Thir
How do I deal with my stress?
Thursday 1 November 2018 | 12:20 pm | 0 comment(s)
Assalamualaikum wbt.

First of all, aku rasa disebabkan aku dah tak belajar buat karangan and tak buat dah karangan, so sebab tu kot malas sangat buat post baru dekat blog sebab takde idea hihi.

Macam mana nak hadapi stress dan jadual yang padat dekat universiti?

Untuk entri kalini, aku akan kongsi dua benda dengan korang. Yang pertama, pasal macam mana nak deal dengan stress dan jadual yang padat dekat universiti. Sejujurnya, aku bukan sesiapa untuk kongsi pasal benda ni xD sebab aku pun bukan ok sangat pun cuma bolehla kalau nak kongsi apa yang aku buat.

Kalau korang nak tahu, sem 1 baru2 ni aku just ambil 5 subjek, dan tiada subjek bahasa dalam masa lebih kurang 4 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan roommate aku, memang aku ada lagi banyak masa daripada dia sebab jadual aku tak padat sangat. SERIOUS! Hehe tapi yang memadatkan jadual kitorang tu sebab lecturer kitorang ada la ambil waktu free kitorang yang banyak tu untuk habiskan silibus, buat assignment dan sebagainya. So kitorang jadi busy sebab tulah, tapi still sibuk2 kitorang tu, aku tak rasa boleh lawan roommate aku yang keluar bilik pukul 8 dan habis pukul 6 lebih baru sampai bilik (dahla kelas dia jauh!!).

Kadang2 tu betapa rileksnya kitorang sebab hari Jumaat dah takde kelas sebab kelas2 kat hari jumaat tu lecturer dah ganti waktu lain, pastu isnin tu pernah sekali tu semua kelas cancel so bayangkan, kitorang weekend 4 hari! Tapi biasanya weekend 3 hari ah sebab memang biasanya jumaat takde kelas.

Tapi kalini aku hanya akan share pengalaman aku hadapi stress masa semua assignment berebut2 nak siapkan minggu tu juga -_-

Yang paling penting, jangan lupa untuk santapan rohani. Kena selalu mengaji, solat2 sunat jangan tinggal. Pasal ni aku yakin korang semua fully aware kan? Rasanya tak perlu ulas lanjut.

Lepastu jangan lupa makan! Aku biasanya akan makan tiga kali sehari. Hehe dekat kafe aku memang jual murah2 dan aku memang jenis yang makan sikit je so taklah kisah sangat sebab duit tak banyak habis. Tapi kalau korang rasa tak cukup duit, tolong tolong jangan makan benda2 yang tak berkhasiat. Please beli roti sebuku pastu kalau rasa nak lebih lengkap, belilah kaya ke jem pape ke. Yang pasti jangan tinggal perut kosong.

Aku tak tahulah korang jenis stay up ke jenis bangun awal pagi. Aku ni jenis tidur awal dan bangun awal. Sebab bagi aku waktu pagi2 lah waktu best untuk buat kerja. Jangan lupa buat solat2 sunat dulu sebelum buat kerja. Tapi aku prefer tidur awal dan bangun awallah sebab kita akan jadi lebih produktif. Tapi pastikan tidur cukup ya! Biasanya aku pastikan aku tidur 5 jam untuk waktu malam tu so kalaulah aku tertidur lewat pukul 12 ke, aku tak akan ambil risiko set alarm pukul 3 sebab aku nak pastikan aku tidur cukup 5 jam. Sebab aku jenis mudah pening kalau tak cukup tidur (tapi taktahu lah kenapa duk rumah je takpe tidur lewat hahaha). DAN JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH. Aku bersyukurlah sebab roommates aku semua jenis yang tak tidur subuh tapi jarang2 sangat je. (tapi bila balik rumah... diriku terus berubah hahahahahahha)

Pernah sekali tu, minggu tu ada test, kena submit dua video, pastu buat mindmap lagi dan macam2. Jadi nasihat aku, kita kena buat to-do-list. Senaraikan assignment yang ada, atau apa2 je perkara yang kita kena siapkan. Kalau ada test, senaraikan 'test'. Kalau ada test bio, jangan tulis 'study bio'. Sebab biasanya kita tend untuk siapkan benda yang lecturer suruh buat dulu dan akan abaikan 'study' tu sebab benda tu takde sape minta kita buat kan?

Kalau ada assignment yang self-learning, tulis depan tu 'SELF-LEARNING ASSIGNMENT' biar kita tak abaikan benda tu.

Buat list ni penting biar kita tak rasa serabut bila buat kerja sebab nanti kalau masa tengah buat tutorial maths, tiba2 teringat pasal tutorial chemistry ha gitu.

Seterusnya, buat satu-satu. Jangan rush buat dua kerja ke tiga kerja dalam satu masa. Contohnya, mula2 buat maths, tapi sebab berdebar yang lain tak siap, so tak siap maths lagi tapi dah buat chemistry. Ha nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebab tu la tujuan kita buat to-do-list biar kita tak gelabah sebab kita dah rancang nak buat yang mana satu dulu. Prioritize yang mana yang due date dia dah dekat, buat yang tu dulu.

Kadang2 aku pun berdebar juga sebab banyak lagi benda tak siap tapi bila buat list macam tu, dan buat satu2, eh eh tengok2 dah siap.

Lepastu kalau kerja tu berkumpulan, tak payah berdebarlah kalau benda tu tak siap lagi KALAU masa tu kita bukan tengah discussion. Faham tak? Maknanya kalau masa tu kita ada dalam bilik tapi duk fikir pasal kerja berkumpulan buat apa? Buat semak fikiran je. Dah benda tu kena buat berkumpulan, tak payah risaula kalau tak siap lagi. Tunggulah time discussion. Rancang leklok dengan teammates nak buat discussion bila, kat mana. Kan dah cakap tadi, settle satu2. Kalau masa tu tengah sorang2, buat kerja yang sorang2 dulu, takyah runsing fikir pasal benda lain.

Kalau kerja tu berkumpulan, pastikan contribute dalam discussion. Jangan main fon! Pastu redha jelah kalau dapat teammate yang cerewet ke bossy ke hahahahahah. Bincang betul2 dengan ahli kumpulan. Kalau tak puas hati, bagitahu kat orang tu apa yang korang tak puas hati (cakap elok2 la kan). Hehe pastu satu lagi, jangan buat kerja last minute (cakap kat diri sendiri).

Dalam kumpulan pula, kita takleh la buat semua orang kena ikut kepala kita je.. Nama pun kumpulan, maka kenalah ada toleransi. Eh eh dah lari tajuk ni. Tapi benda ni still la kita kena ambil cakna pasal ni.

Ha kalau dapat ahli kumpulan yang tak best, bagi aku takyah la mengadu dekat lecturer. Entahla, kalau mama aku cakap, dulu mama aku pernah la dapat sekumpulan dengan orang yang tak buat kerja tapi dia sabar je pastu dia buat semua kerja end up dia jadi best student. Tapi ni cuma pendapat je. It's up to you all la ye nak buat macam mana. Kalau korang rasa stress sangat sebab kena buat banyak kerja, fikir yang korang dapat gain something daripada semua ni. Semua perkara ada hikmah kan?

Hm sebenarnya i'm in no place untuk bagitahu pasal kerja kumpulan ni. Err masa buat assignment aku selalu rasa macam kerja aku yang paling sikit. Rasa macam yang paling tak buat kerja tapi entahla bila tanya diorang, diorang kata ok je. Tapi entahla huhu. Pernah tu aku kena buat satu part ni tapi akhirnya benda tu macam banyak salah dan kawan aku banyak sangat edit aku punya sampai aku rasa macam aku tak buat pape. MINTA MAAF GROUPMATE! :(

Sekarang ni aku bercakap mewakili diri aku yang tak join apa2 persatuan. Kalau korang yang ada pegang apa2 jawatan tu, hm aku pun tak tahu macam mana. Cuma aku ada la tengok classmate aku ni dia presiden mahallah. Kira macam ketua semua blok la. Tapi ok je kerja semua siap.

So semua bergantung kepada macam mana kita deal dengan stress kita. Ya, memang penat tapi cuba fikir positif. Ni baru asasi. jadi kita memang kena sedia mental dan fizikal untuk hadapi semua ni. Lepas ni degree lagi mencabar. Kalau waktu kerja nanti lagi sibuk ya. Kita nampak je parents kita macam tak sibuk tapi sebenarnya mereka sibuk cuma hal2 kerja diketepikan bila dengan family. (tu pun kadang2 ada hal kerja yang kacau diorang waktu cuti)

Maaf sebab tak banyak isi pun yang aku boleh kongsi. Cuma pengalaman tulah yang aku boleh bagitahu dekat korang.

Macam mana nak jadi konfiden dan wujudkan self-love?

Yang kedua, aku nak cerita pasal macam mana nak jadi konfiden, macam mana nak sayang diri sendiri.

Sejujurnya(part 2), aku tak konfiden sangat pun. Ye, aku konfiden dalam sesuatu perkara tapi ada juga perkara yang aku tak konfiden.

Yang ni aku takde cara sangat pun nak share dengan korang sebenarnye hihi.

Aku nak bagi satu analogi. Bukan analogi sangatlah, tapi pasal kejadian yang berlaku kelmarin.

Semalam aku parking kereta dekat dengan gerai yang jual depan sekolah. masa aku park tu, takde lagi kereta lain sebelah aku. Bila aku nak keluarkan kereta tu, masa tu ada satu kereta belah kanan aku. Aku parking dekat tempat yang macam takde pun garis2 tanda parking tapi situ memang boleh parking. And ada kereta yang parking straight, tapi aku parking belok sebab bagi aku senang nak keluar kalau macam tu.

Hehe rumit sikit cerita ni hahahaha. Aku parking macam lebih kurang 45 darjah la. Ada satu kereta sebelah aku ni kita anggap dia parking 60 darjah, belok juga tapi tak macam aku la. Bila aku nak keluar tu, aku kena baiki sikit kedudukan kereta sebab kalau tak, aku akan langgar dia. Bila aku dah baiki dan ready untuk keluar, masa tu jalan sibuk. Tapi aku tak nampak sangat sebab aku terlindung.

So aku spend about 5 minit dalam kereta, sebab tak berani nak keluar. Aku pun ke depan balik sedangkan masa tu aku taktahu pun belakang ada kereta ke tidak.

Pastu aku pun tukar gear jadi P, dan angkat handbrake, berfikir "bilalah nak balik ni?" Tiba2 aku rasa bersemangat nak balik. Aku pun reverse.. Pastu aku undur slow2 sebab taktahu ada kereta ke tak. Pastu bila aku dekat posisi yang nak keluar slow2, barulah ada kereta yang berhenti sebab nak bagi aku keluar. Lagipun tadi aku takut nak keluar sebab aku kena masuk dekat line yang satu lagi, bukan line yang aku masuk mula2 tu. (tak faham sudah hahaha).

Kesimpulannya kat sini, semua benda bermula dengan diri kita sendiri. Masa aku pergi ke depan balik dan tunggu selama lima minit tanpa mencuba tu sebab aku sendiri yang tak yakin. Ha bila dah dapat keyakinan, barulah boleh keluar parking walaupun ada kereta kat jalan.

Konfiden ni tak semua orang dapat. Tapi kita kena usaha untuk mendapatkan keyakinan tu. Kadang2 keyakinan ni perlu latihan. Kena praktis banyak kali. Kalau takut bercakap, try cakap depan cermin, tak pun annoy kawan korang dengan paksa diorang dengar kita berlatih berucap. Aku bukan pakar motivasi yang kaji macam mana nak gain confidence. Jadi yang satu benda je yang aku mampu bagitahu ialah semuanya kena bermula daripada dalaman kita sendiri. Bagitahulah cara macam mana sekalipun, kalau dalaman tak kuat, kita takkan dapat konfiden.

Untuk dapat keyakinan juga, kita kena sayang diri sendiri. Percayakan kebolehan diri kita. Selalulah cakap sorang2, kata yang "aku boleh!" Hihi serious ye aku buat benda ni. Aku suka cakap sorang. Kalau waktu exam, kalau takleh jawab, aku akan cakap sorang2, "ya Allah, kenapa dengan athirah ni? Athirah boleh buat ni. Soalan ni senang je. Athirah jangan give up. Athirah bolehnya jawab"

Kalau pasal self-love, aku nak cerita pasal awal2 aku masuk uni.

Awal2 dulu aku memang benci gila ah. Sebab rasa macam takde kawan. Kawan2 aku hanyalah roommate aku. Aku tak suka classmate sendiri sebab rasa macam takde orang nak kawan dengan aku. Classmates aku masa sem 1 ni ambil masa yang lama sikit untuk rapat semua orang sebab most of ahli kelas kitorang dah kenal lama so diorang lebih rapat sesama diorang sampai orang yang introvert(ke ambivert?) macam aku ni tak tahu macam mana nak mencelah. Tapi diorang baik je ok cuma biasalah kita tend untuk bergaul dengan orang yang kita dah kenal kan?

Aku memang jeles gilalah dengan kawan satu batch aku yang kelas lain tapi diorang memang dah rapat gila2 dengan classmate diorang sedangkan kitorang ni still malu2. Sampai setiap kali nak pergi kelas je mesti aku mengeluh.

Disebabkan perkara tu, kadang2 aku rasa macam loser, rasa macam takde kawan. Rasa macam2 la benda yang membuatkan semangat aku jatuh pastu aku rasa macam tak tahu nak luah kat sape.

Pernah sekali ni aku nak sangat keluar outing masa tu, pastu roommate dengan kawan sekolah menengah aku sibuk. Pastu roommate aku suruh ajak classmate. Bila dia cakap macam tu, aku pun terfikir. Rupa2nya aku takde kawan. Serta-merta rasa macam loser balik walaupun masa tu aku dah mula rasa sayang dekat kelas aku.

Aku rasa macam tu sebab bila fikir tu, aku tak tahu nak ajak sape. Takde sorang pun aku rapat dalam kelas tu. Tapi bila lama2 aku dah mula terbiasa. Walaupun sekarang ni kitorang takde la rapat gila2 tapi dah ok la daripada masa awal2 jumpa hehe.

Dulu memang setiap hari aku call mama, sebab sepanjang masa aku rasa down. Bila jalan sorang2 takde teman, asyik rasa diri ni loser. Padahal benda tu benda simple je. Tapi sebab masa tu aku benci sangat dengan diri sendiri sebab tak mampu jadi extrovert macam orang lain.

Aku bukan jenis yang homesick tau. So kalau aku menangis memang bukan sebab rindu rumah hahahhaha tapi menangis sebab terkenangkan benda ni la. Sebab lemah semangat. Tapi satu benda je yang aku bersyukur alhamdulillah. Walaupun aku rasa aku loser, tapi semangat belajar bila masuk kelas tak luntur la. Aku still boleh fokus dalam kelas.

Hm cakap pasal self-love ni aku pun tak tahu la macam mana lagi nak describe. Sebab ni macam benda yang kita dapat bila kita dah gain confidence dan keyakinan tu boleh dapat bila dalaman kita kuat.

So itu sahaja post kali ini. Lain kali kalau aku ada benda nak share lagi, aku bagitahu ye!

Kalau rasa apa yang aku post ni tak serupa bikin, hihihihi maaf teman2. Moga2 dengan penulisan ni aku pun dapat berubah juga. Aamiin.

Last but not least, hm aku minta maaf sebab banyak buat salah......

Assalamualaikum wbt...

Memories to remember | Moments to create
Author

Athirah, 23. You may return to your dashboard and you can follow me, perhaps? I would be really honored if you could pray for my very best in life. Best viewed in Google Chrome. Thank you :)


Chatbox


Credits


Blogskin's basecodes --> Studentkecik
Images & backgrounds --> Google
Freebies & tutorials --> The Tutobies
Cursor --> Hamba Allah
Else --> Me