Entah
Saturday, 13 September 2014 | 11:00 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum and a very good morning to all judges, teachers, and dear fellow friends. Ok nyampahhh!
Jom review balik what sins we all have done! Before baca cerita2 yang aku nak cerita ni, ingat dulu dosa2 lama.. And segala 'TER'. Ambik iktibar, jangan sekadar 'ingat' dan kata 'okay who cares?'
Kita tak maksum. Mesti ada buat dosa. Walau dosa sekecil kuman pun tapi tetap kita ada dosa. Kita tak patut pandang remeh dekat dosa2 yang kita buat sebab dosa tetap dosa. Kita patut rasa rendah diri dengan Allah sebab dosa yang kita ada. Hatta buang sampah yang menyakitkan pandangan mata/memudaratkan pun dosa kecil. Jangan pandang rendah! Dosa kecil pun, bila banyak kali buat, jadi besar jugak!
Waduhh, dah dosa banyak, macam mana nii??? Taubatlah. Allah suka hambaNya yang bertaubat. Kita akan rasa tenang kalau taubat dengan ikhlas.Buatlah solat sunat taubat. Doa biar Allah ampunkan dosa-dosa kita yang banyak sampai tak muat alam tu. Semua orang berhak untuk bertaubat. Sebesar mana dosa kita, Allah akan ampunkan dosa kita kalau kita taubat dengan ikhlas.
Jangan tunggu tua baru nak taubat. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jangan tangguh nak taubat tu. Tengok2 tengah baca post ni ke meninggal. Ataupun esok, lusa, tulat.. Bila2 je Allah boleh tarik nikmat bernyawa yang kita kecapi sekarang ni. Sebab tu lah jangan kufur nikmat.
Okey jom start cerita! Yeayyyy!
Minggu lepas kepada minggu lepas kannn, masa minggu outing kann, kitorang yang kalam jamaie dulu tuu ada lawatan. Pi kl selangor je tapi overall best lahh.
Mula2 Khamis tu balik sekolah awal, pi siap2 kat asrama. Pastu bertolak lah ke kg baru, sebab kat situ ada asrama yayasan. Menginap kat situ ah maknanya. (turutan tempat yg dipergi yg dimention kat bawah ni tak semestinya betul. Takut tertukar je. Tak ingat)
Esok pagi tu, pi SAMTSH tapi boleh panggil samtish, sekolah agama menengah tinggi sultan hishamudin. Sekolah tu hebat dalam debat bahasa arab. Seingat aku, haritu sekolah tu boleh pi peringkat kebangsaan. Sekolah aku pun okkk.
Pastu diorang suruh sekolah aku buat persembahan kalam jamaie. Waduhh nasib baik ingat. gagap sikit sangat je. Dahh lama dah ekpunnn pertandingan kj. So tak ingat mana ah.
Ehem sebelum terlupa, masa haritu kitorang pakai baju KJ. Comel! Warna purple.
Lepastu, kitorang pi taman botani dekat Shah Alam. Dekat bukit cerakah (tu nama lama. Nama baru entahlah. Lupaa). Kat situ ada rumah empat musim. Waktu kitorang pi tu, tengah musim luruh. Best gak ah. Indahh n sejuk!
Then, pi SACC. Ada pesta buku. Sebelum tu solat zuhur kat sacc mall. Banin tak solat jumaat. Musafir.
Pesta buku tak ah besar macam pbakl kat pwtc tapi bolehlah. Aku beli komik misi straight a and novel tajuk 'pinjam'. Sinopsis macam sedap. Tak baca lagi. Hehe kalini tak beli buku ain maisarah. Sebenarnya nak beli. Yang latest tapi takpe ah. Tahan nafsu. Sebab masa tu dah beli komik n novel. So tak beli ah novel ain maisarah. Baik beli dengan parents, hehehehehehehehhe.
Eh baru teringat. Pi pesta buku dulu ah baru taman botani. Kitorang stay kat taman botani sampai 4.30. Setengah jam je sebab dah nak tutup.
Lepas tu pi rumah 'izzati arinie. Besar kotttt rumah dia. Kat Meru, Klang. Pakat makan bbq. Best. Ayam cecah bbq. Hoho. Masa tu ah tumpang mandi, cas henfon, tengok tv xD and paling penting selfie bebanyak.
Then, pukul 10 bertolak pi icity (patutnya kul 8. biasalah adat lawatan) Tu pun tak best. Ustaz bagi masa setengah jam je. 11-11.30. Huhhhh sedihhh
Esokannya, yang ni part paling best haaa. Pi berjaya times square. Main kat taman tema. Masa ni lagho banyok. Uishhhh. Rumah hantu dia best! Tak sama macam i-city, biasa sangat. Tips kalau nak pi rumah hantu kat bts, jangan jerit. Kalau tak jerit, takde orang datang kacau. Tapi kalau jerit tengok hantu yang dia letak statik tu, nanti ada hantu bergerak mai kacau. Hehe tapi baik jerit, baru best sikit hahahahahaha.
Memandangkan ni first time aku pi taman tema kat bts, jadi excited lebih ah. Cuma yang sedihnya, tak sempat main roller coaster. Padahal tu yang best skali! Tak sempat sebab nak bertolak balik sekolah pukul 2. Dahlah pukul 2 baru bukak roller coaster and certain2 game lain yang best! Huhu takpe ah.... Pastu keluar dari theme park and makan2, solat, shopping!
Pastu harini baru aku boleh menulis blog sepanjang dah dua hari cuti sebab aku baru je start cuti. Hari khamis baru2 ni aku pi Kompleks Imtiaz Besut. MasyaAllah sekolah dia besar sangat sangat sangat macam U! Rasa macam nak pindah sekolah je f4 nanti hehehe sek2 imtiaz dungun jangan marahhhh.
Aku pi situ sebab ada Karnival Ulul Albab, himpunan kesyukuran imtiaz. Kelima-lima imtiaz pi situ. Aku pi atas dasar masuk pertandingan memanah. Alhamdulillah 5/11 walaupun tak dapat naik pentas and ambik hadiah. Yang tu 1-3 je.
W/pun smid tak jadi johan keseluruhan tapi aku tetap bangga! Sebab lagipun selama ni banyak pertandingan yang sekolah aku menang. Kalini kasi chance hehehehe.
Nampaknya masa mencemburui aku. Dia kata dia jeles sangat dah! Hehe ok kul 11 kena tido.
Ni nak bagi kata2 buat pemimpin2 khalifah2 di luar sana
Being a leader is not about telling them to be good
It's not about asking them to be good
It's not about 'jaga hal tepi kain orang'
Being a leader is to show them to be good
So, Ok betullah tu. Boleh suruh orang jadi baik tapi seiring dengan kita pun jadi baik. Biar orang pun rasa sejuk je dengan kita hehehe. Jaga tepi kain orang bagus untuk certain things but please don't too over.
Byee! Ihfazillah fayahfazkum!