Thir
Last minute.. again?
Tuesday 3 July 2018 | 9:26 am | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt.

Currently menaip entri ini dalam bilik yang sejuk.. sementara menunggu kelas pukul 11 pagi, di... UIA Kuantan.

Eh? Haritu cakap kolej mara? Hehehe...

Sehari sebelum masuk UIA, masa tu baru buat keputusan nak masuk sini (nasib baik haritu terima tawaran alhamdulillah). Rasa macam baru haritu buat post kat blog ni pasal keliru nak masuk sekolah menengah mana and now.. jadi sekali lagi bila nak masuk universiti.

Sebenarnya masa aku dah tetapkan hati nak masuk kmkn, mama still lagi istikharah tapi aku dah stop. Masa akhir2 tu mama suruh aku istikharah lagi. Adoi masa tu aku ikut jelah cakap mama. Masa tu mama macam nak suruh aku masuk uia. Aku pun fikir banyak kali pastu ok la boleh la (ni dua hari sebelum).

Lepastu masa hari daftar tu(mujur kuantan dengan paka dekat je), pagi tu mama masuk bilik(masa tu aku still tengah kemas barang), tanya kot2 aku nak masuk kmkn. Start daripada situ aku jadi serabut. Aku pun geram ah dah bila nak masuk kmkn mama suruh pi uia and bila nk masuk uia ni mama kata papa suruh pi kmkn (and papa kata papa x suruh pun sebenarnya hahahaha).

Memang sebelum masuk u tu asyik duk nangis je sebab kejap gitu kejap gini padahal aku dah tetap dah nak gi mana kan. Tapi sekarang kitorang satu family ok je. Aku dah minta maaf dengan mama hihihi.

Akhirnya setelah selesai semua belit2 tu, kini dah sahlah aku ni pelajar CFS IIUM hoho. Lepas ni aku ada kelas so rasanya sekarang tak sempat kot kalau nak cerita pasal Ta'aruf Week or known as TaWe sebab nak boleh ke perah idea tu lama juga tuuu. Lain kali kalau ada free time aku cite ye.

Ada banyak lagi benda yang aku nak share. Pasal raya, pasal macam2 ah tapi tulah pasal, malas ah nak buka laptop hehe. Buat entri dalam fon tak sama la. Tak feel.

Okay semua.. Kalau dulu, asyik suruh minta doakan aku dapat 11A+ SPM 2017 kan. Haa sekarang ni mohon doakan aku dan semua batch 2000 fokus masa kuliah pastu selalu dapat CGPA 4.00, dapat anugerah dekan, jadi orang yang reti manage masa, and so on. InsyaAllah aamiin hihi thank you. Byeeee.

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me