Thir
My Medschool Journey!
Sunday 15 September 2019 | 11:54 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt.

    Hello everyone! Wow dah lama kan tak post dekat sini. Hehe nak kata sibuk sampai takde masa nak blogging tu tak sangat, tapi semuanya sebab twitter! Hehehe.

    First of all, ada baaanyak sangat cerita yang aku terlepas nak cerita kat sini especially life at iium gambang time cfs dulu, pengalaman pergi vacation ke bukit panorama dan air terjun sg panching masa weekend time sem 2, dan baaanyak lagi. Hm rasanya macam tak cerita dah kot. Kalau cerita pun, cerita yang vacation tu je sebab timeline dah terganggu la kan kalau cerita yang lama balik.

    Basically, aku berazam nak bersihkan balik debu2 blog ni, nak post stories every weekend (kalau ada masa) despite busy sepanjang medschool ni sebab rasa macam nak tulis balik semua kenangan sepanjang amik mbbs biar dapat baca balik and kenang balik semua ni. (ish time start degree sibuk2 ni la baru nak start balik menulis lol)

    So today i'm gonna share about two weeks of my degree life. Pada 3/9/2019 haritu, pelajar undergraduate UIA kena daftar. Since course aku ni science-based course, so aku daftar dekat UIA Kuantan and belajar kat situ. Sedih jugakla sebab tak dapat merasa pergi UIA Gombak jumpa kak dalia farhana, kak maisarah mahmud semua tu kan pastu dekat dengan kl (lol athirah kau pergi sebab nak belajar ke apa ha) hahaha tapi aku tetap bersyukur sebab sebenarnya banyaklah juga hikmah dia.

    Okay kalau fikir balik kan, rumah aku dekat je dengan kuantan. About one hour and a half je. So senang la parents nak datang and aku pun senang nak balik, tiket bas murah sebab dekat. Kat sini pun macam bandar dia sedang2 la maknanya mall ada so banyak benda yang ada tapi dalam masa yang sama tak teruk sangat asap dan jem macam dekat kl. Satu lagi, since student tak ramai, and course aku ni susah and tak boleh main add drop subject(sebab kalau add subject yang susah dulu tu tak ke naya tak faham pape yang basic)(and bukan maksud aku course lain tak susah), so jadual tu uia sendiri yang tetapkan. Kitorang takyah buat pre registration and berebut nak session mana section apa sebab uia dah tentukan. Sebab tu la kitorang prereg after masuk uia, just sebab nak ikut syarat uia yang kena prereg, tapi prereg balik jadual yang dah ditetapkan tu. And jadual kitorang semua sama je since belajar dalam satu kuliah je sama2. Fuh kalau nak list lagi ni banyak lagi ni. Bukan nak berbangga ke apa tapi aku tahu je ramai je yang macam aku yang "ala bestnya pergi gombak" hahaha so ni macam nak sedarkan korang semua yang uia kuantan is not that bad pun (ok yelah aku sorang je kot fikir macam ni) so jomlah sama2 bersyukur.

    Lepastu, kitorang kena lalui tawe, a shortform of Taaruf Week. Ikut suka hati korang la nak panggil tawe tu as tawe ke tawe (ok saje terpengaruh dengan twitter)

    Nak cakap la yang tawe degree aku rasa lagi best la daripada tawe cfs dulu hehe. Entahla maybe sebab tak payah berlatih bangun duduk banyak kali untuk seragam, nyanyi lebih 10 kali (tapi yang pasal nyanyi ni aku tak kisah sangat nyanyi banyak2 sebab memang suka nyanyi hahaha), and macam2 lagi yang macam budak sekolah hehe. But still, both tawe ni best sebab uia punya tawe ni bagi aku matang la. Takde la pointless dancing apa semua. Tapi.. err takde pun macam persembahan nyanyi2 hehe (ee nanti tak jadi islamic la). Most of them semua briefing la. Briefing dia semua berguna untuk student kalau ada problem apa2 tapi tu la, aku ngantuk hehe. Paling jahat aku buat, aku habiskan dua ep Hotel Del Luna (15 & 16) hehe lepas je habis tengok tu kan... masa antara maghrib isyak tu ada la senior tegur jangan main phone time briefing sebab kena hormat majlis and presenter hehe terus aku tak buat dah err tapi nasib baik dah habis tengok HDL tu. (hihik gelak jahat)

    Tawe partner aku sumpah nomad haha. Mula2 pergi dengan rumet tapi sebab satu masa tu diorang kena pergi lain and aku kena pergi lain, so aku cari partner lain. Overall aku tak rasa sunyi macam tawe cfs (memangla sebab kalini dah kenal ramai orang)

    Masa tawe tu kan, masa tu tengah briefing apa entah tapi memang aku tak sedar and tertidur hihi pastu aku bangun2 je aku dengar dia promote SMARTIIUM language class. Pastu aku dengar dia bagitahu ada kelas korea. Memang tepat ah aku bangun tidur masa tu hahaha sebab lepas dengar tu terus aku check ig dia and berminat untuk daftar. Lepas beberapa hari fikir, akhirnya aku daftar kelas hangul. RM50. Tapi taktahu la worth ke tak sebab dia ikut sistem sem tapi aku guna sistem block so cuti tak sama, and venue dia dekat luar UIA. Tapi takpe jela aku daftar je alang2 sekali je seminggu and kalau time ada kelas tu aku cuti, so aku drive jelah pergi kuantan sebab dekat je.

    Lepas habis tawe, ada kuliyyah briefing. Sebelum prof masuk nak brief tu, senior ada cakap2 dulu. Dia cakapla yang kitorang ni year 1 akan guna lecture hall 1 sampai la habis year 1. Kalau year 2, dekat LH2 and so on. Dia bagitahu la yang LH1 ni sejuk gila. Awal1 maybe tak rasa lagi tapi lepas dua jam gitu haa dah mulalah sejuk. Dahla kelas kitorang daripada 8 pagi sampai la 5 petang so memang kena prepare baju sejuk. Kalau tak.. tak fokus la belajar. Pastu kan memang betulla sejuk. Aku yang pakai baju sejuk pun still menggigil sejuk tangan tu. Lepas ni kena beli hand glove la macam ni XD

    Weekend tu free je. Mula2 aku fikir nak save duit so taknak keluar la tapi ya Allah bosan gila sebab yelah tak start lagi first class kan so nak study apa (sorry la tak rajin sangat nak belajar anatomy awal sebelum first class macam brothers) last sekali aku tewas dan keluar juga dengan wina hari isnin sebab masa tu isnin cuti. Tapi menyesal sangat ah keluar tu sebab pergi makan 4Fingers. Mula2 tu rasa macam sedap gila tapi lama2 muak. Dahla bayar RM20 gitu aa habis duit aku (dahla plan asal hari tu nak puasa) Pastu aku spend duit on skincare pulak aa sebab plan asal keluar sebab nak beli sheet mask je sebab masa tu last day 50% off dekat Guardian. Alang2 kat situ, aku try beli cleanser Simple Refreshing Facial Wash (duit lagi). Kesnya, haritu aku ada nampak thread dekat twitter pasak skincare routine sorang ni and muka dia normal skin type. Aku macam excited la nak ikut dia punya sebab aku ada normal skin type amd jarang la tengok orang share yang normal punya. Dahla aku ni memang betul2 noob la bab skincare ni. So try la sebab selama ni cleanser yang aku pakai semua buat muka aku rasa ketat and jadi gatal2 dekat dahi (macam dry skin la pula aku ni tapi masalahnya muka aku tak merah2 and tak merekah and rasa macam ok je so aku pun confuse).

    Okay niat asal nak cerita pasal degree life tapi tersesat pasal skincare pula tapi tak kisahla nak cerita jugak. So balik tu aku try la pakai. Uwuuu best gila la bagi aku sebab first time pakai yang tak buat aku rasa ketat kat muka and rasa moist je. Tapi dia macam lambat sikit nak basuh macam kena basuh banyak kali sebab dia style gel gitu and aku basuh pun rasa macam tak hilang lagi kesan gel tu tapi lepas banyak kali basuh dia hilang (tapi gosok tu gentle jelah). And dia takde fragrance (tapi macam ada tapi bau macam sabun dekat hotel tu yang macam spa tu so aku suka). Pastu takde alcohol and takde harsh ingredients. Simple ni cleanser ketiga yang aku pernah try seumur hidup aku and entahla tak tahu akan tukar ke tak sebab aku jenis penakut sikit nak try yang baru and yang ni murah and best gila so macam akan stick to this product kot.

    Hehe pastu beli yang sekotak dr morita sheet yang long lasting moisturization yang ada 5 sheets dalam tu for only RM14 something2. Pastu beli jugak eye mask jenama Happy Mask. Beli 4 sebab murah. Harga asal RM2 something and promo jadi RM1 something hahaha murah je. DrMorita punya sheet mask tu memang best and aku dah pakai banyak kali dah sebab sebelum ni aku kan tak pakai pape skincare (teruk kan) so macam beli mask dr morita tu just rasa macam nak bersihkan muka and nak rasa fresh gitu hahaha noobnya. So maybe kak maisarah mahmud boleh include kan aku punya noob ni dalam '5 skincare mistakes i wish i didn't do' hahaha.

    Esoknya tu, start first class. Kelas pukul 8 pagi. Aku bangun pukul 5 and mandi masa tu sebab aku suka basahkan rambut sebab rasa tak lengkap kalau mandi tak basah rambut tapi aku tak suka pakai tudung rambut basah2 so kena mandi awal biar rambut boleh kering dulu before pakai tudung. Pastu setiap hari kelas 8am so bayangkan gue rajin bangun awal setiap hari omg ok jangan mengeluh, boleh qiyamullail ha gitu.

    Bas punya schedule ada pukul 7.15 and ada pukul 7.45. Haih takde pun in between macam 7.30 ke...  Sebab 7.15 awal sangat so 6 lebih tu dah kena siap2 tapi kalau pergi pukul 7.45, alamatnya dapat tempat belakang la dalam kuliah. Tapi we have no choice but to choose the 7.15am bus. Ada je yang sanggup jalan sebab dalam 15 hingga 20 min je walking time, sama macam masa dekat gambang dulu tapi hehe takpelah naik bas jelah. Betapa competitive nya kitorang kan, dalam bas pun kena amik seat depan sekali sebab nanti sampai dekat kuliyyah of medicine (KOM), siapa yang duduk depan dalam bas tu dapatlah duduk depan pintu lecture hall sementara tunggu bro yusuf buka kunci pintu LH1. Bro Yusuf cakap, setiap hari LH1 akan dibuka pada pukul 7.30am "so korang tak payahla tunggu awal2 since pukul 715" but sad but the truth is, kalau tak tunggu awal dekat situ, nanti tak dapat tempat depan sekali. Alhamdulillah aku selalu dapat la tempat depan sekali tapi macam letih juga la setiap pagi kena jadi competitive and will be doing this for 8 weeks hehe but idm pun sebab yelah belajar kan, kena korban sikit la.

    Lagipun, LH1 tu walaupun dia kerusi tingkat2, tapi tingkat dia tu tak tinggi sangat so orang belakang takdelah boleh tengok sangat depan tu sebab orang depan tinggi ke apa ke. Pastu kalau doc guna whiteboard ke lagi la susah nak tengok. Satu lagi, walaupun dah pakai mic, still orang belakang tak dengar sangat especially kalau mic tu jauh dengan doc. Yang kesiannya dekat dr emad (anat) la sebab anatomy ni kan kena macam banyak guna pergerakan tangan sebab nak terang dekat student kan sebab susah sikit so dia letak mic tu dekat kocek baju dia yang dekat atas tu, so macam suara dia tak dengar sangat la untuk orang belakang, pastu dr tu egyptian so dengan slang lagi macam susah juga a nak faham. Kesian juga la dr emad sebab nak terang guna gaya lagi tapi takde mic yang letak dekat muka macam oppa kpop tu. So memang betul2 kena strive untuk dapat kerusi depan. Bak kata lecturer mana tah, jangan jadi MBBS, Members of Back Benches Society. Hahahahahaha terhibur.

    First and second day just introduction to subjects je. Subjects yang kitorang akan belajar dekat block lain pun intro masa block 1 juga. FYI, kitorang tak guna sistem sem tapi guna sistem block. Satu sem ada dua block. Satu block bersamaan dua bulan, 8 weeks. Year 1 & 2 ada 4 blocks tapi year lain macam beza2 sikit sebab dah campur clinical year. Masa intro to subjects tu bukan belajar pun tapi lebih kepasa lecturer terangkan pasal subject tu sendiri. Tapi intro to anatomy memang macam dah belajar hahaha. Yang lain tu chill2 je. Maybe sebab anatomy susah sikit kot...

    Basically minggu ni minggu yang rileks2 je tapi dah ada la belajar sikit2 sebab hari ketiga keeempat tu dah start belajar biochemistry dengan physiology. Hm susahla sikit sebab lecturer expect kitorang dah faham certain part tu and ajar laju bab tu tapi aku still terkial2 sikit sebab selama ni belajar untuk exam je err so memang kena study balik la kan.

    Ni bukan experiment sangat la tapi apa yang aku perasan, bila aku buat preread, aku jadi mudah faham bila Dr ajar. Pastu satu malam tu aku malas nak preread pastu bila kelas tu fuh susah la nak faham plus ngantuk lagi jadi aku kena study balik topic tu. So pengajarannya, carilah masa untuk preread ye anak2.

    Lecturer pesan yang medic students ni patutnya dah takde istilah lastmin study. "In medschool, you can't afford to not study everyday because if you keep compiling things that you don't understand, it'll make you even more stressed out. Medschool isn't the same as your foundation study. In year 1 itself, you have tons of things to understand and remember." -ayat pelbagai lecturers yang aku combine and olah ikut ayat sendiri-

    Sekarang ni aku still figure out how to not be sleepy in class. Fuh geram betullah bila ngantuk ni sebab kita pandang slide tu tapi satu apa pun tak faham sebab tengah tahan ngantuk. Pastu geram sebab benda tu senang je and orang lain semua dah faham tapi kita kena study balik benda tu. Kalaulah tak pernah ngantuk dalam kelas, mesti dah faham banyak benda. I'm a breakfast person so aku makan pagi tapi makan dengan benda berat so tu kot punca aku ngantuk tapi ala nak makannn hahaha. Hm kena figure out balik ni.

    Pasal sistem dekat sini, kan ada 4 block. Kalau fail satu block je dalam setahun, akan ada remedial days selama sebulan pastu kena resit exams dekat block tu. Kalau fail juga exam tu, repeat year 1.

    Kalau fail >1 block, so automatically kena repeat year 1. Kalau repeat year tu still fail, ha kena buang.

    Kalau dah dapat masuk year 2, takde remedial. Kalau fail satu block, still boleh sit for pro exam akhir year 2 tu. Kalau fail dua block dan ke atas, ha takleh dahlah sit for pro exam and kena repeat year 2. Okay kalau dah layak untuk sit for pro exam, kalau fail pro exam, akan resit exam tu. Kalau fail, repeat year 2. Kalau pass, so boleh enter year 3.

    Kitorang takde kira gpa cgpa. Ada pass or fail je. Kena dapat at least 50% untuk pass. Kalau markah 48 dengan 49 tu redeemable pass maknanya atas lecturer la. So kena jaga la attitude kan (jaga attitude kena sepanjang masa okay). Kalau under 48 so fail la maknanya tu.

    Masa intro subjects semua tu, ada la dr ni cakap, biasanya sebab med student ni diorang dah selalu dapat tinggi sebelum2 ni tapi bila dapat macam 50 lebih je, diorang akan cepat down sebab tak dapat 80 ke atas sebab tu pass with distinction. Dr pun motivate la yang kita ni takyah la down sebab bila masuk medschool ni many unexpected things happen la kan. Markah yang tak pernah dapat bawah daripada B pun boleh dapat 50 je. Dapat 50 tu patutnya lebih daripada bersyukur dah sebab dapat teruskan belajar kat situ. So Dr pesan, don't put high expectations. Expect sedang2 je. TAPI kena la usaha untuk dapat 80 ke atas sebab yelah bagus la kan dapat pass with distinction.

    Honestly, i'm more into maths. Totally not really a biology person gituh. Dulu kalau time sekolah menengah, antara bio phy chem, ha bio la paling rendah tapi alhamdulillah rendah pun B macam tu la. Tapi macam selalu masa exam rasa macam tak yakin dengan jawapan tu tapi main sedap jawab je walaupun reka hahaha. But still, masa jawab tu i'm not as confident and as enthusiastic as i am to maths. istg.

    Tapi, career path to maths semua aku tak minat. Pastu otak aku ni geliga untuk kira2 je tapi untuk maths yang style tulisan yang memerlukan fikir jauh tu tak sangat. Mama pun cakap yang maths dekat uni bukan macam addmaths sekolah menengah sebab dekat uni tu banyak tulisan la daripada kira2. So lepas fikir2 lagi, engineering macam ok sebab physics aku not that bad tapi tak minat engineering. So aku pilihla medic. Kalau dentistry, entahla rasa macam tak minat. Aku minat medic sebab lepas baca buku diagnosis masa form 2 tu. Rasa macam enjoy sangat baca cerita2 dalam tu and sejak tu aku rasa macam selalu excited bila pergi hospital (bukan sebab sakit) and macam nak alami benda2 yang Dr alami. Tapi perjalanan dia tough sikit la. Tahu je benda tu, pasal sekarang ni issue Dr contract apa semua tapi rasa macam nak rasa challenge tu, I'm not sure if i'm strong enough mentally or physically. Aku sendiri pun tak tahu apa future aku. Betul ke akan datang nanti jadi Doctor Athirah? Ataupun lepas degree tu start buat business and kerja lari bidang? Ataupun jadi suri rumah sepenuh masa? Ataupun berhenti medschool? No one knows what will happen in the future. But insyaAllah i'll make sure that i'm going to get through all of these, takkan lemah semangat. Andai aku rasa macam nak give up, aku harap korang kawan2 aku akan sentiasa ada di samping aku, support aku untuk tak mudah menyerah kalah.

    Satu lagi benda yang lecturer cakap masa belajar body fluid time physiology, kita kena merendah diri. Jangan arrogant sangat. 75% of our body is made of water. "Kita ni bukan penting pun. Kita ni air je" hehe aku gelak la dengar ayat tu sebab kelakar tapi still motivational.

    Fun fact about me, i'm not that hardworking person tbh. Tapi sebagai student kita kenalah rajin kan. Aku akan ubah la perangai aku tu. WAJIB study setiap hari. JANGAN LUPA ALQURAN, JANGAN LUPA ALLAH.

"This journey is not going to be easy, but it will be worth it"-ayat dekat slide lecturer-


Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me