Thir
PityTree
Saturday, 22 November 2014 | 2:10 pm | 0 comment(s)
PT3!!!!!

Assalamualaikum. Dah lama tak potpet sini. Berapa bulan eah? Kira sendiri.

Ni nak bagitahu perbualan aku dengan partner bed aku ni haa.

Aku: excitednya! F3 doh kitaa!
PB: Awak excited? Saya rasa macam dok mangat je.
Aku: Bakpe puloknye?
PB: Ce bayang. Sekarang ni kita tengah pegang takhta F2. Balik rumoh kekgi, kita campak gelaran tu, and F1 tahun ni akan ambik tahun depan. Pastu tahun depan bila kita mari koloh, kita ambik takhta F3 yang ditinggalkan oleh F3 tahun ni. Sedih je rasa bila semua pengalaman dalam F2 kita kena campak gitu je.
Aku: erk,.
PB: Mesti awak bayang F2, F3 semua tu tulisan besor op. Main campak2 gitu je.
Kitorang: Hahahahaha

Hehe. Motif perbualan tu? Nak kata ni je. Kita semua ni makin besarrrr. Patutnya makin besar, makin banyak ibadah. Tapi major kita semua banyak buat dosa. Jomlah taubat. Kita tak pernah tua untuk bertaubat dan tak pernah muda untuk buat dosa. Faham2lah ayat tu yee.

Satu lagi, rasa sayu je nak tinggalkan F2! Major orang kata, F2 zaman paling best. F1 tak berapa best sebab tak kenal mana lagi perangai kawan2 kita. F3, sibuk dengan PT3 lah blablabla. F4, sibuk sebab baru belajar fizik kimia bio pastu sebab nak persiapkan diri fizikal and mental for SPM. F5? SPM lah beb!

So, manfaatkanlah F2 dengan sebaik2nya. Belajar rajin2, jangan sombong and bergaullah dengan kawan2 yang baik, siapa yang hafaz quran tu, manfaatkan F2 untuk hafaz and murajaah bebanyak, and kutip pengalaman banyak2 buat jadi pedoman hidup. Hehe. Aku rasa menyesal tak buat semua tu sungguh2 sebab zaman F2 aku dah nak habis. Lepas ni start dah kesibukan hakiki hehehe.

And kepada adik2 darjah enam, goodluck for result exam. Tawakal dekat Allah. Masuklah asrama penuh. Best! Seriously! Homesick tu biasalah. Yang penting pengalaman. Kenalah berdikari. Ni majoriti jugak orang kata. Sekolah menengah zaman paling best! Tu kata parents lah. Especially kalau masuk asrama penuh. Mehh sini masuk SMID eahhh.

Ni nak habaq pasal exam. Hmm turun lagi. OTI1 dapat no 12 dalam batch. Midyear exam dapat no 14. Pastu akhir tahun dapat no 17. Mak aihhh sampai bila nak menurun cenni? Dalam kelas pulak bertukar je nombor. 2, 1, 2. Hmm Takpe ah overall puas hati tapi tak puas hati dengan gred. 4A 2B 3C! Sampai bila nak jadi macam ni? PT3 dah dekat mek wehhhh!

Yang paling sedihnya sebab target banyak lari. Math aku targert punyalah tinggi gila. Tapi alhamdulillah still A and yang salah semuaaaanya careless. Memang sakit hati ah. Target 100, dapat 86. 14 markah hilang semua sebab careless. Sabar jelah.

Pastu bila dapat tahu Izzah Ngah dapat banyak A(dahlah dia dapat no 3 dalam batch, n0 3 dalam kelas), aku rasa down sangat. Masa prep quran dihabiskan dengan mengelamun je (ceh). Pastu aku terdengar orang kata, "Kalau kita rasa tak bersyukur dengan apa yang kita dapat, tengok orang bawah kita. Kalau kita rasa riak dengan apa yang kita dapat, tengok orang atas kita" Hm fine. Sekarang ni dah boleh terima sikit. Ada orang yang dapat 1 je A, tak sedih pun. Aku je yang over. Lek ah, baru form 2!

Asalkan masa exam aku tak tiru. Ok, tiru ni ada banyak jenis. Tiru buku, tiru 'mengerling' or 'mengintai', tiru tanya kawan, tiru 'berbincang', tiru 'nota', tiru kertas, tiru dapat jawapan or soalan bocor.

Masa exam i'dadi, tiru2 ni banyak gila. aku pun terlibat sebab dapat soalan bocor. Huhu. Rasa menyesal sangat. Aku takde tiru sape2 pun kecuali masa exam tafsir. Masa tu aku rasa down sebab aku sedih. Sedih sebab ______ Haihhhh. Jangan contohi! Prinsip aku daripada darjah enam dah goyah!

Masa final exam, aku tegakkan kembali (ceh) prinsip tu. Tak tiru langsung! Tanya orang tak, semua tak. Aku jawab semua sebab usaha sendiri. Alhamdulillah. Kecewa ah bila dapat tahu ramai orang meniru dengan pelbagai cara. Cerdik jugak tu tapi cerdik sementara....

Cuma time sejarah je aku jatuh dalam longkang sikit. Sebab ada satu bahagian tu. Isikan tempat kosong. Pilihan jawapan dia cg dah tutup dengan marker tapi aku boleh nampak jawapan tu. So bila dah ternampak, ambik jelah. Hehehe. Jangan contohi.

Doakan result i'dadi aku biar mumtaz belaka.

Jamuan kelas!


Minggu terakhir memang sibuk. Jamuan dorm, kelas, batch semua tiga malam hampir berturut-turut! Sabtu, Ahad, Selasa. Selasa malam rabu jamuan kelas.

Buat dekat kelas f3. Kelas 3 Nafi'.

Best. Takyah keluar duit pun. Semua sponsor. Hehe tapi sikit jelah yang sponsor. Aku tak termasuk para sponsor. Makan spageti!, Makan dungun fries hehe, makan kek coklat dalam cup, makan kek red velvet, ada air bandung.


gambar blurr sikit

nah! Betapa sikitnya makanan sponsor tapi tetap kenyang!


Macam2 konflik berlaku sebelum jamuan, semasa jamuan and selepas jamuan. Asalnya jamuan kelas ni ada bertembung dengan program batch. Tapi last2 sebab sian dekat PKK aku, Aisyah, aku cancel je program batch. Lagipun tetap bertembung dengan sukan firqah.

Semasa jamuan, konflik yang timbul sebab keliru pasal air. Air kitorang tempah dengan kafe. Semua macam kalut je sebab air lambat sampai sebab kitorang bagitahu makcik kafe lambat. Ok tu small matter je tapi.

Lepas jamuan, kitorang nak ambik gambar kelas. Tapi ada certain banin tak bagi kerjasama. Diorang balik awal. Sakit hati! Last kali tak ambik. Selfie dengan banat2 je. Hehehe

And then minggu tu jugak, ada sukan firqah. Kelas form 2 jadi tempat main pingpong. Aku masuk memanah and pingpong. Dua2 kalah :( Tapi takpelah asalkan ada pengalaman. Pingpong best sekali! Aku dapat belajar main pingpong yang selama ni pegang pun tak pernah. Tahun lepas je first time belajar tu pun sikit2 je.

Lepas seminggu hadapi sukan firqah dalam keadaan hujannnn je sokmooo, keputusannya firqah aku kalah :( Firqah tu macam kumpulan ah. Kalau sekolah rendah, ada rumah hijau, merah, biru, kuning. Kalau dekat imtiaz, unik sikit

I - Itqan (merah)
M - Mahabbah (biru gelap)
T - Taqwa (purple)
I - Istiqamah (maroon)
A - Akhlak (oren)
Z - Zaamah (kuning)

Maksud dia? 'ce cuba try cari' sendiri.

Yan pasti, firqah aku, Istiqamah kalah. Keseluruhan banin dapat kat Itqan. Keseluruhan banat dapat kat Zaamah. And keseluruhannya Itqan menang, macam tahun lepas.




PPastu nak cerita pasal jamuan batch. Banat je lah. Lebih kurang macam ladies' night. Banin ada tanya, nak buat tak jamuan batch. Kitorang semua takmauu. Yeahhh! Awesome! Tema dia ballroom. So, aku suruh semua berpakaian ballroon and jilbab and pakai topeng sama ada separuh or penuh. Mostly pakai yang tutup mata ah. Havoc ahhhh. Sebenarnya banyak perkara yang jadi sebelum jamuan tu. Like always, mesti ada konflik tersembunyi. Tapi malas nak cerita. Huhu...

Ni Miss Nako. Ngehngehhhh


Asalnya semua kena pakai jilbab. Pastu diorang punya pujuk lagi pujuk "Athirah, kan banat je. Pakailah shawl ke pashi ke bawal ke. Pleaseeeee!" Last2 lepas bincang dengan pkb, kitorang setuju. So the ladies' night begins! Hehehe.

Lagi havoc sebab buat dalam dorm! Patutnya nak buat dekat court bola tampar yang ada kat tengah2 asrama. Pastu sebab takut hujan, Plan B dekat bilik tv tapi kecik sangat and akan bergema bisng2 kitorang sampai PSS and akan ganggu F5 nak study. So, tetiba ada orang bagi cadangan buat kat dorm. Kitorang pun susun katil biar tengah2 tu kosong. And last2 menjadi! Yeayhhh alhamdulillah. Soooo, the conclusion is, overall ok je wpun banyak benda yang tak jadi. And jamuan ni pun takyah keluar duit. Semua sponsor. Dahlah makanan pun banyak.

Wpun post kalini agak panjang, tapi aku rasa macam bosan je. Aku yang taip pun rasa macam erkk. Huhu.

Holiday has started. Masa nilah nak buktikan tahap mana ke'lagho'an kita. Jangan sampai tahap tertinggi. Biar kekal rendahhh je ok! Ataupun biar takde langsung!

'Pitytree' pun dah dekat. Lemah semangat erghh. Bayangkan semua pelajar F3 tahun depan jadi tree yang di'pity'kan. Ok mengarut je. Mintak maaf belaka eahh. Kalau ada terhutang budi or duit or pape je, kata eah. InsyaAllah aku langsaikan. Jangan jadi along sudahhhh.

I'll miss you form 2! Hello Form 3! Hello 6:20! (novel tu best sebab tak rasa macam sastera sangat. Bila baca rasa best jee)

Bye. Dah berapa jam dah hadap netbook ni, asyik fikir apa yang nak taip. And dah berapa jam dah abaikan family. Family first! Muahmuahmuahhhhh! Ihfazillah fayahfazkum!

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 24. You may return to your dashboard or you can follow me, perhaps? I would be so grateful if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me