Thir
Ajum Masuk U
Monday 14 May 2018 | 11:55 pm | 0 comment(s)


Assalamualaikum wbt.

Sorry sebab tak selalu buat post. I'm quite busy by doing nothing lately. HEHEHEH.

Serius. Memang rasa lifeless la juga. Ada kerja ke takde kerja ke sama je. Hadui. Tapi haritu tak rasa feel lagi nak sambung belajar. Tapi sekarang dah rasa hehehe.

Alhamdulillah aku dapat la tawaran daripada something ni. hehe. So aku cuma nak cerita ni...

Bila dapat tawaran tu kan, memang la happy gila. Pastu mama pun masuk bilik, suruh istikharah. Mama kata mama tak paksa. Cuma mama suruh istikharah. Kalau dapat UPU pilihan hati kan haa..

Mama pun cakap lagi. "Betul ni mama dok paksa ni. Kekgi kan jadi macam haritu. 40 karung (maknanya selalu sebut) duk ungkit pasal mrsm."

Bila dengar ayat tu kan, aku pun macam sentap sikit hehe.

Hehe kalau korang baca post2 blog ni yang awal2, memang ada banyak kekeliruan. Ada tu aku cakap aku masuk SMAASZA Batu Burok, ada maahad muhammadi perempuan, ada mrsm kota putra, ada imtiaz dungun... (Tapi disebabkan ada post yang aku dah delete sebelum2 ni, maybe korang just boleh baca yang aku cakap pasal mrsm je kot)

Aku tak sure aku pernah cerita ke tak lagi tapi aku cerita jelah ye. 

Masa belum masuk form 1, masa tu bulan satu dan aku memang dah confirm la akan pergi imtiaz ni. Masuk pada 13/1/2013. Tiba2 tu dapat mesej daripada mrsm la. Aku dapat Kota Putra. So memang target aku nak gi situ ah dan tu memang aku punya impian la (sebab masa interview tu bangunan dia cantik ish ish ish tak matang betul alasan)

Masuk mrsm 15/1.

13/1 pada waktu pagi, aku siap buat post kat fb ni. Untuk kawan2 aku yang masuk imtiaz. "Bye byeee budak imtiaz" ha lebih kurang gitu la.

Petang ke malam tu, mama panggil aku. Mama masa tu nangis2 la suruh aku masuk imtiaz. Mama kata mama dah call pejabat, minta aku pergi lewat sehari (ha tengok. belum masuk sekolah dah buat hal pergi lewat hahahahahahahah sebab tu la kot selama ni pergi lewat)

Mama kata aku masa tu kecil lagi, sekolah dekat2 dah la. Bila masuk U baru la pi jauh2. Aku pun dengan masam mukanya ikutlah permintaan mama. Lagipun masa tu memang dah beli semua kelengkapan sebab tadi kan aku dah cakap, sebelum dapat mrsm, memang confirm nak masuk imtiaz so dah prepare la.

Setelah 5 tahun aku belajar kat imtiaz kan, aku tahu mom's choice is always the best. Walaupun bangunan tak gah macam istana (hehe over pula), dan banyak kekurangan daripada segi fasiliti, aku belajar tentang persahabatan, duduk dalam suasana yang baik, dikelilingi kawan yang baik (ala kalau nakal pun berapa percent je daripada kitorang. Tu pun still baik), dan macam2 lagi.

Aku tak pernah rasa pengalaman kat mrsm kota putra tu so aku takleh la nak bandingkan. Lagipun ada je senior aku masuk situ memang lagi solehah daripada aku walaupun bukan sekolah agama. So semua tu bergantung pada kekuatan dalaman diri kita sendiri.

Cuma point aku kat sini, aku menyesallah juga sebab ungkit2 depan mama kan tapi serius, memang aku bersyukur gila dapat belajar kat imtiaz. Cuma masa terungkit tu sebab hehe masa pilih universiti tu ada la juga mama suruh apply u itu u ini kan so aku pun macam terlepas heheheheheh. Sorry :(

Alhamdulillah, Allah tempatkan aku dekat tempat yang baik sebab aku tahu, kalau aku duk kat tempat lain, memang aku akan jadi lebih teruk sebab aku ni senang terpengaruh. Kalau orang lain, mungkin letak la belajar kat mana2 pun tapi jati diri memang kukuh tapi Allah tahu aku memang perlukan suasana yang baik untuk aku jadi yang lebih baik.

Aku harap masuk u nanti aku masih dengan jati diri seorang islam, yang pernah belajar kat imtiaz... Dapat kawan2 yang baik2, buat benda baik2, Huhu walaupun sepanjang cuti ni, aku akui memang aku tersasar. Banyak... Tapi aib sendiri simpan kat diri sendiri jelah kan.

Selamat masuk U kepada sesiapa yang dah nak masuk atau dah masuk! Huhu, i feel sad this night....

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me