Thir
How do I study?
Thursday 22 March 2018 | 8:47 pm | 1 comment(s)
Assalamualaikum wbt.

Hehe it’s been a long time since my last post.

Dah lama tak cite pasal life aku kan. Bukan busy sangat pun, tapi lately laptop ada problem. Kalau sebelum laptop ada problem tu, aku yang malas buka laptop hihi. Tapi post kali ni sebab tak sabar sangat, buat post melalui phone je.

Ada request aku bagitau cara study and tips semua tu kan so i’ve been thinking to do so but at the same time, nak cite pasal apa yang aku dah buat for these 3 months. Hmm pasal ni pun keliru hehehe.


CARA STUDY 

Ok sebelum membaca part bawah ni, harap jangan judge apa2 macam “ok dia takpe ah study gini sebab dia tu gitu gitu  eleh eleh” sebab semua orang ada cara study sendiri dan kita kena respect orang punya cara study.

As for me, I’m not the type to stay up late. I prefer tidur awal bangun awal. (Hehe tapi biasanya aku takde ah bangun awal sangat pun)
Ok aku jujurlah eh. Ni cara aku study. Mungkin tak membantu mana tapi bolehla..

Aku bukan seorang yang studyyy je setiap masa. So kalau hari bukan exam atau bukan a week before exam, aku akan tidur awal dan bangun macam orang lain bangun. Tak ah bangun awal sangat. Aku tak ah setiap hari bangun solat tahajud hehe. Kalau bangun awal tu alhamdulillah akan buat ah kalau sempat.

Kalau hari2 biasa, aku biasanya ‘study’ waktu prep. Bukan study sangat tapi bagi aku, homework tu ialah salah satu cara untuk study. Hm teruk ah sebab buku latihan beli banyak2 tapi bersih seperti baru beli. Aku kagum sangat dengan kawan2 aku yang habis lunyai buku latihan sebab buat latihan.

Ok kadang2 (selalu juga kot hehe) sebelum prep tu akan pergi kafe so masuk kelas lambat, lepastu bila masuk tu potpet2 dulu. Hehe. Waktu prep akan menjadi lebih tidak efektif jika aku takde kerja sekolah hehe sebab aku biasanya tak study.

Kalau exam week, aku akan buat study group dengan trio study aku since sekolah rendah tu (sape lagi en). Sebelum minggu exam tu kitorang akan buat jadual study. Contohnya hari ni study apa esok study apa. Jadual tu kalau seminggu sebelum exam, akan berjalan waktu prep ah. Kalau waktu minggu exam, akan berjalan waktu prep plus petang2 kalau tak sempat habis apa yang nak study tu. Jadual tu juga berjalan masa hujung minggu. And setiap subjek akan ada mentor masing2. Contohnya kalau kawan aku tu good in english so dialah jadi mentor english. Dia yang kena sedia apa yang kitorang kena belajar.

Kan aku ada cakap yang aku tak biasa tidur lewat. Hehe tapi untuk subjek sejarah, kan aku tak suka sejarah. Ada sekali tu kan, masa trial, kelas kitorang kan takleh guna untuk prep sebab kelas spm. Pastu kitorang study dekat dewan makan. Orang lain masa tu semua dah balik nak tidur. Tapi kitorang study sejarah sampai pukul berapa entah. Tapi disebabkan aku bukan jenis yang tidur lewat, ya ampun peningnya kepala hanya Allah yang tau. Tak boleh dikira berapa kali aku menguap dan tersengguk. Hana pun macam aku. Izzah je yang ok stay up untuk sejarah masa tu. Haa, untuk subjek sejarah, kitorang study yang buku koleksi objektif spm dan spmu mengikut bab yang ada bagitau m/s dekat setiap soalan yang cikgu kitorang bagi. Untuk junior2 saya, buku tu saaaangat berguna so janganlah tak manfaatkan sebab alhamdulillah, melalui buku tu, kita tau yang soalan objektif sejarah ni berulang2 je cuma twist sikit je and alhamdulillah aku senang nak skor kertas 1 sebab aku ni memang teruk gila kertas 2. Tak pernah pun dapat separuh daripada markah 100 kertas 2 tu haaa teruk kan tapi kertas 1 aku selalu tolong cover so dapatlah markah ok.

Sooo, mesti tertanya2 kan masa bila aku study?

Aku biasanya akan fokus dalam kelas. Tips yang aku rasa paling berguna ah, TOLONG TANYA BANYAK SOALAN DEKAT CIKGU. Walaupun korang akan digelakkan dengan kawan2 korang tapi at least, korang ada usaha untuk belajar. Jangan malu untuk mengaku kita ni bodoh. Ye, sorry sebab kasar sikit tapi kita tanya tu sebab kita tidak tahu! Tapi kan, kadang2 tu aku tau je tapi aku tanya juga sebab nak suruh orang lain tau.

Tapi kan tak perlulah contohi aku sangat pun sebab soalan aku ni banyak mengarut hahahahahahah macam budak sekolah rendah punya level pertanyaan erm tapi takpe ah tanya jeee!

Jangan malu untuk bertanya. Jadi setakat ni aku rasa tu ah cara aku study kot sebab aku akan tanya sampai aku betul2 faham. Hehe aku bukannya jenis selalu tanya cikgu dekat bilik guru. Aku biasanya tanya dalam kelas sebab malas nak bergerak pergi bilik guru (jangan contohi). Cuma waktu exam spm je aku memang study depan cikgu dekat bilik guru time prep heheheheh sebab senang ah nak tanya apa2 kan. Lagipun bila aku buat macam tu, hilang sikit debaran contohnya; “ahh tak study semua lagi”

Lepas tu dalam kelas tu hehe aku bukanlah 100% fokus sebenarnya. Mestilah ada time mengantuk tu terutamanya subjek2 agama hihi teruk betul kan. Aku biasanya akan segar time subjek macam bio fizik kimia addmaths bi dengan sejarah. Yang sejarah tu pelik sikit kenapa aku segar sedangkan aku tak suka kan hehe. So time sejarah tu sebenarnya aku banyak tanya soalan mengarut yang tak berkait dengan exam biar cikgu tak cakap pasal sejarah dalam kelas sebab aku tak faham mana, tak bagi tumpuan mana dan hehe teruk kann! Tapi cikgu sejarah aku samgat sporting so aku tak ngantuk ah. So biasanya akulah orang yang akan digelakkan time tanya soalan sebab soalan aku tu memang mengarut ish ish ish.

Lepastu, buat nota comel2. Hehe tapi untuk nota ni, ada satu je subjek yang aku buat nota yang aku rasa saangat membantu. Subjek tu ialahhh bahasa arab. Ni aku buat untuk paper 1 ah. Nota tu ringkas dan padat je bagi aku. Kepada junior2 I yang nak tau camne nota tu, rujuklah anis aaliyah insyirah hehe tapi kannn setiap orang lain2. Biasanya hanya orang yang buat nota faham nota sendiri je. Dalam nota pula jangan ah tulis belaka kan. Tulis point penting dan biar sampai kita boleh terang sendiri apa yang kita tulis ringkas tu.

Eh ada lagi ah. Subjek kimia dengan bio pun aku faham dengan nota sendiri.

Other than that, aku biasanya ada banyak cara aku hafal. Aku jarang buat akronim tapi ada je buat. Biasanya aku akan ingat nada aku sebut benda tu hehehehe pelik kan. Contohnya, orang lain ingat “kalau nak kawin mesti ada” bla bla tu kan tapi cara aku ingat benda tu ialah aku sebut je benda fu guna nada aku sendiri. Macam muzik ah. Hehe.

Satu lagi, hormati guru kita. Tak kisah ah guru tu sape2 pun. Guru akademik, guru quran, hatta sape2 yang pernah ajar korang tu, tulah guru!

Aku paling tak suka kalau orang tu minta kita ajar, pastu bodoh sombong. Contohnya, kita tengah ajar, lepas tu “tau dohh”. Ok ayat tepi ni dia kena ikut atas nada juga. Kalau nada tu macam ok je tu takpe ah. Ni kalau nada tu macam eeii dia minta kita ajar pastu sombong cuba bagitau terima kasih ke apa ke ish. Hehehe.

So hormatilah orang yang mengajar kamu. Walaupun kadang2 saya termenganjing cikgu juga hehe saya ni bukanlah budak baik sangat so janganlah contohi. Tapi aku dah minta maaf okkk.

Peringatan sekali lagi, aku ulang balik ni, aku jujur je bagitau cara study sebab tu ah ada flaws ni hehe kalau tak semua pasal kebaikan belaka heheheheh.

Tapi kalau ekstrem sangat, aku tak suka ah. Takyah ah kutuk cikgu, tak berkat ilmu. Kau dapat ah straight A ke apa ke kalau tak berkat tu tak guna.

Ok berbalik pada cara study. Kalau exam week, setiap hari akan bangun awal gila so sempat sangat nak tahajud apa semua lepas tu study. Tapi time bm bi maths aku tak bangun awal sangat pun.

Maaflah aku bukannya geng2 warak sangat kat sekolah hehe tapi amalkan la perkara2 yang baik ni.

Haa satu lagi. Solat dhuha jangan tinggal (hm duk rumah ni boleh kira dengan jarinje berapa kali huat). Lepas tu lepas asar baca ah surah ar-rahman dengan al-waqiah.

Jadi main point tentang cara aku study;

1. Fokus dalam kelas!

2. Banyakkan tanya soalan biar sampai faham betul2, jangan rasa putus asa macam “hm takpe ah aku tak faham lagi ni tapi malas ah tanya) KETAHUILAH, soalan yang tertangguh yang “akan ditanyakan” kebiasaannya kita takkan tanya dah

3. Buat nota biar kita sendiri faham nota tu. Tak perlu cantik2 asalkan kita faham dan pus hati dan suka

4. Hormat cikgu!!

5. Study group

6. Buat jadual study time exam

7. Ha yang ni lupa nak cakap kat atas. Biasanya sebelum exam bm yang first kan, aku akan call mama aku malam sebelum tu. Doa biar aku boleh buat. Biasanya time sejarah ah aku akan call memang minta doa betul2.

8. Baca quran, buat semua aktiviti kerohanian la. Sape lagi nak bagi kita kejayaan kalau bukan Allah?

Erm rasanya setakat ni tu je kot. Kalau nak tanya apa2, tanya je. Pasal study tips ke, tanya soalan som ke (hehe tu pun kalau ingat lagi ah insyaAllah)

Erm malas ah bagitau pasal life sepanjang tiga bulan ni. Ni je. Byeeee. Ingat, jangan judge. Takbaikkk heheheheh sorry aku bukan ah kaki study ulat buku semua tu..

Jadilah seorang yang rajin, bukan yang cerdik. Seorang yang rajin dapat mengubah dirinya menjadi cerdik. Seorang yang cerdik tapi malas tidak akan dapat mencapai impian hidupnya. Mungkin harini dia akan dapat apa yang dia nak, tapi akan datang, usaha juga yang akan menentukan halatuju hidupnya.




Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me