Thir
Move On
Wednesday 23 May 2018 | 8:00 pm | 0 comment(s)

Assalamualaikum wbt.

Moving on is never easy, but once we did, we will cherish every single moment in our life more.

Alhamdulillah, haritu aku ada apply YTP Mara punya pinjaman boleh ubah, minta course yang menghala ke medic lepastu dapat. So insyaAllah aku akan belajar dekat Kolej Mara Kuala Nerang. Daftar pada 25 Jun ni. Hehe lepas raya.

Sebelum aku cerita pasal kisah yang berkaitan dengan topik, aku nak share something.

Apa yang aku nak share ni banyak buat student yang belum ambil SPM dan ke bawah, dan juga kepada insan2 yang menjadi 'pemusnah motivasi'.

Aku tak berapa berkenan orang yang cakap "takde A takpe, tak straight A takpe, rezeki orang lain2" tu dekat student yang belum ambil UPSR ke PT3 ke SPM ke tak pun tengah ambil exam dekat U ke.

Ya, memang rezeki orang lain2. Kalau nak jadi business man ke apa ke tak wajib pun ada kelulusan.

Masalahnya sekarang ni, mereka masih belajar. Mereka masih ada peluang untuk skor dalam exam. Ayat2 macam tu la yang akan buat diorang kekal dalam zon selesa, tak study sebab A tak penting, SPM bukan segala-galanya...

Jangan.. Jangan kita jadi pemusnah motivasi. Yup, tu bukan motivasi. 

"straight A ke tak ke sama je.. semua masuk U.." 

Yelah memang la semua masuk U. Tapi sekurang2nya duit dah selamat sikit sebab boleh minta duit itu ini. Jadi encourage la student untuk dapat straight A. Keluarkan mereka daripada comfort zone tu.

"Ada yang dapat result tinggi tapi tak dapat masuk U, dan ada yang sebaliknya"

Itu mungkin ada hikmahnya daripada Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap ujian yang Allah beri tu tak sia-sia, semua untuk tingkatkan iman kita tauuuu. Jadi janganlah putus asa. Cubalah usaha untuk skor dalam exam. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kes macam ni rare. Tak banyak pun. Cuma sebab rare tulah orang asyik highlight je. Haa kalau takut sangat jadi macam ni, jangan putus asa dengan Allah. Mohon sungguh2.

Kunci dia, usaha je dulu. Kalau tak dapat tu lain cerita. Usahalah sungguh2. Kerajinan untuk usaha menjadi pandai tu lebih baik daripada kepandaian (gifted) tu sendiri. Takpe, jangan pandang orang lain. Biarlah ada orang yang rileks pun tapi masih boleh skor. Biarkan dia. Dia lain, kita lain. Masa ni la boleh guna ayat kubur lain2 hahahahah. So yang penting kita usaha. Baru la bila terima result tu takde la kita "kalau la aku study lebih, kalau la aku tu, kalau la aku ni..."

Ok berbalik kepada tajuk pada hari ini. Move On.

Masa hari terakhir aku dekat sekolah rendah, aku menangis teruk ah. Ramai jugak kawan2 aku nangis ni. (hehe aku jenis yang takleh move on).

Balik rumah tu papa mama gelak ah (dah baru sekolah rendah dah nangis gitu sekali)

So masa awal2 masuk sekolah menengah, still lagi takleh move on. Asyik cakap dengan geng aku yang masuk sekolah sama tu pasal kenangan dulu2 semua tu. Pastu kat rumah asyik bagitau mama yang aku rindu la. Pernah sekali tu mama jerkah ah sebab serabut dengan aku ni hahahaha. (ni mama cerita, aku tak ingat pun)

Dah lama2 tu, jadi sayang dah. Tak rindu dah sekolah rendah (oops).

Sekarang, dah habis zaman persekolahan. Zaman pra-Universiti pulak. Hm memang rindu. Rindu gila dekat kawan2 sekarang ni.

So... memandangkan aku dah nak masuk kolej, aku pun cakap la dengan mama. Bagitau segala benda yang aku takut. Takut takde kawan, takut tak biasa apa semua tu kan. Lepas tu la mama pun cakap,

"Athirah.. kawan datang dan pergi. Memang takdok siapa yang stay dengan kita. Kalau best friend sekali pun, akan pergi gok."

Aku pun berlinangan la air mata... hehe "dohtu, maknanya kekgi masuk u kekgi athirah hana izzah dok rapat doh la?"

"kalau athirah rapat dengan diorang sampai besor sekali pun, kawin kekgi dok rapat doh.. Komitmen dengan keluarga baru pulok. takdok apa yang kekal."

*ayat sebenar aku tak ingat. Tu ada la edit sikit

Jadi, belajarlah untuk menerima. Move on. Move on la biar kita dapat hargai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, Tahu tak apa punca homesick? Sebab kita takleh move on la. Asyik rindu rumah je sampai benci dekat persekitaran baru.

Maybe aku ni cakap tak serupa bikin hehe. Nanti kalau masuk kolej entah la aku boleh move on ke tak. Hehe tapi aku memang bukan jenis yang homesick. Previous school sick tu ada haaa.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca entri kalini hehe. Aku ni ada masalah rendah diri sikit huhu. Pernah je aku rasa nak delete blog ni sebab rasa macam entri tak best, tak guna je heheheheh. Tapi Izzah kata jangan delete. At least kalau ada rasa macam tu, buat private dulu blog. Bila dah reda, unprivate balik. Hihi

Okay la. Ni je buat harini. Sorry, walaupun cuti panjang, tapi tak banyak aku update blog. Byeee :)

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me