Royos Boyos Boros
Friday, 25 July 2014 | 11:24 pm | 0 comment(s)
#xanthrons1317
Assalamualaikum dan salam harmoni :D
P.U.A.S.A.
Mengajar kita banyak benda
Kita dapat rasa macam mana orang susah yang jarang2 makan
Kita dapat tahan diri kita dari buat dosa
Kita dapat jimat duit
Badan kita akan sihat sebab diet yang bagus
BAAAANYAK LAGI
Sekarang ni aku ada kat ruang tamu, duduk depan tv. Buka tv3, ada movie nama 'signs', cerita lama dah tapi aku tak pernah tengok lagi. Hehe tapi semestinya aku tak fokus tengok cerita sebab jari asyik sibuk menaip.
Entri haritu aku ada kata yang aku sakit mata. Alhamdulillah dah sebulan lebih dah baik daripada penyakit tu. Lepastu aku pergi lah sekolah. Tuptup baru dua hari pi sekolah, sakit pulakkkk. So kena balik. Masa dapat MC, aku nangis depan doktor! "Ni first time saya tengok orang nangis sebab dapat MC" Doktor tu terkejut jugak ah. Sebab apa? Ok siapalah tak suka MC kan. Tapi sebab Khamis tu aku ada pertandingan nasyid! Huaaaaaaaaaaaaaaaa rasa sedih gilaaaa sebab tak dapat masuk. Hm apakan daya, takdir ilahi, ada hikmahnya.
Okay enough talking about my illness.
Tahun ni terawih pertama, sahur pertama, iftar pertama semua di sekolah. Pengalaman :) First day sahur, aku orang pertama dalam dorm yang bangun awal. 4 pagi beb! Mandi2 pastu 4.30 pi dewan makan. Seminggu jugak ah aku bangun awal. Lepastu start bangun 4.30.. Pastu sahur pukul 5. Seminggu lepas tu pulak lewat lagi -_- So kalau bangun pukul 5, aku akan pi sahur dulu. Balik sahur tu baru ah mandi. Tapi setakat ni baru 4/5 kali miss sahur kat sekolah. Hehehe, rajinnnnn kan?
Alhamdulillah dahh tahu dah nombor dalam batch. 14 out of 118. Huhu bersyukur jelah. Tapi menurun. Haritu 12.
Nak dijadikan cerita..
Beli kasut raya. Pastu kasut tu besar sangat saiz dia dengan aku! Mama pun marah ah. Mama kata membazir. Pastu jual balik kasut tu. Harini beli yang baru. Okey sebenarnya cerita ni panjang dan menarik tapi aku malas nak taip panjang2. Kelihatannyaa movie tv3 semakin menarik. Fokus menaip terganggu ;)
Ahad malam isnin baru2 ni, ada buat iftar batch kat dewan ulul albab. Mula2 berbuka di dataran merah dekat blok akademik. Lepastu solat maghrib kat dewan. Lepas solat maghrib, ada game.
Ni yang nak habaq niii. Game tu sek2 banat yang buat termasuklah aku.
Gmae tu mengenai batch kitorang. Setiap 118 orang ada satu soalan tentang dia. Macamharijadi ke pape ke. Tapi kitorang tak tersedar yang kitorang telah buat soalan memalukan dekat certain orang. Memanglah ramai orang kata game tu best tapi ada jugak yang kitorang malukan dia. Astaghfirullah. Aku tak sedar pun pasal ni. Aku ingatkan gurauan ni biasa je. Lepastu ada banin kata ramai banin tak puas hati. Malulah jugak. Hm Laghonya diri ini! Sepatutnya bulan ramadhan ni bulan nak kumpul pahala, tapi tukang2 buat soalan ni semakin banyak lagho. Astaghfirullah! Minta maaf eh dekat orang yang tak puas hati dengan soalan pasal dia :) mianhaeyo, mianhata, mianhae, ana asifah!
Ok enough lagi about that.
Lepas game, solat isya', terawih, witir. And then lepastu start moreh sambil ditemani qasidah oleh banin2 F2. Wohooo hebat! Best diorang buat. Baru aku tahu ramai orang berbakat dalam batch aku.
Lepas qasidah ada tayangan. Ada video Mr The All Shared, pasal ramadhan, andada cerita insidious chapter 2, tapi kejap2 je semua sebab 11.30 kena settle belaka dah termasuklah kemas dewan. Dahlah aku tak dapat tengok dengan fokus sebab kejap2 kena agih cocktail, agih satay, agih air.. Blablabla huaaa.
Lepas habis semua tu, ambil gambar batch hehe macam gambar atas sekali tu. Jujur kuakui (skema), lepas batch aku ni ada nama ni (xanthrons), aku rasa excited sangat dengan hal2 berkaitan dengan batch. Hehehe. Jadi bersemangat.
Okey ada cerita di sebalik jamuan batch. Sebenarnya sek2 banat menentang hebat jamuan yang minta kena bayar rm6 tu. Masing2 takde duit and takmau bayar! "Selama ni bila banat minta duit kelas, macam ah banin nak bayar? Awak takyah kumpul lagilah. Biar banin rasa apa yang banat rasa selama ni." Tulah antara komen2 yang diutarakan. Lepastu aku paksa diorang bayar jugak sebab banin nak malam tu jugak. Lagipun tu kan tanggungjawab. Kena tanggung. Kalau tak tanggung, nanti nak jawab apa dengan Allah kat akhirat?
Malam tu aku berjayalah jugak kumpul duit dari setiap orang. Pastu pi jumpa ustaz kat kafe. Banin pun ada gakkk. Yang tak puas hatinya, banin baru kumpul separuh daripada duit yang patut dikumpul! Ya Allah! Rezaknya hati hanya Allah yang tahu... Sebab petang sebelum malam tu, banin suruh aku kumpul secepat mungkin and bagi malam tu jugak. (aku pun takut ah and jadi mokcik turut)
Pastu mama kata bagus ah sebab cekap kumpul duit. Huhu..... Banyak lagi kes2 tersembunyi sebelum jamuan. Malas cerita ah. Menyakitkan hati je. Alhamdulillah nasib baik ah jamuan tu berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.
Okay goodbye, i want to continue focusing on Signs, movie on tv3. Hehehe. Mama pun dah berleter. Sepatutnya kena tidur pukul 11 (hm budak berjaya D:) Tapi aku minta extend time sampai 12, habis cerita signs. Okay alasan je tu. Sambil tengok tv, wpun nanti dah tak taip untuk entri dalam blog, nanti mesti taip dalam phone pula. Hehe wtever la. Penutup pun panjang berjela-jela. GoodNight. Selamat bersahur. Kalau bagus lagi, cari lailatul qadr. Huhu, remaja zaman sekarang susah nak bangun. Lagho! (taip je lagho tapi hati dan akal dan otak tak sedar2 juga. Takpe ah sama2 kita ubah)
Solat pun dekat akhir2 waktu
Solat tak khusyuk
Asyik main gadget
Sampai bila nak berubah?
Mana akhlak seorang muslimah yang mukminin?