Thir
Berkongsi
Sunday 19 July 2020 | 12:03 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt!!! 
Aaaaa rindunya blogging! Dah lama sangat dah tak menulis kat sini :(

DEGREE LIFE

Hai korang! Aku dah hampir setahun dah belajar degree medschool ni. Fuh tak sangka boleh survive hampir setahun. Alhamdulillah. Sekarang aku dekat block 4, the last block for year 1. 

Ok jom aku cerita sikit pasal life aku sepanjang first year degree ni. Belajar ok je alhamdulillah. Cuma yelah medic kan, banyak sangat benda yang perlu dihafal. Kitorang takde assignment, so totally belajar, and final exam, campur PBL 10%  dengan minitest 20% and THAT'S ALL! Yes geng, kitorang alhamdulillah masih mentally stable hadap final aka end of block exam 70%! Whew..

Setiap kali exam, aku tak sempat nak baca semua lecture notes. Memang kira macam tu kebiasaan la sebab banyak sangat. Lepas tu setiap kali nak exam tu gelabah sikit sebab yelah tak sempat nak study semua, harapkan post read yang dulu2 je haih. Tapi lagi teruk kalau tak pernah postread, just mengharapkan ingatan masa dalam lecture je *insert dead emoji*

Kali ketiga nak ulang ayat ni --> so setiap kali exam juga la aku akan redha je jawab tu, rasa macam jawab teruk, dan tak nak berharap lebih, memang fikir macam fail dah. Tapi ya Allah alhamdulillah setakat ni dah dua block pass. Ada lagi dua. Result EOB block 3 haritu belum tahu lagi tapi harap2 pass la huhu sebab kan exam waktu PKP, so kot2 ada sinar harapan dapat pass sebab yela cuti tiga bulan kot.. Tiga bulan masa untuk study, memang sempat sangat la habiskan haaaa tapi aku tetap tak habiskan. Sebab? AKU BAZIRKAN TIGA BULAN TU WEH! Ya Allah aku ni macam tak sedar2 hakikat yang aku ni masih student haihhh.

Paling haru, masa block 2. Aku memang yakin sangat aku jawab teruk EOB tu. Serius weh. Habis exam tu sumpah memang rasa macam jawab paling teruk la. Lagipun, masa minitest aku fail! Aku dapat 48 point something, sikit lagi nak lulus. Pastu kan result keluar masa block 3. Aku betul2 tak nak check result aku sebab aku rasa macam aku dah fail, and aku malu nak cakap dekat orang kalau orang tanya aku pasal result aku.

Ingat lagi, masa tu tengah PBL. Pastu keluar notification whatsapp daripada mama. Mama check result aku wehhh! Kan check dekat iTaleem (IIUM portal). Pastu aku tengok dia tulis P dkt tepi tu. Aku still in disbelief. Aku macam, "mama salah ni kan? Ni yang result block 1 haritu; normal body function apa tah." Pastu aku tanya lagi kawan aku block ni nama apa, pastu dia kata (aku tak ingat tapi ada "diseased state" macam tu). Jadi.... memang betul weh aku pass huaaaa :'((((

Tak pernah terharu seharu lulus block 2 sebab aku betul2 tak power immunology :( Alhamdulillah mungkin ni berkat doa mama papa selalu kan, dan juga usaha aku walaupun aku rasa macam usaha kau tak banyak huhu.

PKP Things

Hehe lately kan (i mean, few months back) aku selalu rasa rinduuu sangat dekat rumah. Aku jenis tak homesick tau. Tapi masa cuti block 2 dulu kan, aku ingat lagi betapa kuatnya hati aku dekat rumah. Masuk block 3 pun rasa rindu sangat rumah. Rindu sangat family. Rasa macam nak spend time lama2 dengan family if possible. Pastu start pkp, ya Allah aku takleh nak cakap betapa bersyukurnya aku sebab dapat balik rumah, dapat spend time banyakkk sangat masa dengan family. Di sebalik terjadinya pandemik ni, ada hikmah yang terjadi dan aku sangat menghargai benda tu dan tak nak sia-siakan waktu ni.

Aku dah banyak kali fikir masa degree haritu. I will spend most of my time far from home. Degree 5 tahun, pastu kerja tak semestinya dapat kerja yang dekat dengan rumah. Pastu kalau ada rezeki, kahwin, so memang tak duduk rumah dah. Aku just rindu sangat dekat family aku. 

Jadi bila ada PKP ni, walaupun aku still main fon, tapi aku rasa kali ni aku tak menyesal sebab aku banyak gila spend time dengan family especially dengan adik2 aku pastu belajar skill baru. Aku main makeup dengan Izzah and Nabihah (belajar dengan adik aku izzah tu weh haha), belajar dance lagu TT Twice dengan Izzah, peluk cium syahmi dengan Nabihah banyak2, belajar masak (ada beberapa meal yang aku dah pandai buat sendiri huaa terharuu), belajar bake cookies, tolong kemas rumah, belajar ukulee, decorate bilik, tengok tv sama2 satu family, exercise main badminton dekat halaman rumah (ni sekarang dah stop sebab semua busy haha aku dah start belajar, izzah dah pergi sekolah, papa mama dah pergi kerja), buat cover lagu dengan Izzah, nyanyi sama2 dengan Izzah Nabihah, main dengan diorang and baaaaanyak lagi!

Walaupun ada jugaklah beberapa kali aku gaduh dengan Izzah hahahaha sebab benda remeh je pun tapi aku sampai nangis teruk XD, tapi tetap aku rasa bahagia sangat2 duduk dekat rumah, enjoy online class dekat rumah sampai rasa macam tak nak balik uni hahaha sebab suka sangat duduk rumah. Lagipun aku macam dah boleh adapt belajar online class ni dan quite fun la sebenarnya.

Sebab tu bila orang kata dia nak balik uni balik cepat2, aa aku sedih sangat kalau dah kena balik uni. Aku harap kalaulah jadi balik semula ke universiti dalam masa terdekat, aku harap dia buat optional sebab yelah kesian dekat orang yang ada poor internet and suasana yang tak kondusif tu. Tapi aku selesa sangat kat sini :( Kalau rasa overwhelmed sebab kelas daripada pagi sampai petang, aku akan drive la ke pantai paka tu tenangkan diri. Walaupun Kuantan ada gak pantai, tapi sebab situ kan bandar. And jalan dia aku tak berapa familiar lagi. Kalau dekat rumah aku ni kawasan pekan macam tu so takdela rasa sibuk sangat jalan.

Haritu kata masuk bulan disember and aku dah boleh terima kenyataan. Pastu tiba2 oktober pulak aa yang ni pun aku still dapat terima kenyataan sebab yeah aku dah bolehla mentally prepare diri aku untuk masuk uni balik Tapi ni aku dengar pulak ni ogos tapi ni ura2 jelah. Hrap2 yang ogos ni ta betul :( please... at least please let me finish block 4 here in home first :((((

Haha mungkin aku tak berapa enjoy life dekat IIUM sebab tu la tak minat balik uni sksksksks

Berkongsi

Ni kisah lain pulak. Aku nak bagitahu pasal diri aku. Aku ni anak sulung, daripada 4 beradik. Adik aku umur 12, 8, 4. Beza aku dengan yang kedua, 8 tahun. Jadi maknanya aku pernah jadi anak tunggal selama 8 tahun, hanya ditemani sepupu aku sebab tu la aku sayang sangat sepupu aku even dah tak rapat sangat sebab diorang macam adik beradik aku la masa kecik.

Walaupun aku anak sulung, tapi aku mengaku la yang aku ni manja dan mengada la jugak hahaha tapi bertanggungjawab okeyy. Tapi kadang2 tu rasa malas gak la XD. Ingat lagi masa darjah satu, masa tu mama dengan papa start ajar untuk tidur kat bilik sendiri. Bilik aku tu, memang bilik aku tapi selama ni tidur dengan papa mama kalau waktu malam. Mula2 takut, pastu tak bagi tutup lampu. Bila aku dah tidur, lama tu papa atau mama akan pergi tutupkan lampu sebab aku sedar pagi tu bilik gelap.

Lama2 dah biasa tidur sorang2. Tapi sampai besar aku jenis tidur dalam cerah. Masuk asrama, roommate suka tutup lampu so aku macam ok jela biasakan diri. Tapi kat rumah still buka lampu time tidur. Bila dekat rumah baru (2015), ada lampu gelap. Jadi aku dah start guna lampu gelap. Tapi masa degree ni lampu tu dah rosak and papa tak tukar2 lagi. Aku pun macam tak biasa dah buka lampu cerah time tidur. Jadi yayyy sekarang ni baru reti tidur dalam gelap kalau kat rumah (kalau kat degree biasa dah). Ok but this is not the story that i want to tell hahaha.

Bila aku dah darjah2 yang besar sikit, kalau papa mama ada kena pergi mana2, aku dah reti tinggal sorang dekat rumah, and tak rasa takut and enjoy je haha. Pastu aku jenis yang saaangat kedekut. Aku memang tak nak langsung adik2 sentuh barang aku jadi memang takde la kes buku aku kena koyak ke apa. Kalau balik dari asrama, kalau aku macam tengok bilik aku macam bersepah mesti aku akan marah ah sebab aku tinggal bilik aku dalam keadaan kemas. And aku tak benarkan langsung kalau diorang nak masuk bilik aku jadi aku je yang keluar and main dengan diorang. Bilik aku ni memang adik2 tak berani masuk, apatah lagi makan kat sini memang aku marah ah. 

Satu lagi, dulu kan adik2 aku still kecik and jenis main fon mama. Tapi fon aku? Memang jangan harap aku nak bagi main hahaha sebab tuaku letak passcode. Sampai sekarang diorang tak main fon aku haha.

Ish korang baca ni mesti fikir aku kejam kan tapi serius tak hahaha aku manjakan and main je dengan diorang tapi bab bilik, barang and fon, no kompromi. My belongings are mine ONLY. Nak tidur dengan aku malam2? No way hahahahaha aku suka tidur sorang.

TAPI sejak Syahmi lahir (sekarang 4 tahun) ni aku start jadi kurang dah tegas tu. Aku bagi dia main2 dalam bilik aku tapi eee hasilnya dinding aku, meja aku kena conteng huaaa. Pastu sebab aku bagi Syahmi masuk, adik2 aku yang lain pun dah makin berani masuk. 

Haritu dekat rumah nenek, kan ada dua bilik tidur. So satu tu bilik family aku, satu lagi aku sorang tapi malam tu mama dengan adik2 semua pakat datang blik aku. Aku pun buat muka sebab dahla diorang bising, pastu tidur buas, air liur basi aa aku memang betul2 tak suka. Pastu aku kata dekat mama "mama, semua nak tidur sini ke?" macam nada tak suka ah. Pastu mama kata "Athirah ni sokmo gini. Belajor gok berkongsi." Pastu aku pun jadi terfikir... 

Terfikir, ni bad habit ke? Tapi aku takdela kedekut sampai orang nak pinjam barang aku tak bagi. Tahap selfish aku ni had kepada bilik, fon and certain things la, and especially to my siblings. Sebab dengan kawan2 aku tak macam tu sangat cuma kongsi katil tidur sekali memang aku tak pernah ah buat dengan kawan, aku akan tidur atas katil sendiri je, kecuali kalau yang macam tidur ramai2 atas toto, tidur dekat hotel masa lawatan tu pernah ah.

Pastu baru ni, family aku balik kampung, except aku dengan Izzah. Pastu malam tu, aku dah bagitahu siap2 dekat Izzah yang dia kena tidur sendiri dalam bilik dia (dia ada bilik sendiri tapi penakut ceh). Pastu dia pujuk2 "kakak, bolehla tidur sama2. Izzah dok tidur atas katil, Izzah bawak toto"

Aku macam tetap tak bagi tapi dia insist jugak so aku bagi ah then dia bawak toto hahahahah ee aku takdela sekejam tu kan so after beberapa minit dia baring kat toto tu, aku suruh la dia naik atas katil sebab katil aku muat je weh dua orang ahahah ee tak sampai hati la nak buat dia macam tu. 

Pastu dia kata "yayyy. Bakpe kakak bagi ni?" Then aku kata la "doh katil ada ruang takkan la duk bawah hahaha bakpe suka ngat?"

Pastu dia jawab "doh, bukan sokmo boleh tidur bilik kakak, setahun sekali pun belum tentu"

OMG am I that cruel? hshshshshshs. 

Ni la salah satu toxic trait that I have, but only badly affected my siblings and not my friends hahaha. 

Ehem kejam2 pun, aku sayang gila okay dekat adik2 aku even dah banyak kali tercarut masa gaduh walaupun aku bukan jenis mencarut hahaha (ke sekarang ni dah jadi orang yang jenis mencarut? ksksksk hope not la)

Apart from self love, i reaaaally really love my family lotssss! Kalau macam kem motivasi ke apa ha sentuh je pasal family mesti berair air mata aku ni ha. Walaupun makin lama aku makin teruk hahaha sebab makin pandai melawan (astaghfirullah), tapi aku betul2 sayang dekat diorang. I can't imagine how my life would be without them. May Allah bless them (us) always and forever!! <3 

Gaduh tu biasa lah, kena marah pun biasa, tapi aku harap our relationship akan selalu kukuh and dirahmati Alah sampai masuk syurga. Harap2 aku tak jadi anak derhaka. Dan moga2 aku selalu jadi kakak yang baik yang jadi role model untuk adik2 aku (so aku kena berubah jadi lebih baik for that). If you guys are reading this, I LOVE YOU SOOO MUCH!!! <3333

XOXO,
T

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me