makanan pun sedap2 dan murah2. Even order grab pun dapat murah!

    Yang paling best, aku dengan kawan2 siap pergi konsert kat sana wehh! Konsert Expectanica. Kitorang pergi yang day 2. Ada nidji, d'masiv, juicy lucy, dan ramai lagi. Tu yang day 2. Kalau day 1, ada dewa19, bernadya etc. Aku gi yang day 2 sebab yang day 2 ada promo jd rm20+ jeee! Lebih kurang rp 60k+. 

    Best gila weh konsert tu. Dekat depan2 tu sempit la. Tapi aku duk kat bahagian belakang, so tak bersempit dengan orang, sejuk je, pastu ada space banyak antara kita dan orang lain. Aku pulak orang tua hahahha so tak suka pergi konsert berdiri. So aku bersila HAHAHA

    Dekat situ dia ada sedia satu khemah ni tau untuk solat. Masa tu kami solat maghrib la. Sumpah tak selesa weh. Nasib baik aku memang dah simpan wudhu awal2. Sebab kalau tak... kena beratur panjang gila, dan dia tak mesra aurat perempuan.

    Dekat sana jugak, ada satu dobi ni yang offer untuk basuh dan keringkan baju for rm8 jee!! Kita just hantar je. Macam laundry service, bukan yang self service tuu.

    Makanan yang paling sedap yang aku paling ingat kat situ, Mie Gacoan. Korang seriusss kena try!!! Sedap sangat dahla murahhhh!!!! Dia pedas weh. Ada 8 level. Aku baru try level 1, just nice pedas dia bagi aku. Tak tahulah cane kalau beli level yang lagi pedas... Pastu kan, even level 1 tu aku takde la rasa kepedasan tahap over, tapi still sakit perut weh setiap kali lepas makan.. tapi lantakla asalkan sedap hihihi.

    Aku pun ada try naik gojek jugak hehehe. Tak rapat pun weh dengan penunggang. Ada gap. Cuma kalau ramai2, lagi berbaloi amik grabcar sebab harga kongsi2 jadi murah la.

    Last sekali, mestilaa kami pergi mount bromo! Hehehe. Sumpah tak tipu, sana sejuk gila. Surabaya tu sepanas2 alam, tapi dekat bromo, sejukkkk. Aku dah pakai heat tech, pastu sewa lagi baju sejuk kat situ. Yang kelakarnya, before pergi Surabaya, dalam weeks before la, aku tak study pun bromo ni macam mana. So aku fikir nak pack beju jersi je naik atas tu sebab ingatkan literally hiking HAHAHAH. Ok i know i'm exposing my stupidity sebab tak study dulu, tapi alhamdulillah luckily I asked my friend yang pernah gi sana, dan dia cakap kena pakai baju cantik2 hahahah. 

    Anyway, gambar2 aku kat bromo cantik sangat... Lighting lawa, scenery lawa, light makeup aku cantik, outfit aku cantik, pastu aku cantik, hehehehe. 

    Baiklahh itu sahaja perkongsian percutian aku. Aku dah masuk final year dahhh. Doakan tahun depan around this time (september) aku dapat jadi peserta OTC seterusnya, sebagai doktor! Aamiinnnnn.

    Kat bawah ni aku nak share gambar2 aku sepanjang tahun ni hihihi sebab dah lama tak post gambar dalam blog. Gambar tak ikut turutan tauu

Masa ni pergi vacation ke pulau dengan bestiess

Banyak sangat gambar kat surabaya, so letak ni jelahh

Got to listen IU live hehehehhe

Yang ni saje letak sebab rasa cantik

Oh this is my cat Olivia! Dah lama tak cakap pasal dia

Ni pun post sebab rasa cute

Pergi malam galau dengan Nabilah. Duk kat seated seat je sebab dah tua tak larat nak berdiri, nak dengar orang nyanyi live je hahahah

Ni masa awal tahun 4 kalau tak silap. Join program sunathon! Hehehe

Jadi commitee program run

Dah tua pun still dapat duit raya! Hihi ni masa program community medicine kitorang waktu year 4


Life update (academic)
Monday, 12 August 2024 | 9:37 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum dan hai!

Haa aku takkan lupakan annual streak untuk post dekat blog tau. 

    (13/3/24) Aku tengah cuti ni. Cuti lepas habis exam. Kesian betul budak medic ni. We're so so happy dapat holidays walaupun seminggu. Sebab cuti seminggu ni antara cuti paling lama kitorang hahahah. Kalau cuti akhir tahun, cuti sebulan. Kalau cuti lepas exam, seminggu. Kalau raya dapat cuti seminggu, so lepas exam takde cuti seminggu, jadi lepas exam je terus masuk posting baru. Jadi kitorang sangatt hargai cuti seminggu. We love youuu cuti seminggu!!!

    Sebelum masuk ke part cerita, aku nak jawab beberapa soalan yang biasa ditujukan dekat kitorang

1) Dah tahu ke masuk department mana?

    Secara ringkasnya, tak. Untuk menjawab soalan ni, aku kena explain dulu, how does med school in Malaysia, specifically IIUM Kuantan, work.

Pembelajaran kami dikategorikan kepada dua bahagian; preclinical dan clinical.

Preclinical: Tahun 1 dan 2. Belajar dekat lecture hall pasal basic medical sciences. Masa ni la belajar anatomy, normal physiology of humans, pathology dan etc.

Clinical: Terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa Tahun 3 (tak tekankan pasal managing patients) dengan fasa Tahun 4 dan 5 (sangat tekankan pasal management of the patient). Tahun 3 sampai 5 ni kami akan mostly dekat hospital, rotation by posting. Kami akan pergi dekat semua posting utama. Akan belajar semua. Surgery, Internal Medicine, O&G, Paeds etc.

    Kami banyak belajar hands on, belajar ambil history patients, buat physical examination dekat patients, dan ada jugak classes tapi not as much as during preclinical la. Pastu generally memang kitorang kena pergi hospital setiap hari.

    Lepas grad, waktu housemanship pun masa tu kami akan kerja ikut rotation. Lepas housemanship barulah dapat tahu masuk department mana.

----------

    Okay so back to the story. Haritu kan aku posting specialised, family medicine dan emergency medicine. Specialised posting ni ada 4 posting iaitu ENT, Ophthal, Radiology dan Anaest. In laymen terms, posting telinga, mata, xray dan bius. 4 posting ni short posting je sebab each posting tu dua minggu je so kena manfaatkan betul-betul masa dekat sana sebab tak jumpa dah nanti posting ni tapi definitely akan encounter penyakit-penyakit tu lagi akan datang, sebab tu ilmu dia penting. 

    Aku baru lepas exam tiga posting tu (specialised, fammed, emmed). Susah weh. Kitorang kan dah buat study group awal-awal, buat past year questions waktu weekend. Bila awal sangat buat, jadi tak ingat la pulak hhahahha. Kesimpulannya kena last minute study jugak baru ingat semua (bad take lolll). Masalahnya sebab memori aku ni macam gold fish XD

    Tapi seronok jugaklah sebab tahun ni ada study week. Waktu year 3 dulu mana ada study week. Minggu last posting pastu weekend pastu next week tu exam sksksksk

    Entahlah, aku takdelah yakin sangat untuk exam tu tapi takdelah rasa macam confirm fail, tapi taktahulah :( Susah sangat. Ada soalan specialised yang soalan senang gila dan banyak gila markah tapi I managed to mess it up jugak... Dia lagi frust sebab kita baca pasal tu dan tahu pasal tu tapi waktu exam tu tak ingat langsung istilah tu dan jawab salah. Sedih sangat.

    Waktu exam subjek emmed pulak, unmanned osce dia susah gila. Keempat-empat soalan tu semua keluar pasal imaging, rasa macam posting radio pulak. Related je dengan posting tapi tulaaa, susah. Ada satu station tu ada dua soalan, 10 mins for that station, aku syok sangat jawab first question, tak sedar masa berlalu so loceng dah bunyi huhu one whole question tak sempat jawab huaa sedih.

    Sekarang ni aku just doa je setiap hari biar aku dapat lulus semua paper tu, sebab hujung tahun ni ada elective posting. Macam intern la. Kitorang boleh pilih nak buat posting apa, dekat hospital mana-mana pun asalkan bukan hospital UIA. So posting tu aku sangat look forward la untuk join, tapi kalau lulus semua posting je boleh join. Kalau tak lulus, kena lalui remedial period untuk repeat paper, so sebulan orang elective tu, yang fail akan undergo remedial. Elective ni seronok sebab kita akan belajar tapi less academic stress. Jadi aku harap sangat aku lulus exam (walaupun susah huhu) biar dapat pergi elective tahun ni. Penat dan taknak dah fail T^T

----------

    Aku suka sembang dengan mama sebab mama banyak bagi life advices yang memang hit right to the spot. Dia seorang yang sangat positif tapi still acknowledge our negative emotions dan ajar cara untuk kawal.

    Kalau korang nak tahu, aku bukan budak pandai. I used to be, tapi sekarang ni below average. So aku tanyalah mama, "Mama, kalau tengok dekat drama, parents diorang ada high expectation dekat anak pastu mesti kecewa bila anak jatuh. Athirah dulu kan daripada tadika sampai asasi selalu excel. Macam mana mama boleh ok je, tak marah pun, siap pujuk athirah lagi bila jatuh."

    Mama pun jawab sebab dia nampak aku usaha. Kalau aku tak usaha, dia akan marah laaa.

   Kita hidup kat bumi ni kan memang kena betul-betul humble. Kalau kita kat atas, tak selama-lamanya akan kat atas, dan kalau kita kat bawah, tak selama-lamanya kat bawah. 


.

.

.

.

guys... it's already 12/8/2024 now... I saved this post as a draft before hahahaha pastu lupaaaa kewujudan post ni!!


Just a quick update & recap (not gonna elaborate anything sebab post ni dah panjang so aku just akan elaborate on my next post)

- I PASSED ALL OF MY EXAMS ALHAMDULILLAHHHHH

- Aku akan pergi elective ke surabaya next two weeks! (insert emoji mata berair terharu)

- The family medicine posting before? hehehe I got pass with distinction on that one (unexpected weh)


Ok sekian. Byeeeeeee!

Love Languages
Wednesday, 31 May 2023 | 8:33 pm | 0 comment(s)

 Assalamualaikum and hi <3


It's already 2023 and glad that i didn't forget that this online diary existed hehehe. 

    Sepanjang hidup aku kan, love language aku memang receiving gifts. Memang daripada kecil macam tu. Birthdays are the most important event to me. Kadang tu sebulan sebelum birthday aku atau birthday kawan2 rapat aku, aku dah excited gila! Aku akan fikir nak bagi hadiah apa, apa yang paling ikhlas daripada hati, ucapan apa yang betul2 akan buat dia happy. Dan aku serius akan seronok sangat sebab membayangkan ekspresi diorang bila dapat hadiah daripada aku. Pastu segala benda macam tiket wayang, gelang sementara kertas yang diberi kalau masuk upside down museum ke, surat kawan2 aku bagi waktu kelas sebab nak pinjam pape, atau surat2 minta maaf, surat gaduh, surat berbaik, semua aku akan simpan dalam kotak. Ada lagi tau kotak tu. Kalau memori tu aku hargai sangat2, aku akan simpan barang2 tu, walaupun barang tu nampak macam tak penting dan kadang nampak macam boleh buang dalam tong sampah je hahahah btw i'm not a hoarder ya. Aku simpan barang2 tu dengan cantik dan organised.

    Tapi akhir2 ni, excitement in gift giving tu macam berkurangan. I don't feel like I put 100% of my heart like before. Tapi aku still fikir pasal hadiah a month before their birthdays hahahah. Pastu aku pun retake la love language test tu. Receiving gifts still nombor satu tapi 30% je! Dulu lebih 50% la. After that, quality time. Haa sekarang memang aku rasa macam my quality time is showing tau.

    I love spending quality time with my family, my friends. Kalau boleh tak tengok fon. Mungkin I developed this habis ever since knowing Rifa'i. Hahahaha. Pastu selalu ajak kawan2 keluar jalan2 sebab nak spend time together. That thing really makes me happy now. Kalau aku dah dinner, tapi kawan aku ajak keluar, aku still nak ikut weh sebab aku suka lepak, suka suka suka. Kalau dengan family, aku dah start rasa annoyed sebab Syahmi selalu main roblox dalam iPad sampai dia dah jarang peluk aku! Pastu dia jarang gak main real things dengan aku macam teka teki ke, apa-apa jelah. Bila aku tanya kawan aku pun, kawan2 aku teka love language aku quality time hahaha. Dulu memang bagi surat bertulis ni one of my favourite thing to do laa. Tapi birthday kawan aku baru2 ni, aku bagi hadiah je, takde ucapan pun :( It doesn't seem very special kalau takde ucapan. But idk what to write there and i don't want to write things without being sincere.

    Tapi one thing to be sure, my act of service paling bawahh sekali XD Kenapa? Sebab kalau my friends macam in need of help tapi subtle (kiranya macam benda2 kecil macam barang dia banyak), i won't notice that the person needs help hshshshs that's so bad of me I know. Kiranya I won't offer myself to help la tapi kalau diorang minta, i'm fine with helping. Macam tu la.

    Anyway, I just think that I'm just growing up. It's a natural part of growing up. Bukan nak associate receiving gifts dengan youngsters tapi I just want to highlight that people change. Mungkin ada orang dulu love language dia quality time tapi sekarang jadi receiving gifts ke.

   Nothing much pun untuk diceritakan. Cumanya saje cerita pasal ni sebab rasa macam menarik untuk bagitahu that I've changed. A lot of things changed. Let's hope it's for the better, not for the worst.

    Life update: My previous post is sooo sad. But guess what? I'm now better, emotionally and physically. Tapi physically tu walaupun makin cantik (ceh) tapi makin berisi hahahahah. I've got new friends, boleh study sama2, gelak sama2. Kesimpulannya I feel better la sekarang. Ok tu je. Exam dah dekat ni. Doakan ya! 

    I'm so bad at writing. So forgive me kalau ayat2 dalam ni sangat la tak puitis hahaha. Bye!

First big hole in my life
Sunday, 11 December 2022 | 10:30 pm | 0 comment(s)

 Haiii assalamualaikum!

    Dah disember 2022 weh! Kalau aku tak post sekarang, nanti hilang la yearly streak aku untuk post dekat blog ni hahahah. 

    Serius dah lama tak menulis kat sini, dan macam hampir dilupakan dah blog ni. Selalu je letak dalam notes kat phone, tentang idea2 cerita untuk type kat sini, tapi asyik tak buat2 je. Maklumlah sekarang ni kan ada twitter, whatsapp status, instagram story. So memang diabaikan la blog ni hehe sorry.

    Just to let you know, i've entered clinical phase of med school wihii! Alhamdulillah. Rupa2nya lagi seronok weh daripada preclinical. Preclinical bosan gila! Asyik duk kat lecture hall je. Pastu untuk orang introvert macam aku lagi la membosankan sebab takde keadaan yang memaksa aku untuk bersosial hahaha. (ok i know it's weird sebab kalau introvert patutnya lagi appreciate la preclinical kan tapi YTJT!)

    So bila dah masuk clinical ni, dia bahagikan kepada small groups, nak tak nak memang kena bersosial, and it's fun! Aku rasa sangat seronok bila apa yang aku belajar, findings tu aku dapat jumpa in real life. Rasa amazed sangat. Pastu pembelajaran clinical ni macam detektif. Kita kena siasat aka tanya dan cross out this cross out that yang unrelated. Alhamdulillah memang aku enjoy sangat.

    Tapi ya macam tajuk di atas, 'first big hole in my life'. Sepanjang hidup aku kan, alhamdulillah Allah bagi aku perjalanan yang sangat smooth, semua ok, macam graf menaik. Kalau ada ujian maybe macam tersadung sekejap yang senang untuk bangkit semula. Tahun ni aku ditimpa ujian yang sangat besar bagi aku. Sedih tu ya, tapi aku dah dapat terima dah. Bila fikir balik, serius smooth weh perjalanan hidup aku selama ni. Tak pernah jatuh. So mungkin Allah nak tarik balik aku untuk depend dekat Dia, sebab aku asyik rasa yang aku boleh buat benda ni sebab dah selalu boleh buat. Alhamdulillah aku dah dapat redha dah.

-This is the start of my monologue that you won't even understand-

    I'm not planning to tell you guys what happened to me pun tapi cuma nak cerita, sebenarnya semua ni punca benda ni berlaku dah jadi secara kronik dah dekat life aku ni, tapi aku dapat tahan. Akhir tahun lepas aku dah tersadung sikit tapi Allah bagi peluang dan aku bangun balik. Aku taktau la aku jadikan punca ni sebagai alasan ataupun sebab memang punca ni menyebabkan aku tak enjoy semua benda.

    Tahun ni, it really is my first big hole that I fell down. Aku memang decide untuk diri aku, untuk bersedih, tapi set a limit. Aku set kan tiga hari masa bersedih. Waktu tu memang aku layankan je perasaan, nangis sepuas2nya yang aku nak, tapi lepas tu kena bangkit balik. I did. Aku bangkit. Ada la terlepas gak sikit rasa sedih tu pada waktu2 tertentu dalam bulan pertama tu. Lepas tu aku boleh kata yang aku dah betul2 okay. Completely. 

Korang mungkin tak faham post aku kalini tapi yes, aku buat post ni untuk aku sorang je faham hahaha.

Berbalik kepada punca yang menyebabkan aku jatuh tu. Aku rasa macam ada improvement. Aku rasa better. Aku join banyak2 program, aku rasa happy sebab aku produktif. Tapi harini, particularly petang tadi, benda ni jadi lagi. I ended up nangis lagi. Dah 5 tahun aku dekat uia, since cfs. Masalah yang sama, berulang2. Aku penat la. Kenapa aku jadi macam ni sekarang? 

    Kadang2 aku fikir la, adakah sebab personaliti aku? Aku ada buat salah pape ke? Ataupun ni kifarah sebab dulu aku yang lantang sangat cakap "laa takpe je benda ni. Kita still kawan dengan semua orang." Teringat pulak ayat 'sek cerdik study sama oww'. Tapi kenapa aku je yang kena? Kawan2 aku tak kena? Ke sebab aku sorang je yang asyik glorify dan sayangkan 'kami'? (end up memang aku je pun yang pertahankan kami to the point sekarang aku dah malas dah) Semua ni kifarah dan karma untuk aku ke? 

    Aku pernah buat kerja gila, habiskan masa remove hampir semua followers instagram aku. Waktu tu memang aku tak okay dan minda aku asyik berfikir, "lantaklah kalau diorang nak terasa. Did they care for me at the first place? No? So nak terasa buat apa? I think you don't deserve to be updated about my life and i don't owe you any explanation as to why i did this." and then waktu tengah happy ni aku start accepting people in my IG back, rasa bersalah sebab remove etc etc.

-done-


    Anyway, aku nak bersyukur sangat2 sebab Allah kurniakan aku family yang sangat baik, loving dan memahami. Kurniakan aku kawan2 baik yang selalu ada untuk aku, dan ni first time aku mention, my special someone yang juga ada untuk aku. Kalau diorang takde, serius aku bukan setakat lonely, mungkin boleh sampai tahap murung sebab takde siapa2 dah dalam hidup aku. I've been blessed with so many blessings that I forgot to fully depend on Allah, the Almighty. Aku mungkin solat, buat benda wajib semua tapi but I am emotionally distant with Him. Mungkin ini pun boleh jadi punca aku macam ni sekarang.

    Papepun sekarang ni tugas aku adalah untuk study. Aku ada banyak lagi cerita tapi baju dryer aku dah siap weh nanti orang marah sebab lambat ambik. HAHAHA okay byee!!

I'm now a mommy cat! (First timer)
Tuesday, 16 February 2021 | 11:40 pm | 0 comment(s)

 Hai assalamualaikum!

    Wahh sekarang ni asyik jauh2 je gap antara satu entri ke satu entri hahaha. Sorry tau! Sekarang ni kalau nak luah pape banyak dekat twitter dengan whatsapp status je XD

    Kalini aku nak share dengan korang, pengalaman aku bela kucing for the first time ever! Post kalini lebih kepada pengalaman, apa yang aku baru tahu dan tak informative sangat tapi adalah sedikit informasi. Information semua tu korang akan dapat kalau korang baca cerita aku.

    Sedikit pengenalan, aku suka kucing, tapi faham tak yang bukan tahap suka gila2 tu. Takdelah terlalu simpati dekat kucing, macam bila nampak je terus rasa nak bagi makan. Tak macam tu okey. Aku jenis yang so-so je dengan kucing. Rasa je dia comel, belai kadang2 tapi tak dukung sebab takut jugak sikit.

    Daripada sekolah menengah lagi minta dengan mama yang aku nak bela kucing. Tapi parents aku memang tak suka kucing, langsung. Tapi diorang tak takut pun.

    So sejak PKP ni kan, kan bosan duduk rumah je. Pastu masa tu mama aku minta adik aku urut. Tapi adik aku malas tapi dia nak buat kalau boleh bela kucing hahahah. Pastu biasalah sebab mama nak sangat kena urut, dia setuju jelah. 

    Last sekali terpaksalah parents aku adopt kucing ^^ 

    Aku ni excited gila ha. Terus search dekat youtube, video2 ML Studios pasal kucing. Study la hahaha sebab tak tahu pape kan. Pastu ws kawan2 aku, minta bagi tips apa semua.

    So kitorang pun belalah kucing nama Yuki..



    Yuki ni manja gila tau! Suka datang tidur kat aku. Tapi dia ni sumpah penakut! Kalau dengar je bunyi vacuum terus pecut berlari menyorok dekat mana2 hahahahaha

    Start bela dia masa umur dua bulan. Mahal jugak beli kelengkapan semua. Sangkar pun RM160, dry food 1kg RM30. Hehe sebab bagi Royal Canin mestilah mahal hshshsh tapi aku taknak kasi yang murah2 sebab takut nanti kena batu karang bila besar. Kalau wet food, aku bagi once a weekend. Sebulan aku beli 4 paket royal canin kitten tu. RM20. 

    Pastu kan untuk pasir dia, aku belikan tofu litter. Tak bau sangat pun weh! Kecuali kalau korang malas scoop daily memang baulah. Haritu pernah la sekali aku malas. Aku scoop sekali in two days. Lepas tu dia jadi busuk lama weh. Lepas tukar litter baru tu barulah tak bau dah huhu. Harga dia dalam RM20+ something macam tu.

    Disebabkan parents aku tak suka kucing, jadi akulah official cat mommy hahaha. Diorang hanya provide duit sahaja. Kalau nak pergi klinik ke apa ke aku yang bawak.

    Kitorang semua excited tau dapat bela kucing jadi sepanjang masa main dengan Yuki hahaha. Masa tu aku tak reti lagi nak mandikan kucing jadi aku nak hantar dia pergi pet grooming masa dia umur 3 bulan. Biasalah excited kan manjakan kucing sendiri. Tapi.. that was the bad decision ever.

    Sesiapa yang bela kucing for the first time macam aku, ya aku faham excited kan, macam nak hantar kucing pergi spa. Tapi jangan sesekali hantar kucing korang yang kecik lagi pergi grooming, selagi belum vaccinated. 

    Sebab bila kucing korang kecik lagi, imunisasi diorang lemah lagi tau, lagi2 sekarang ni musim virus parvo dalam kalangan kucing. Ok meh aku cerita.

    Masa tu aku hantar Yuki grooming. Excited teruk weh! Rasa macam jadikan kucing aku tu kucing T20 hahahahha. Then lepas dia balik tu kitorang semua happy la sebab dia wangi gila! Bulu pun cantik je. Few days later kitorang pergi bercuti dekat Kuantan, tinggallah rumah dua hari. Before tinggalkan rumah tu, Yuki muntah. Aku macam risau gila ni. Tapi ingatkan biasa2 jelah. So kitorang jalan2 macam biasa. And akan ada jiran datang setiap hari untuk tengok2 la makanan dia cukup ke tak kan.

    Balik je rumah tu, jiran kata Yuki ada muntah lagi. Muntah sama macam haritu, warna kuning. Aku dah runsing la ni. Lama2 dia start taknak makan. Punyalah struggle aku letak kibbles atas tangan aku, then suap dia tapi dia keluarkan balik weh :(

    Aku pun bawa dia pergi vet. Doktor check suhu, Yuki demam. Pastu Dr bagi ubat cecair tu suruh suap dekat dia. Ya Allah, hanya Allah je tahu betapa susahnya nak suruh dia makan ubat. Suap ubat macam nak berperang. Aku paksa dia buka mulut tapi dia taknak. Kalau suap pulak, dia keluarkan balik. 

    As a pet owner, walaupun baru sebulan jaga, tapi i feel so responsible towards her. Risau gila weh! Aku pun duk fikir, where did it go wrong.. Seingat aku, ada dua tempat je yang aku pernah bawak Yuki keluar. Dekat vet, untuk tanya bila boleh cucuk vaksin, dan dekat pet shop untuk grooming.

    Btw dekat vet tu, masa tu kan dia baru dua bulan. Doktor kata datang vaksin bila dia umur tiga bulan. Ok pastu, aku rasa macam bukan kena dekat vet sebab logiknya vet mestilah hygienic. Klinik kan. Jadi aku rasa dia infected masa dekat pet shop tu. 

    Untuk yang tak tahu, biasanya kalau pergi bawak untuk pet grooming, kita akan booking dulu, then hantar waktu pagi. Petang tu baru ambil. Imagine berapa banyak kucing yang dia bergaul...

    Doktor kata dia just demam. Aku tak expect pulak serius. Tapi berat badan dia memang susut weh. Selalu dia manja2 dengan adik aku. Tapi dia punya lemah tu, asyik terbaring je.


    And then there is this one day, pukul 5 pagi papa aku kejut aku, tunjuk Yuki keras terbaring atas lantai...
😭 Korang boleh bayang tak, kitorang first time jaga kucing, dan baru sebulan, pastu kucing korang mati..

    Huhu. Sedih gila! Kitorang adik beradik semua nangis. Pastu papa pun ajak kitorang tengok cctv, untuk tahu masa bila dan cane dia mati. Pukul 3 pagi macam tu, dia keluar daripada sangkar. Jalan macam huyung hayang sebab dia lemah, pastu daripada gemuk, dia jadi kurus kering weh!! Dia pun jalan menuju dekat bilik aku. Tapi tak sempat sampai, dia rebah atas lantai. Mata dia terbuka je, sebab aku baca, bila kucing mati, muscle dekat mata dia kan dah tak function so mata dia akan terbuka.

    Tapi pukul 5 tu, seluruh badan dia dah mengeras. Rigor mortis. Bila alihkan tangan dia, dengan ekor2 pun bergerak sekali. Tu lah rigor mortis. Kita manusia pun akan macam tu. Pastu dekat tempat dia baring tu, yang sentuh dengan lantai tu, macam ada keluar cecair warna kuning. Aku tak tahu tu cecair apa, tapi tu tanda dah meninggal la, dan akan attract insects macam semut.

    Aku down gila bila Yuki dah takde. Setiap kali teringat je mesti nangis. Tu baru sebulan tau jaga, takleh bayang cane kalau dah bertahun2. Tapi sekarang aku dha move on dah. Dah tak sedih dah teringat pasal ni.

    Okay let's move on to the next part! Aku bela kucing baru! Kalini nama dia Olivia. Betina jugak.


    Comelkan!? Kalini aku dah amik pengajaran, pastikan dia dapat vaksin dulu barulah bagi dia keluar rumah bergaul dengan kucing lain.

    Sebelum dia sampai rumah, aku gigih tau clorox semua bekas2 yang dulu Yuki pakai. Pastu sanitize rumah sebab takut ada lagi saki baki virus Yuki tu. Tapi tak tahu pun Yuki mati sebab apa. Kitorang assume je dia mati sebab virus.

    Olivia ni dia lain sikit. Tak garang, tapi tak manja sangat. Biasa2 je. Start bela bulan 9 tahun 2020. Masa tu dia dua bulan. Kalini memang aku belajar cara2 mandikan kucing, memang takleh takut dah ahahaha. Tapi aku bawak gak dia keluar tapi kejaap je, khas untuk potong kuku dia. Dan akak tu potong kuku Olivia depan aku. So aku macam yakinlah dia selamat daripada penyakit.

    Nak mandikan kucing bagi aku senang je sebab Olivia ni walaupun penakut air, tapi tak teruk sangat meragam. Cuma duk meow meow bising tu jelah. Tapi yang susah tu part keringkan dia! Aku guna hairdryer, volume paling low. Tapi dia takut jugak. Even masa tu hairdry sambil bagi makan treats pun dia tetap meragam, habis lengan aku kena cakar. After few times mandikan dia dan guna hairdryer dan dia tak suka jugak hairdryer, aku pun akhirnya giveup dan keringkan dengan tuala je.

    Tapi keringkan dengan tuala ni susah sebab lambat kering. Aku baca, bulu kucing takleh biar basah lama2 sebab nanti dia mudah dapat demam. Tapi nak buat macam mana dah Olivia takut hairdryer. Aku ingatkan nak suruh dia biasakan guna hairdryer daripada kecik biar besar nanti dia suka tapi dah banyak kali pun still takut.

    Masuk je umur tiga bulan, aku bawak dia pergi vaksin. Sekali pergi, dekat vet kerajaan, harga RM25. Then kena pergi pulak bulan depan tu. Cukup pergi dua kali, tahun depan pulak. Ha macam tula. Lepas je dapat vaksin kali pertama, aku dah bagi kebebasan sikit dekat dia. Dia ni kucing indoor, tapi selalu meronta2 nak keluar rumah jadi aku bagi jelah, cuma waktu maghrib tu aku panggil dia balik rumah semula. Dia pulak faham2 je kalau aku panggil time maghrib terus masuk rumah hahahahha.

    Minggu lepas, umur dia dah 7 bulan. Aku pun buat appointment dengan vet swasta untuk mandulkan dia. Sebab kitorang kan tak pernah bela kucing, dan sekarang ni musim PKP ni ada masalah kewangan sikit so memang taklah nak bagi dia bunting. Lagi pun kalau mandulkan kucing, mahal waktu tu je. Kalau untuk long term, jimat banyak duit. And also, dari sudut kesihatan pun banyak manfaat dia kalau kita mandulkan kucing.

    

    Ni Olivia lepas baru balik daripada vet after surgery. Muka tu still terkesan daripada analgesia lagi. Kan ada luka dekat bahagian kaki dia kan. Kalau dulu, operate dekat tengah2 perut kucing tapi sekarang ni dia operate daripada tepi, dekat dengan kaki. And then kan ada stitches. Aku tak sempat lagi beli e collar aka cone of shame tu, dia dah cabut dulu dah benang tu huaaa!

    Jadi aku tengok dia betul2 sementara tunggu papa mama belikan e collar. Sebab taknak bagi dia jilat luka dia. Takut jadi makin teruk huhu. Pastu aku call Dr. Dr kata lambat sikitlah baik luka tu kalau takde jahitan tu huhu. Tapi takde masalah pun sebab jahitan yang luar je tercabut. Jahitan bahagian dalam still selamat alhamdulillah. 

    Dr pesan suruh kurung dia dalam sangkar selama dua minggu untuk elakkan banyak pergerakan. Kesian jugak weh tapi nak buat macam mana kan, kalau biar keluar nanti takut luka tu infected.

    Awal2 kurung dulu dia asyik meow je tapi sekarang dia macam dah terbiasa so asyik tidur je hahahah nanti mesti gemuk ishhh tapi takpelah sebab comel hehehe.

    Apa yang tak best pasal kurung dia ni, aku kena letak litter box dia dalam sangkar. Sebab semenjak ada Olivia ni parents aku dah belikan closed litter box. Closed litter box ni best sebab dapat kurangkan bau pastu kalau dia asyik kambus2 pasir tu biasanya kan bersepah, tapi pasir tu jatuh dalam ltter box tu je. Tapi bila letak dalam sangkar, kadang2 tu bila dia kambus ganas2 sangat, pasir tu akan terkeluar dan scatter atas lantai so satu hal pulak aku kena bersihkan lantai setiap kali. Hm tapi untuk dua minggu je so takpelah.

    Tak sabar nak tunggu luka dia sihat pastu nak tengok dia aktif balik hihihi!

    Btw sepanjang 5 bulan jaga dia ni, aku rasa puas hati dan terharu sangat bila tengok dia makin membesar, badan dia makin memanjang.. Sumpah tak sabar nak tengok dia macam mana lepas setahun sebab umur setahun kan dah adult hehe

    Korang tau tak, ada sekor kucing jantan hitam ni selalu datang rumah aku tau, duk meow meow. Before Olivia dimandulkan ni, aku selalu geram tengok dia duk dekat2 dengan Olivia. Aku pun google la boleh ke kucing bunting masa dia kitten. Pastu aku terkejut sangat sebab kucing dah boleh bunting seawal 4 bulan!! Aku punyalah risau pastu asyik halau je kucing jantan tu! Dahla kucing jantan tu asyik meow macam nak mengawan. Tapi nasib baik Olivia tak period lagi masa tu.

    Kucing pun baligh tau! Untuk kucing betina, diorang akan undergo satu process yang dinamakan 'heat'. Bila diorang dah undergo heat, maknanya diorang dah matang dan dah start gatal untuk cari pasangan. Dan kucing yang undergo heat ni akan berubah perangai, kencing merata apa semua tu. Tapi aku dah mandulkan Olivia so insyaAllah takde benda2 macam tu.

    Kitorang satu family panggil kucing jantan hitam tu boyfriend Olivia hahahahaha semenjak Olivia terkurung dalam sangkar ni, kucing jantan tu tak datang dah rumah kitorang. Baguslah tak datang sebab dia pernah kencing berak merata tau dekat halaman rumah kitorang!

    Pernah sekali tu ada muntah kucing. Aku risaulah ni takut Olivia sakit. Tapi bila tengok muntah tu, ada roti. Maknanya kucing tu makan roti. So aku tak risau la, maknanya dia muntah sebab makan roti. Sebab kucing kan takleh makan roti. Kalau kucing korang boleh makan roti, rare gila hahahaha.

    Tapi bila check cctv, rupanya kucing jantan tu yang muntah. Dahlah muntah atas kereta papa!

    Aku ada baca, kalau nak bulu kucing kita cantik dan tak mudah gugur, bagi dia dry food and wet food. Jangan sesekali bagi makanan macam ikan, nasi, atau pape lagi makanan manusia. 

    Okaylah tu je. To many more years living with Olivia! <3 

byeeee! :)


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 26. Thank you for visiting my blog and please enjoy reading them. Feel free to follow me if you'd like. I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me