Thir
Ta'aruf Week
Saturday 4 August 2018 | 11:45 pm | 0 comment(s)

Assalamualaikum guysssszzz!

Sekarang dah nak masuk enam minggu dah dekat UIA ni. Baru berpeluang nak buat post harini hehe (despite minggu depan yang definitely sibuk gilaaaa sebab ada test lagi, quiz, presentation and moreee)

Okay la sorry sorry kalini je curi tulang. Lepas ni aku study. Hehe sebenarnya sekarang tengah bosan so alang2 tu kita kongilah sikit pengalaman minggu orientasi UIA (Ta'aruf Week) ni.

Untuk batch kitorang, kitorang ada dua hari untuk pendaftaran tapi semuanya first intake. Malangnya,,, aku daftar yang hari pertama!!! So cuti kurang satu hahahahahah.

Sebelum apa2 la kan, baik aku merungkaikan segala kekeliruan yang ada kat kepala korang. Ye, UIA ada banyak cawangan so mana satu yang pelajar cfs? (centre for foundation studies).

First of all, UIA Gombak tu main campus. Untuk pelajar2 undergraduate and master and phd dalam bidang2 yang selain daripada sains macam medic ke dentist ke apa ke. Law pun kat sana, bab2 islam pun kat sana..

Pastu ada UIA dkt Johor (tapi aku lupa exactly dekat mana). Erm basically uia dekat johor tu yang berkaitan dengan language and communication. Aku pun tak berapa arif sebenarnya hihi tapi kalau nak info lanjut, boleh google. Kalau salah, mohon komen ye. So bolehla i edit.

UIA Kuantan pula ni pula untuk yang berkaitan dengan medic dentistry allied health science gitu haaa.

CFS student asalnya, campus dekat Petaling Jaya. Tapi aku pun tak tahu sebab apa, cfs tukar buat dekat uia gambang. TAPI ada apa lagi entah benda yang tak siap so half of cfs students kena menumpang dekat UIA Kuantan. Ni yang aku cerita untuk batch aku la. Batch sebelum aku ni sempat merasa UIA PJ.

So sebenarnya student cfs dekat uia kuantan ni kiranya macam menumpang jelah.

23/6/2018
Tu hari pendaftaran untuk first batch first intake. Ha masa ni, dia tak asing lagi gambang atau kuantan. Time TaWe ni semua dekat kuantan.

Dalam offer letter dia ada cakap kita daftar bila dan pukul berapa, sebab dia asingkan masa pendaftaran tu ikut kos. Untuk kos asasi medic haritu, kena daftar daripada pukul 9 hingga 1 kalau tak silap. Lepas tu ikut je apa yang fasi tu suruh buat apa, kena ambil gambar la, ambil kunci bilik la. Kalau batch aku, bilik ni ikut kos. So kalau kos medic, so sebilik kos medic.

Haaa peringatan sikit. Memandangkan kena pakai tudung putih sepanjang tawe, pastikan hari pendaftaran tu pakai cantik2 ye hihi sebab gambar tu untuk papar dekat kad matrik korang ha. Nanti kalau hudoh kan malu sepanjang tahun.

Lepas settle benda2 macam tu, aku pun pergilah dekat bilik. Bilik serious selesaaaaa hihi kalau bilik aku la kan, dalam satu bilik tu ada 4 compartments. So ada 4 ahli bilik la. Bila ada compartment, maknanya ada privasi la kan kalau korang jenis suka study sorang2 (bukan aku of course), memang bilik ni sesuai untuk korang la. Tapi bilik kat gambang lain sikit tau tapi besar and selesa ah. Meja belajar pun ada.

Tapi aku rasa bilik setiap mahallah (kira macam blok ah. Kalau belajar bak, ustazah cakap maksud dia tempat) lain2 kot sebab bila aku pergi bilik kawan aku dekat mahallah lain, bilik dia still ada compartment tapi lain sikit ah.

So aku pun kemas2 barang dalam bilik. Dalam bilik ni dia sedia katil dan tilam je(faham2 jelah loker mesti ada, meja belajar ke apa ke. Takkan nak senaraikan semua enn). Kalau bantal, cadar, selimut, semua tu bawa sendiri ah.

Lepas kemas tu aku pun analyze la barang apa yang boleh dibeli sebab boleh keluar sekejap, tapi yang pasti masa asar dah ada kat masjid. So masa tu la aku tengok lubang untuk letak kunci loker tu besar mana so boleh agak nak beli mangga yang macam mana. Kalau korang rasa nak menghias bilik, so beli la pembalut hadiah tu ke atau apa2 yang korang rasa patut.

Lepas bid farewell dekat family :'), aku dengan roommate ni dah bersedia dah ni nak pi masjid sebab nak solat asar jemaah pastu ada campus tour. Tapi hujan.... So tak jadi la campus tour hoho.

Jadi haritu kitorang free jela. Cuma malam tu ah ada briefing sikit.

Esoknya tu, hari pendaftaran second batch first intake. Sooooo kitorang freeeeeeeeeeeeeee! Hahahahhaah masa tu la kitorang ambik masa nak hias bilik ke apa ke atau nak jelajah ke hehe.

Dah masuk u ni, fon ni macam benda yang wajib ah sebab hampir semua info datang daripada whatsapp so memang jiwa kena kental ah biar tak tergoda nak scroll twitter berjam2 ke hahahah.

Kalau masa tawe, info pasal program adalah daripada twitter dan ig committee.

Hari ketiga pulak, bermulalah program sebenar. Aku tak tahulah batch lain punya tawe macam mana tapi well what i can say is, tawe is 99% about briefing  >,<

Jadi apa yang nak diceritakan lagi eh? hhahahah. Pastu banyak kali kena nyanyi lagu IIUM hihihi. Mujurlah sedap. Tapi letih jugaklah kena nyanyi banyak kali. But issokayy i'm good.

Habis tawe, half pelajar akan pi gambang. Kalau nak pergi dengan mak ayah pun takpe, and ada je yang gi dengan bas UIA.

Pastu habis tawe tu belum sibuk lagi. Weekend tu agak bosan la so bolehla pergi outing kan. Ada east coast mall, kuantan city mall, berjaya mega mall and apa lagi eh? Aku pun belum cukup explore. Ni aku bagitahu apa yang selalu aku pergi je sebab rumah aku dengan kuantan dekat je. Sejam setengah je.

Minggu pertama belajar, masa tu agak unorganized ah. Sebab lecturer pun belum tahu lagi jadual kan. Jadi memang biasa la minggu pertama tu lecturer tak masuk kelas. Jadi kitorang akan tunggu setengah jam je. Kalau lebih daripada tu lecturer tak datang, kitorang pun cauu hihi. Sini makanan best. Boleh dikatakan hampir semua bangunan ada kafe dan surau. Harga pun bolehla, taklah marah macam kat luar.

Okayy itu sahaja perkongsian daripada aku. Overall, siapa yang nak persekitaran islamik, uia ni ada suasana tu. Walaupun tak la strict sangat macam kalau kat sekolah agama dulu, tapi ada la banyak benda2 baik. Usrah pun ada setiap minggu. Pastu ni international so nak tak nak memang kena belajar in english (huaaa sedihnya kenapalah masa sekolah menengah tak belajar dalam english)

Pastu kalau siapa2 yang ambil kos2 yang berkaitan dengan agama tu, get ready la untuk fully speaking arabic dalam kelas hihi (ni yang kawan aku cite ah). Assignment pun dalam arab.

Haa tapi janganlah takut nak ambik kos yang korang nak disebabkan benda2 tu. Kawan aku ni daripada tak speaking arab jadi dah hebat dah haa walaupun tak betul mana lagi but sokay la we're all improving right?

Thank you sudi baca. Byeee!

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me