Thir
New Phase
Friday 23 March 2018 | 10:28 am | 0 comment(s)
Assalamualaikum wht.

Hehe semalam punya post, tajuk macam ni tapi cite pasal lain.

Harini aku akan proceed dengan cite aku.

Haa sepanjang dah 3 bulan tak post apa2 ni, alhamdulillah ai athirah ni dah dapat lesen P hihi (statement ni mungkin menampakkan aku noob tapi who cares?). Alhamdulillah lulus sekali buat je. Banyak sebenarnya kejadian yang berlaku sepanjang ambil lesen ni tapi aku cite time test jpj jelah. Hehe kalau nak cite pasal perkara yang berlaku sebelum tu takleh ah. Rahsia hehehe.

Ok sebenarnya kan, sepanjang sebelum test, kereta aku ni selalu je enjin mati (mapuh kalau bahasa ganu). Baik di dalam litar mahupun di jalan raya. So aku ni agak tertanya2, apakah nasibku semasa test? Haa tu dia!

Pada 19/2/2018, isnin, aku bangunlah pagi macam biasa aku bangun. Tak awal tak lewat. Pastu yang terharunya, bangun tu tengok mama tengah pakai kain sembahyang. Masa tu ada beberapa minit lahi nak subuh. Masa tu rasa macam “lahaiiiii sayang betul mama kat aku ni” hehehe.

Aku dapat sesi 1, no 35 rasanya. Tapi kan, aku ambil lesen dekat Institut Memandu Wimozad. Masa tu, nombor giliran macam takde guna je. Sesi jelah yang berguna. Mula2 ni aku buat rpk(rutin pemeriksaan kenderaan) dengan rsm(rutin sebelum memandu).

Masa rpk, abang jpj tu duduk atas kerusi yang diletakkan di antara dua kereta and dia duk depan dua kereta tu (faham ke tak?). Pastu lepas dia bagi lesen L dekat aku, aku pun baca apa yang patut sampai la dekat part belakang kereta. Masa tu, aku rasa macam, “eh dia tak tengok aku pun bahagian belakang ni” so aku buat ala kadar je bahagian belakang tu, ada je yang tak sebut heheheheh.

Siap buat rpk, aku gi dekat abang jpj tu. Ya ampun masa tu dia uji minda aku. Dia tanya, “tayar spare ada satu ke dua?” Kalau ikut logik kan, tayar spare setiap kereta ada satu je! Tapi disebabkan aku tak check tadi dan aku gabra sikit, aku pun dengan jujurnya jawab “ehh saya tak check tayar spare tadi tuan!” Lepastu kena la potong markah hahahaha tapi takpe. Tak bagi kesan sangat pun.

Masa rsm, aku dah sebut la semua benda. Lepastu aku pun baru teringat nak pastikan gear dalam keadaan neutral. Lepastu aku pun tarik ke bawah (sebenarnya tu gear 4). Abang jpj pun tarik fear tu kepda free gear. Aku pun macam pelik then aku tarik balik ke gear 4 (yang disangkakan free gear tu). Lepas tu kena marah “AWAK NI BAKPE NOK WAT GEAR 4 NYEE?!”

Hehe lepas tu test dekat jalan raya.

Aku memang target taknak berdebar langsung lah. Jadi, sementara menunggu, aku main game je. Kalau tak, nanti nervous tengok ada yang pass ada yang fail. Akhirnya, nama aku kena panggil.

Masa masuk kereta tu, abang jpj tu keluar sekejap pastu suruh aku buka aircond. So aku pun terus ah buka aircond sekali dengan baiki cermin sisi cermin belakang semua tu.

Bila dia masuk, aku terbau rokok (haa haa hisap rokok la tu tadi!) hehe.

Dia masuk tu muka dia terkejut ah “ehh awak ni darjah berapa?!” Hehehe apa la mesti ah atas 17 tahun.

So aku pun tanya “tuan, saya perlu ke buat rsm? Sebab tadi masa tuan keluar tadi saya dah buat sikit2.” Dia pun kata sukahati awak la.

Aku pun buat la rsm sikit. Masa tengah buat tu, dia senyum je pastu cakap “awak ni tertib orangnya” hahahahah macam nak ngorat je tapi disebabkan aku nak lulus ni kenalah cakap baik2. So aku hehe je bila dia kata gitu.

Masa aku tengah buat rsm lagi, dia cakap juga “suara awak ni ok juga ye” hahahahahha aku masa tu tahan je dalam hati daripada nak gelak besar.

Lepas tu dia suruh aku pilih nak jalan apa. Aku pun cakap ah nak jalan B.

Masa gerak tu, alhamdulillah daripada selama ni ada mapuh enjin, kalini takde LANGSUNG! Hehe.

Sepanjang jalan tu, dia tanya, aku ni selesa cakap sambil drive ke tak. So aku cakap ah terpulang pada tuan ah.

Dia pun tanya la anak ke berapa, berapa orang adik beradik, ayah kerja apa. Bila aku cakap ayah aku kerja apa, dia pun “haa kebetulan saya ada sepupu ni dia memang orang susah..” blabla. Dia nak minta tolong papa aku biar sepupu dia dapat kerja.

“Tapi ni bukan rasuah eh. Bukan bermakna kalau saya bagi awak lulus, awak kena tolong saya, bukan gitu eh. Saya cuma rasa sangat kesian la dekat sepupu saya ni.” So aku pun macam wowwwwwww “ye tuan. Kekgi sampai dekat wimozad saya call ayoh sy then tuan cakap dengan dia eh. Kalau tak boleh, tuan jangan marah ye!” Ha gitulah citenye.

Yang bestnya, dia suruh uturn awal. Dekat traffic light pertama dah uturn. Sepatutnya jalan B ni kena uturn dekat traffic light ketiga.

So alhamdulillah luluslah aku jalan raya.

Lepas tu, test litar pula. Sama macam tadi, sementara tunggu tu aku main game je so aku taktahu apa yang terjadi kat orang lain.

Bila nama aku dipanggil, aku pun pergi ah cepat2 masuk dalam kereta yang ditetapkan (viva). Mula2 tu kan buat dekat bukit. First try, tayar aku tak sampai line kuning. Pastu turun balik. Nasib baik bukit ada dua kali percubaan. Masa turun tu. Aku bagi motivasi je dekat diri sendiri “takpe athirah. Buat balik. Mesti bolehnyeeee!”

Lepastu pass bahagian bukit. Masa dekat z, sepatutnya dapat arahan jpj baru masuk tapi aku tunggu tak dapat2 pun arahan. Last sekali aku masuk je tanpa arahan dan tanpa ada orang tengok z aku macam mana hehehe. Bila aku keluar je, kereta belakang aku kena marah sebab dia masuk tanpa dapat arahan hihi. Alhamdulillah aku terlepas.

Time litar pun, first time kereta aku tak mati enjin.

Sampailah akhirnya habis parking tiga penjuru, keluar tu memang happy gila ah. Aku jerit sorang dalam kereta hehehe. Keluar je daripada kereta, aku ni sebab happy sangat, terus pergi ke arah kawan2 aku sedangkan kena ambik borang aku dekat pondok penguji. “Haa tulah sape suruh tadi main game! Kan dah tak tahu kena buat apa!” Bisik athirah dalam hati.

Masa otw ke kawan aku tu, ada kawan sekolah rendah aku pun jerit “weh, gi situ hor!” Aku pun apa lagi, blurr ah kena buat apa. Lama tu baru ah aku pi pondok penguji. Ish ish ish tak patut.

Alhamdulillah dapatlah lesen P.

Lepastu memang tak duduk rumah ah. Jalan jeee. Kejap gi situ kejap gi sini. Izzah kata lama2 kita akan bosan drive tapi setakat ni aku tak bosan lagi hihi.

Lepas dapat lesen tu, aku pergi kelas menjahit. Dekat kedai mak kawan aku, setakat ni baru gi tiga kali. Aku belajar buat baju kurung. Jahit bahagian lengan tu memang agak senang tapi kalau part leher tu ya ampunnnn, memang mencabar kesabaran. Aku paling letih bila kena tetas balik jahitan tu pastu kena buat balik.

Dan apabila hampirnya 15/3/2018 iaitu pengumuman result spm, jengjengjeng!

Memang saspens.

Sebenarnya, aku takde lah berdebar sangat sebelum result tu. Tapi sehari sebelum result ru aku rasa serabut sangat. Rasa mood swing. Bila nak luah dekat kawan aku, ada tu yang available and aku menggila ah dengan dia. Ada sorang lagi tu, masa tu dia ada occasion apa entah. Ishh rasa geram sangat sebab dia boleh happy tapi aku ni tengah sedih2. Mana aci! (You know who you are 😡). Hehe tapi mana boleh ajak orang sedih sama kita kan. Haa bagus ah dia happy bagus bagus.

Lepas dapat result, alhamdulillah get ready for my next phase! Zaman U pula! Sekarang ni agak sibuk ah isi biasiswa, isi upuonline, fikir halatuju semua tu.

Kepada kawan2 aku, goodluck in your life! We can do it oh yeahhhh! Ok tu jelah kot cerita yang diringkaskan. Goodbye!!!

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me