Thir
It's 2019!
Friday 11 January 2019 | 5:43 pm | 0 comment(s)
cc; google

Assalamualaikum wbt.

    Harini, 11/1, dah 11 hari kita berada dalam tahun 2019. So aku nak ceritalah serba sedikit mengenai 11 hari ni. Bermula dengan 1/1, ye, aku habiskan masa dengan tidur hahahahahhaha. Memang tak manfaatkan langsung aduhai...

    Sebab masa tu kan cuti. Lagipun aku takde banyak kerja sangat sem 2 ni. Sem 2 ni leisure sangat. Untuk sem 2, iaitu short sem, aku just ada 4 subjek, 3 subjek merupakan subjek praktikal bio, phy, chem. Pastu satu lagi IRK (macam subjek agama gitu). So subjek praktikal ni takde final.. Diorang punya final test pun masa final week, bukan masa exam week. And test dia takdelah susah sangat. So memang banyak sangat free time. HAHA tapi moga2 dapat 4.00 la sebab subjek senang. Kalau tak dapat tu tak tahula, memang ambil mudah betul :')

    Macam yang rasulullah cakap la kan, dua nikmat yang sering dilupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang. Hehehe sentap tapi tak sedar diri juga. Ada 4 hari sebelum exam irk, memang sempat sangat nak study. JANGAN STUDY LAST MINUTE!

    Sepanjang 11 hari ni, aku mengakulah yang aku jadi makin teruk daripada dulu. Tahap malas tu.... aduhai.. Pastu bukan setakat malas, tapi memang teruklah. Kadang2 tu aku jadi benci dekat diri sendiri, benci terhadap apa yang aku buat, rasa down, rasa teruklah. Aku harap sangat perasaan ni tak berterusan, moga2 aku akan lebih sayang dekat diri sendiri. Huhu post sebelum ni aku ada cakap pasal self love. Kadang2 tu aku amalkan sangat self love tu tapi biasalah manusia, tergelincir, tak semestinya selalu berada dekat jalan yang lurus. Jalan tu licin, kena pandai2 pakai kasut yang ada tapak bunga, barulah banyak geseran, tak mudah tergelincir.

    Haritu aku down sangat. Down sebab benci dengan apa yang aku SENDIRI buat. Sendiri buat, sendiri menyesal, pastu ulang lagi, menyesal lagi, buat lagi... Aku dah penat dah. Sampaikan ke satu tahap tu rasa macam berputus asa. Aku macam tertanya2, dengan apa yang aku buat ni, adakah Allah akan ampunkan aku? Berdosakan fikir macam ni... Tapi masa tu aku macam terlalu down. Sampaikan aku lupa, Allah tu Maha Pengampun. Allah bagi ujian, kita tersungkur, dan Allah nak kita bangun balik, bangkit, agar kita menjadi lebih kuat daripada sebelumnya.

    Kadang2 tu, rasa hinanya sebagai hamba. Dapat banyak dah rezeki, tapi asyik nak ingkar. Pastu rasa hina, rasa macam banyaknya dosa, rasa macam masihkah ada peluang untuk bertaubat?

    Masa tu, kawan2 memang betul2 mainkan peranan. Mereka buat aku sedar balik, walau seteruk mana pun aku, selagi masih nyawa dikandung badan, selagi tu masih ada peluang. Mereka pun buat aku sedar, diorang akan selalu support aku, akan selalu bagi nasihat, jadi kawan yang baik walaupun aku ni hina, teruk gila. Tapi aku takut. Aku tak nak tersungkur balik.. 

    Sedih betul pembuka 2019 aku hehe. Sedih sebab diri sendiri buat hahaha. Aku tak minta banyak pun daripada korang, hehe cuma mohon doakan yang terbaik buat aku, yang sekarang ni tengah futur, lemah.

    Hehe enough with this. ESOK BIRTHDAY AKU WEHHH aku tak nak esok jadi sedih hehehe.

    So ceritanya, patutnya Khamis malam tu ada makan2 dengan classmate masa sem 1. Pastu aku cakaplah dalam group, dengan niat saje2 jeee, macam cakap, "esoknya tu bday aku!!" (masa tu aku tersilap hahaha aku ingatkan Khamis tu 11/1, rupanya jumaat harini barulah 11/1 hahaha) Pastu tiba2 makan2 tu tak jadi sebab madam kitorang macam ada hal gitu. So nak postpone la hari lain.

    Pastu kan tadi, kawan aku ada bagitahu, ada perjumpaan kelas kul 11 dekat kafe untuk bincang pasal makan2 dengan madam ni, URGENT!! Masa tu adui aku tak fikir pape pun haha.

    Pastu pergi kafe tu tunggulah ni Shakira sebab dia yang nak cakap pasal ni pastu dia kata dia datang lambat sikit. Pastu tiba2 Aqilah datang duduk sebelah aku, pastu dia pun start nak bincang pasal makan2 tu. Tiba2......... Ada orang curah bedak atas aku hahahahah. Pastu diorang nyanyi lagu birthday xD sambil2 diorang nyanyi tu, aku pun cakap "aaaaaaa bday aku esoklaaa" hshahahahaha.

    Maka birthday celebration aku disambut sehari awal sebab aku sendiri yang salah cakap kekeke.

    AAAAA diorang ni so sweetlaaa. HAHAHA aku bagitau birthday tu bukan nak suruh sambut pun alahaiii buat malu je, macam meminta2 dengan diorang hahaha tapi takpelah aku appreciate sangat2!!! Dahla bagi brownies yang madam balqis buat, aaaa serius sedap! Pastu dahla curah guna bedak, bukan tepung so jadi wangi hahahahahaha. AAA SAYANG LA KORANG NIIII. 

    Pastu aku pun tanyalah diorang, "sebenarnya korang nak tak bincang pasal makan2 tu?" Diorang pun ramai2 jawab takkkkkkkkk. ^^ hahahahah taktau nak cakap macam mana, memang hargai sangat2 hehe. Walaupun tak tahu malu bagitahu aku pasal bday sendiri hahaha.

    Jujur aku cakap, aku bukan jenis yang senang rapat dengan orang. Aku memang amik masa sikit. Memang awal2 tu akan awkward gila ahh. And hehe memang aku akui, masa masuk mana2 pun mula2 tu memang aku akan ada sikit tak suka benda tu hihihi aa jangan terasa kalau baca hahaha. Masa awal2 sem 1, aku rasa tak suka sangat2 kelas tu, aku asyik banding dengan kawan sekolah menengah je. Lama2 tu, makin lama makin suka. Makin rasa sayang, dekat roommate, dekat classmate, coursemate yang aku kenal, kawan2 lain.. 

    Pengajaran yang aku dapat, jangan sesekali bandingkan kawan2. Semua orang hadir dalam diri kita ada hikmah. Masa sekolah menengah dulu, aku bandingkan dengan sekolah rendah. Rasa macam sekolah rendah lagi best. Padahal ketiga2 fasa ni semua seronok, cuma seronok tu tidak boleh dibandingkan. Tak tahu kenapa, tapi macam hehe entahla diorang special in their own way.

    Kawan2 uia aku ni, diorang ni baik sangat. Aku memang bersyukur, dapat dipertemukan dengan insan2 yang baik, yang bila kita tengok tu kita rasa ingat dekat Allah, walaupun dia tak cakap direct, tapi kita dapat rasa. Tapi tulah, aku ni ambil mudah benda tu, tak ambil iktibar, sebab tulah 11 hari ni aku jadi makin teruk, sebab kawan2 aku ni minyak wangi, and walaupun aku selalu bergandingan dengan diorang, bau minyak wangi diorang, aku selalu tak calitkan pun minyak wangi tu kat diri sendiri. Aku nak berubah, ye ak tahu aku teruk, tapi aku tahu, semua orang layak untuk dapat syurga Allah. Semua orang layak untuk bertaubat, untuk jadi a better person.

    Kepada insan yang rasa benda ni ditujukan kepada dirinya, dah2la tu. Dah lama dah melencong daripada jalan yang lurus. Aku dah tak mahu terjatuh dalam lubang yang sama lagi. Aku tak nak jadi orang yang rugi. Tak nak jadi orang yang biasa2. Nak jadi orang yang luar biasa, yang taat dekat ibu bapa, yang tak mengecewakan sesiapa. Aku nak jadi orang yang asing, sebab beruntung orang2 yang asing. Minta maaf.

    Kepada orang yang tak betul2 kenal dengan aku ni, aku bukanlah sebaik yang disangka, tapi tariklah aku kalau korang tau aku ni teruk. Aku pun nak ikut korang untuk dapatkan redha Allah. Huhu susah sebenarnya, sebab aku takut nanti aku sekadar cakap je, pastu buat balik, macam hipokrit.

    Sempena esok birthday aku, aku nak jadi orang yang baik. Nak berubah. Walaupun 11 hari ni aku makin teruk, aku nak bangkit balik sekarang. YEAHHHH! 

    Hehe 19 me is gonna be more matured hihi alhamdulillah terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup Athirah. Cuti sem ni aku akan cerita pasal pengalaman kitorang panjat bukit and mandi air terjun! Yuhuuu kbye hehe. Kat bawah ni aku nak selitkan gambar2 sepanjang 11 hari 2019, hehe masa gambar tu memang happy la tapi bila sorang2 je mesti down. AAA THANKYOU BANYAK2 rasa macam nak ulang cakap thank you banyak kali!!

Ni masa birthday celebration tu hihi awwww thankyou korang!

hihihi

my partner in chem, irk, and everything thankyouu!

ni ahli kelas practical bio sem 2 hihi

ahli usrah sem 2

Alhamdulillah for everything..


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me