Thir
2 weeks 5 days + unconfirmed days
Sunday, 15 June 2014 | 2:48 pm | 0 comment(s)
Alhamdulillah 'ala kulli hal! Jom zikir sambil baca!
Assalamualaikum, assalamualaiki, assalamualaika, assalamualaihi, assalamualaiha, assalamualaihum.
Ok wat bajet jap well i tak pergi sekolah harini. CORRECTION, aku pun tak pergi balik asrama lepas cuti 2 minggu 5 hari!

"Wehhh, sape ajar ponteng sekolah haaa?"
Don't worry. Ponteng bersebablahhhh. WHY? Ok sebelum cerita dengan lebih lanjut, let me take a selfie first. Ehh, hehe gurau. Nak cerita kronologi sepanjang and sebelum cuti ni.

Alhamdulillah sebab sebelum cuti ada exam. Kalau lepas cuti ada exam, mesti tak syok! Sebab apa? Dah sebab tak boleh enjoy cuti puas-puas hehehe. Sebelum exam, macam-macam ah jadi. Hehe memang ah macam-macam sebab 4 bulan kot tak update blog ni! Aku nak pendekkan cerita je. Bulan 3 haritu, ada exam jugak.

Alhamdulillah lagi sebab keputusan yang ok lah. Huhu takleh kata excellent sebab i'm not the best among the best but surely i'm the best in my family's eyes! Ok mengarut. Dalam batch tak dapat pun top 10. Top 20 je. No 1 kekal orang sama sebab dia tu mumtaz! Hebat! Hehe InsyaAllah aku akan ikut jejak dia.

Lepas tu ada pertandingan kalam jamaie peringkat Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM). Mula2 ada ujibakat. Ustaz Hadi yang handle. Alhamdulillah terpilih masuk kalam jamaie. Lepastu berlatih setiap malam. Mula2 berlatih tu 'jenggg' gok ah. Lama2 bila dah berlatih je selalu, semua dah macam sepakat, kerjasama antara banin (lelaki) and banat (perempuan). Selingan, asalnya banin tu maksudnya anak lelaki and banat tu anak perempuan. Lebih kurang macam bin dengan binti :) Ok habis selingan. Lepas berlatih berlatih berlatih sampai jadi Mat Lekat (ok gurau ni bukan iklan MILO), finally dapat no 2 peringkat zon. Nasib baik jugak no 2 pun dapat pergi peringkat daerah. Ada 4 zon. Zon A, B, C, D. Semua sekolah Imtiaz tergolong dalam zon C. Lepastu dua daripada setiap zon dapat bertanding ke daerah. Hm lepastu lepas dapat no 2 tu, berlatih pulak and tukar apa yang patut.

Masa peringkat daerah tu sedih sikit sebab takde nombor. Takpelah as long as we've done our best! Hehe rindu nak berlatih setiap malam and ponteng waktu sekolah ;) Lepas balik peringkat daerah tu, patutnya ustaz kata nak pergi shopping kat Mydin Mall tapi tak jadi huaaa. Semua pakat sedih belaka and sedih belaka and sedih! Baru nak release tension. Sampai kat dorm, semua pakat gurau2 gila2 and lakonkan balik macam masa kalam jamaie. I MISS THIS SERIOUSLY!

Lepas kalam jamaie, dua minggu lepas tu midyear exam. Disebabkan budak ni seorang yang suka study lastmin, maka terjadilah prep yang sepatutnya sampai 10.45 and budak ni dengan geng dia sengaja balik lewat sampai pukul 11. Lepastu sambung pergi dorm geng dia and study sampai 3 pagi! TAKENOTE, JANGAN CONTOHI SI PEMALAS INI hehehe. Jom berubah! Study bukan untuk exam!

Lepas habis exam, hari Ahad and Isnin sebelum cuti sekolah tu ada projek besar. Projek Mega PSK 2014. Yeay yang ni the best part! Kitorang kena buat mural kat dinding tangga. Ok first impression bila cg bagi projek ni dekat F2, "what? ok not interested and i'm not talented." "what? dekat tangga je? muat ke? Please don't get me involved" (ceh bajet cakap english haktuih hihi)

Lepas dah buat projek tu sikit2, hoho memang awesome ah! Comel! Rasa bangga bila dapat sumbang tenaga dekat sekolah. Happy. Tapi tak siap sepenuhnya lagi sebab nak sambung lepas cuti. Macamm mana agaknya projek tu eh? Dahlah aku tak datang asrama lagi ni.

Dan bermulalah cuti-cutiiiiiii.....
Disebabkan aku bersekolah dekat negeri pantai timur, (nanananana GANU KITEEE) jadi start cuti hari Selasa. Hm ke pantai barat cuti selasa gak? Entosss lasss. Kalau budak asrama nak balik rumah, boleh balik hari Isnin lepas balik sekolah.

Rehat dekat rumah lepastu hari Khamis tu balik kampung. Sebabnya nak konvoi dengan saudara-mara nak pergi Tok Aman Bali Beach Resort dekat Tok Bali, Kelantan. Bakpeeeee? Bakpo? Kenapa? Sebab apa? Hehe ada keluarga aku ada family day. Blabla rasanya ceritera masa family day takyah cite ah. Cuma nak cakap, kat situ first time aku berkayak! Hehe unforgettable memory!

Lepastu jalan2 kat Kelantan. Pi Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru (dapat beli satu jubah for hari raya kat sini. Banyak choice!), KB Mall lepastu balik semula Paka.

Rehattt lagi dari Ahad sampai Isnin JE, pastu Selasa tu travel ke Johor. Tidur dekat Tunes Hotel dekat Danga Bay, JB. Untuk apa? Legoland lagi? Hamboi takde kuasa nak pi banyak kali. Kitorang satu family nak pegi USS dekat Singapore. First day (Rabu) memang cadang nak pusing2 Singapore dulu pastu second day baru USS. Almalangnya disebabkan kami naik kereta je, so tak buat preparation langsung nak pi sana! Ada passport je!

Peringatan buat yang nak pergi Singapore, pastikan convert dulu duit MY ke duit Sg ok. Nanti jadi susah macam family aku. Ok mentang2 singapore jekan, dekat je dengan MY. Ingat takyah convert keeee?

Lepastu kalau nak communicate dengan ahli keluarga tersayang menggunakan phone, pastikan roaming anda pun diactivate jugakkk. (hehe almaklumlah saya baru budak sekolah menengah, actually tak faham roaming ke apa semua tu tapi kongsi je dengan anda semua. Kalau nak maklumat lanjut, tanya pihak berkuasa okeyyy)

ATM pun kena diactivate biar boleh buat keluar duit dekat sana. In case kalau duit habis. Lagi pun nilaian 1 dolar singapore bersamaan dengan rm2.50 lebih2. Mahal kotttt. Australia pun mahal gak. Aku taktahu nilaian duit dia panggil dolar ke apa tapi panggil jelah hehe. Kita ambil contoh 1 dolar diorang macam 3 ringgit kita ah. Tapi masa aku pergi Perth dulu, aku baru 9 tahun. Hehe budak kecik lagi so do i care? ;D

Akhirnya lepas travel tak sampai 2 jam, balik semula Johor. Silakan gelak. Hehe Lepastu jalan2 dekat Johor Premiun Outlet (JPO). Hoho memang best shopping situ sebab jenama2 yang hebat2 macam Hush Puppies and so on tu semua ada sale! Ada yang sampai 50%! Pastu pi makan dekat Baskin Robbins. Masa tu hari Rabu. Rasa rugi pulak tak pakai baju pink masa tu dahlah aku ni pink lover! Kan setiap Rabu kan BR buat pink day. Maknanya siapa yang berpinkpink bagai tu dapat sale lah kot. Entahlah baru first time rasa BR and aku tak berapa minat mana hehe sebab manis sangat.

Keesokannya, alhamdulillah sebab dah buat preparation bagai. Naik bas je kali ni. Bertolak dari tunes hotel lah. Senang sikit bila naik bas. Takde ah pening kepala tengok imigresen yang berbelit-belit kalau naik kereta.

Haaa pengalaman dekat USS paling best! Kalau nak compare dengan Legoland MY, best USS lagi hehe. Permainan dia lagi gempak terbilang kevavoom. Masa tu kesian dekat Nabihah adik bongsu aku tu sebab dia sakit mata. Kalau dalam sains f2, conjunctivitis! Alhamdulillah dia tak menangis.

Balik dari USS, keesokannya pulak ke KL, sebab parents nak settle hal rumah ok wtever malas sentuh hal tu.

Asalnya tidur dua malam je dekat KL. Tapi tetiba papa kata "nok tamboh satu malam lagi dokkk?" wkwkwk mestilah nak! Kitorang pun jalan2 ah! Pastu dapatlah beli cover baru untuk phone i ni haa sebab dah rosak. Nabihah buat rosak -___-

Hari Ahad tu akhirnya sampai Paka. Alhamdulillah. And dikejutkan dengan satu berita yang hari Isnin kena balik kampung. Hewhew bukan taknak balik tapi letih :( Tapi terpaksa balik sebab mama ada hal and mama nak aku teman. Balik tanpa papa sebab papa kerja. Selasa maghrib tu balik semula Paka. Lepastu aku siapkan folio geografi yang tergendala. Hehe alhamdulillah siap jugak folio ni! First time tahu kena buat kerja ni, "makk aiii susoh wehh" tapi senang je alhamdulillah.

Haa dah sampai pun pada cerita yang jadi tajuk post ni. Pagi Rabu tu, aku bangun tidur dengan mata yang susah nak buka. Kenapa? Huhu conjunctivitis, jangkit dengan Nabihah. Lepastu keluar bilik and tengok papa pun sama! Kitorang pun pergi klinik. Papa dapat MC. Aku takyah sebab cuti lagi kan.

Sepanjang sakit, aku act biasa je. Sebab alhamdulillah sakit mata ni tak menyebabkan aku takleh buat kerja lain. Masih boleh hafaz al-qur'an, tengok tv, main phone... Lepastu hari apa entah, mama pulak sakit mata. Nabihah pulak macam dah makin sembuh.

Cuma ada satu part tu, aku rasa lemah semangat. Sebab tiap2 kali sujud masa solat, akan rasa sakit mata. Bila aku fikir balik, sakit ni penghapus dosa.

Nak tahu tak kenapa sakit ni penghapus dosa? Sebab sakit ni satu ujian yang akan menguji kesabaran dan keimanan kita. Kalau kita sakit and kita redha lepas tu tak salahkan Allah, insyaAllah dapat pahala. Tapi kalau sakit and kita asyik maki2 hamun pastu marah Allah, bukan dapat pahala tapi dapat dosa!

Allah bagi kita sakit sebab Allah nak suruh kita taubat, nak suruh kenang balik dosa2, nak suruh beribadat dekat Allah selalu. Ada satu kata2 ni, lebih kurang macam "tiada orang yang beriman melainkan dia diuji" wallahua'lam aku tak ingat ni hadis ke kata2 ke apa (aku ni wpun sekolah agama tapi ilmu tak banyak mana. Huhu) tapi ayat tu bagus lah.

Sedangkan nabi pun diuji dengan pelbagai ujian! Kena lempar dengan najis, rakyat taknak terima Islam and so on.

Aku ni setakat sakit mata tahap tak kritikal pun dah lemah semangat. Satu lagi, bila kita makan ubat, kena ingat. Allah yang menyembuhkan. Bukan ubat. Ubat tu hanyalah jadi perantaraan. Allah menyembuhkan kita melalui ubat. Kalau kita anggap ubat tu yang menyembuhkan, boleh jadi syirik.

Kalau Allah tak izin ubat tu untuk menyembuhkan, tak sembuh juga. Sooooo contohnya kalau Allah izinkan air masak yang kita minum setiap hari tu untuk menyembuhkan, boleh jadi je sembuh. Ingat ni,

Kalau Allah kata Kunfayakun. Jadilah! Maka jadilah ia.
Hehe sambung balik cerita. Lepastu cuti pun habis. Sepatutnya balik asrama semalam sebelum pukul 6 petang tapi aku tak pergi sebab sakit. Dapat MC sampai Isnin tapi kalau tak sembuh juga, minta pulalah MC dengan doktor! Hm sedih juga takleh pi sekolah. Rindu. Apa khabar mural? Kawan2? Dorm? Kelas? Cikgu2? Ustaz ustazah? Sekolah? Asrama?

So sebab tulah tajuk ni berkisarkan cuti 2 minggu 5 hari tapi tambah pula cuti yang tak confirm lagi berapa hari. Setakat ni seharilah. And satu lagi.

Kan sakit mata ni penyakit berjangkit. Jadi satu family kena. Tapi Izzah adik kedua aku tu je tak kena. Kenapa? Allah knows best. Kunfayakun! And alhamdulillah Nabihah pula macam dah nak sihat. Tolong doakan, thankyou!

Fi hifzillah (dalam penjagaan Allah), assalamualaikum :)

Yeay post harini panjang daripada biasa. Almaklumlah 4 bulan menyepi ;) Maaf kalau guna 'aku' untuk orang yang lebih berusia and mitok maaf kaluu nyampohh bila orang ganu guna KL ;) And maaf kalau curi gambar. Kita google jee.


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me