Thir
January Baby
Tuesday 16 January 2018 | 11:26 am | 0 comment(s)
Assalamualaikum warahmatullah,

Finally alhamdulillah I AM 18!! Hehe taknak cakap english pun saje je.

Sorry la post lambat, bukan masa birthday. Ni dah 4 hari dah berlalu. Tahun ni special la sikit sebab buat majlis. Rasa macam dah mention dalam post sebelum ni. Sebenarnya ni kali kedua buat majlis hari lahir. Pertama kali masa umur 9 tahun. Masa tu pakai gaun takde lengan ok uols hahhahahahah. Tapi kan 9 tahun kan kecil lagi jadi tak ajak ah kawan2. Tak rapat mana lagi, rumah tak kenal, taktahu macam mana nak contact, masalah pengangkutan diorang...

Jadi ajak jiran2 je. Masa tu happy gila ah sebab dapat banyak hadiah hihihi. 

Tahun ni, sempena dah habis spm la kononnya, buatlah juga. Bezanya, aku cuma cakap ni majlis makan-makan(malu la weh umur dah 18 minta hadiah). Kalau sape2 ingat tu biarlah kalau dia bawa hadiah pun. Tapi banyak juga hadiah tahun ni hehehehheheheheheheh *sengihnakal*

Mungkin ni best birthday ever la kot. Walaupun ramai jemputan tak hadir (laki batch aku tak datang langsung sorang pun sebab sibuk), tapiii first time rasa reunion 6AB (sekolah rendah) yang havoc hoho.

Selama ni, reunion cuma pergi makan dengan senyap lepas tu ambil gambar. Kalini macam wow ah rasa rapat sangat.



Ahhh semua dah besar, rasa macam tak percaya la pula. Semua makin cantik, makin hensem.

Kalini Tina pun datang, walaupun dia bukan kelas aku dulu tapi dia TNN haa lama tak guna nama TNN hahahahahha. Cuma yang spoilnya sebab Izzah ah tak datang. Masa tu dia ada latihan drive.

Kalau dia datang, lengkap ah kitorang berempat. Sebab kali terakhir gambar berempat masa DARJAH ENAM wehhh! Yang lain mesti tiga orang je. 

Seterusnya, hehe ni kawan2 Xanthrons terchenta!!! Yang menariknya, Cikgu Rodzi dan anak-anak pun ada! Geng2 ni tak rindu sangat sebab jumpa selalu dah hahahahhahahahahh (ok ok jangan terasa) Takpe, tak rindu tak bererti tak sayang kan?



Masa ni dah ada yang rush nak balik, sebab tula takde gambar yang proper. Kalaulah ada juga gambar yang macam kat kerusi tu mesti cantik! 

By the way, terima kasih kepada semua yang dah wish birthday aku, yang sudi ingat birthday aku (walaupun tak penting), yang bagi hadiah, yang datang rumah semua tu. Thank You!

Terharu la juga sebab ada tu siap edit gambar, ada yang wish panjang gila! ada yang bagi video, reka certot, bagi voice note, tolong doa, bagi nasihat la. AKU HARGAI!

Semoga lepas ni aku jadi insan yang lebih berguna untuk agama, keluarga, negara, bangsa, kawan2, guru2, dan semua orang la.

Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup aku. Minta maaf kalau ada salah silap. Doakan aku dapat capai apa yang aku nak, aamiin.

 Goodbye!

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me