Thir
Diet!!!!
Sunday, 23 November 2014 | 10:34 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum again! Second entry for today, huh? Diharapkan tidak bosan! Memandangkan yang menulis ni bukan bloggerfamous, so jangan sesekali menyampah. Blog saya, ruang saya, celoteh saya, sukahati sayalahh! (ajuk cara Jarjit Singh dalam upinipin cakap)

Straight to the point, korang semua reti baca tak? Hehehe kidding. Kalau reti, cuba fahamkan dan hadamkan dengan sebaiknya tajuk entri kalini. It's about diet! Ngehngohngeh. Although orang kata "kau kurus dah." or apa2 yang berkaitan dengan tu, diet tetap perlu!

Uweyoooooo? Why? Dan kenapa?

Sebenarnya kan, diet ni diperlukan sebab nak badan yang sihat! Eh, before terlupa, diet yang seimbang ok. SEIMBANG. Bukan sekadar diet.

Yang pastinya lah kan, kebanyakan orang bila diet je mesti skip makan especially breakfast. Sedangkan breakfast tulah yang paling penting!

Kita tak boleh skip waktu makan kita tapi kita boleh kurangkan kadar makanan yang kita ambik.

Kalau breakfast, untuk makanan yang sihat lah kan, aku syorkan makan quaker oat.

WHAT?!

Kalau kat asrama, bila aku kata makan quaker oat je mesti ramai kata tak suka. Tawarlah, tak sedap, blablabla. Makan benda ni boleh divariasikanlah wehhh. Papa aku kata, quaker oat ni jangan sesekali makan dengan letak air panas! Sebab nanti jadi muak. Kalau family kitorang, suka makan dengan letak susu yang sejuk.



Kitorang suka guna dutch lady. Kalau sape2 yang takleh minum susu, boleh ah try yogurt. Best gila! Kurus and sihat! Hehehe. 

"Letak dengan susu tetap gemuk!"
At least cara ni better than makan nasi lemak setiap pagi kan?

"Makan oat je, lapar ah"
Papa aku dulu pun masa mula2 amal makan camni, lapar gak. Tapi tu sebenarnya mind setting kita je. We could change that! Lama2 bila dah terbiasa, boleh je tahan sampai tengah hari. 

Hehehe bebel bukan main panjang, padahal diri sendiri pun baru nak try makan quaker oat. Cara bebel tu macam dah lama amal je wekkkk.

Aku pun bukanlah banyak sangat ilmu. Kalau nak info lebih lagi bolehlah rujuk sumber2 lain eahh. Ni just perkongsian biar takde dah orang benci quaker oat! Sihat untuk jantung, ok.

Hehe makin rajin aku letak gambar. Almaklumlah dapat kamera. Kamera biasa2 je. Kamera yang beli masa darjah lima tu dah rosak sepenuhnya! Sebab bateri kot? Sekarang ni dapat kamera baru, kenalah manfaatkan sebaiknya terutamanya untuk blog yang tercinta ni! So, tadi buat gedik kejap sebab buat sesi fotografi/shooting bersama model cilik yang bernama Wan Nur Izzah! Yeayyy! Tepuk tangan sikit! 






Hehe. Ada bakat model cilik tercomel tak? Ehehe, kidding. Ni cuma nak penuhkan waktu 'study rest'. Ceh, bajet study sangat. Tapi seriously pandai2 je dia. Pakai baju muslimah hitam and sarung t-shirt. Bajet2 pakai inner ah tuu. Weird but cute. And FYI, style2 koya dia tu bukan aku yang suruh ok. Dia yang buat sendiri. Takyah suruh pun. Almaklumlah, mesti 'kelebihan' tu dia belajar daripada kakak sulung dia yang comel tu kan? Hahaha, ok kidding lagi. Ada banyak lagi gambar tapi takkanlah nak tunjuk semuanya kan?

So, disebabkan cuti sekolah sebagai seorang 'hampir calon PT3' dah tiba, jadi mama buat jadual untuk aku. Erkk. Yang pasti setiap 9 pagi sampai 23.30 tengah hari, tu waktu study. Harini hari pertama berlangsungnya jadual. And yang penting, jadual tu aku tak ikut mana pun. Waktu study, aku banyak curi tulang. Kejap main kamera, kejap pi makan, kejap baca novel. (Nak main handphone or laptop takleh sebab ada waktu khas for semua2 tu. Haihhh)

Waktu free pulak dari lepas zohor sampailah pukul 6. Masa tu bebas nak buat pape. Pukul 6 kena berhenti, pi makan, boleh tengok tv. 6.30 bersiap untuk solat. Kalau tak masuk waktu lagi, kena baca al-quran, pelancarkan untuk hafaz lepas maghrib. 

Lepas isya', barulah boleh main semula sampai pukul 11 and wajib tidur! See? Patutnya pelajar yang berjaya kena gembira dengan jadual tu. Ok ok cuba untuk patuh! Mama siap buat surat akujanji dengan aku sebab taknak aku langgar. See? Parents aku sayang sangat dekat anak sulung dia. Aku je yang tak reti nak bersyukur. Maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan?

Dalam entri sebelum ni, aku lupa nak mention satu benda. Batch kitorang akan kehilangan seorang pelajar ulul albab! Hmm. Sedihlah weh. Saingan tertinggi dah nak pindah. Sebab dia cerdik sangat, dia dapat pergi sekolah permata pintar. Ada ayat dalam wechat kawan aku, "We lost someone, that hurts a lot"

Dia satu2nya banat yang dapat habiskan 30 juz dalam masa satu tahun je. Tahun lepas dia dah jadi hafizah. Dia juga yang selalu dapat no 1 dalam batch tiap kali exam. Dia juga yang jarang sangat kalau nak tinggal qiamullail, tinggal solat dhuha. Betullah kata orang, siapa yang jaga al-quran, dia akan dapat dunia akhirat. Cerdik dunia dia dapat, cerdik akhirat apatah lagi. Cehh, panjang intro!

Dialah Syarifah Tasnim Syed Muzni! Sedorm dengan aku tahun lepas. Dia memang baik. Moga Allah pelihara dia di mana dia berada. Moga dia kekal dengan kebaikan dia sekarang ni. Moga solehah sentiasa. Moga dapat jaga diri dekat sekolah tu, sebab sekolah tu bukan tahfiz and bukan sekolah agama. Sekolah tu ada macam2 bangsa dan agama. So cabaran dia besar sikit and i know you can do it! 

Ok tu je setakat ni. Kalau ada idea datang lagi, ada lah pula entri baru. So harap sentiasa ternanti2kan entri blogger yang biasa2 ni eah hahaha koya lagi! Ngehngehngehhhhh~ Ihfazillah fayahfazkum :)

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me